
Gambar itu dikatakan diambil semasa Altantuya sedang makan bersama Razak Baginda dengan beberapa orang lain.Burmaa mendakwa gambar itu ditunjukkan kepadanya oleh Altantuya di Hong Kong semasa dia kembali dari Peranchis.
Akibat terbongkar kisah itu,pihak pendakwa bermati-matian cuba menghalang nama anak sulung Tun Razak daripada disebut dan diheret ke dalam mahkamah. Apa yang pelik,orang-orang yang sama juga berjanji bahawa mereka akan mengadili kes ini seadil-adilnya,
tanpa melindungi apa-apa fakta dan maklumat.
Budaya menutup,menghalang dan mengampu orang-orang besar dan ternama sudah menjadi amalan gomen kita. Baru-baru ini, pihak gomen telah mengarahkan agar stesen radio dan televisyen milik kerajaan dan swasta supaya JANGAN menyiarkan tentang pembangkang.
Baru-baru ini stesen televisyen swasta, ntv7 menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa ia telah menerima arahan supaya tidak menyiarkan komen-komen pihak pembangkang.Sebaliknya berdasarkan kepada surat berikut;sila baca url ini: http://www.malaysiakini.com/others/mcmcletter.html terang-terang pihak gomen membohongi rakyat tentangnya.
Begitulah seterusnya dalam kes-kes lain,sama ada pasal lebuhraya tidak selamat,makmal sains yang bumbungnya sering runtuh atau pasal siling bocor,soal temberang,menyalahkan pihak ketiga dan menipu rakyat sering dibuat kerana gomen berpegang kepada motto "the gomen is always right". Bukankah arahan-arahan dan amalan-amalan sebegini merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap rakyat dan parti-parti pembangkang?
Sampai bila anda rakyat sanggup bertahan dengan perangai gomen kita begini?
cheers