07 April 2010

P94 Hulu Selangor - Race not crucial.........

Contrary to popular perception, the voting pattern for Hulu Selangor for the March 2008 general elections indicates that voters did not vote according to racial lines. The more substantial elements in this parliamentary seat appeared to be the geographical location of the constituents as well as the choice of the BN candidate.

Hulu Selangor has about 63,500 voters. Within this semi-rural constituency are three state seats of which Batang Kali, with about 28,000 voters, is the largest. The other two - Kuala Kubu Bahru and Hulu Bernam - have more or less the same number of voters of between 17,000 and 19,000.

In contrast to the general voting pattern in the 2008 general elections, PKR's Zainal Abidin Ahmad did not perform all that well in Kuala Kubu Bahru, the state seat with the highest proportion of non-Malay voters.

Kuala Kubu Bahru has nearly 70% non-Malay voters (Chinese, 47%, Indian, 21%) and only 29% Malay voters. An analysis of the voting streams there shows that in 2008, Zainal lost in this area to MIC's G Palanivel by 111 votes.

On the other hand, in Batang Kali where 56% of the voters were Malay, Zainal was able to win the contest with a huge majority of 1,789 votes. And yet in Hulu Bernam - another Malay-majority state seat - where 67% of voters were Malay, Zainal lost to Palanivel by 1,480 votes. Zainal's resounding victory in Batang Kali helped compensate for his lost in Kuala Kubu Bahru and Hulu Bernam, and he claimed the Hulu Selangor parliamentary seat by a razor-thin majority of 198 votes.

The voting pattern in the three state seats failed to match the perception that the Chinese and Indians were more likely to back Pakatan Rakyat, while Malay voters were divided between the two rival coalitions. Data from the 2008 polls indicates that the racial element may not be the supreme factor in Hulu Selangor since it has been shown that the Malays in Batang Kali were more inclined to back Pakatan while those in Hulu Bernam were more supportive of BN.

Different neighbours

Perhaps, geography may provide a better explanation for this rather odd voting pattern.The Hulu Selangor constituency covers a vast territory, including Chinese new villages, Malay kampung and a number of small towns. Each of the three state seats have a 'different' neighbour, which may determine the respective voting inclination of the voters. Batang Kali, in the south, is closest to Kuala Lumpur and many of its residents work in the nearby Selayang industrial area. They are likely to be more exposed to opposition politics. In 2008 general elections, PKR's William Leong cruised to a victory for the Selayang parliament seat with a 3,567-vote majority.

Meanwhile, Hulu Bernam, in the northwest, borders Perak's Tanjong Malim - a BN stronghold where in the 2008 general elections, then MCA secretary-general Ong Ka Chuan emerged victorious with a comfortable majority of 5,422 votes. Kuala Kubu Bahru, located in the northeast, is near the Raub parliamentary seat in Pahang, which is held by MCA vice-president Ng Yen Yen. The area is relatively isolated compared to Batang Kali. With less contact with the urban centres of Kuala Lumpur, the area escaped the 2008 political tsunami.

The Palanivel factor

In addition, there appeared to be a split in the votes in both Batang Kali and Hulu Bernam with voters inclining to back Pakatan for parliament and at the same time BN for the state seats. In Batang Kali, Umno's Mohd Isa Abu Kasim won the state seat by 2,179 votes yet BN lost in the final tally for parliament by 111 votes, a sharp 2,290 vote difference. Similarly in Hulu Bernam, BN secured a majority of 1,480 for the parliament seat while its majority for the state seat was 3,549 votes resulting in a huge 2,069 -vote gap.

It is believed MIC's four-term member of parliament G Palanivel (right) was not favoured by pro-BN voters who while voted for the BN candidates for the state seats, chose not to vote for Palanivel as their MP. The same rationale can explain why there were 1,466 spoilt votes in Hulu Selangor - seven times higher than the 198-vote majority. Indeed, Palanivel could have won were there fewer spoilt votes.

This does not augur well for Palanivel if he is named as the BN candidate for the coming Hulu Selangor by-election on April 25. Apparently, two years ago, quite a number of BN voters were willing to spoil their votes instead of voting for the MIC leader. Which explains why Prime Minister Najib Razak was ambivalent about fielding Palanivel for the April 25 by-election.- Kuek Ser Kuang Keng

source:malaysiakini

cheers.

Perisik Isreal dalam Polis 1Malaysia pula dah........

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel. Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

source:malaysiakini

Mustahil Musa Hassan tak tahu tentang laporan2 polis yang dibuat oleh pegawai2 polis di bawah Jabatannya berhubung dengan isu tersebut?

Sekiranya Anwar kemukakan secukup bukti, apakah Musa Hassan akan bertindak dan mulakan siasatan?

Walhal dalam kes sodomi II, kenapa Polis tidak mahu menyiasat kesahihan laporan perubatan oleh doktor pakar dari Pusrawi dan HKL sebelum menangkap dan membuat pendakwaan terhadap Anwar di mahkamah?

Nampak sangat Musa Hassan buat lawak katun 1Malaysia...........

cheers.

06 April 2010

RM 100 duit juga, UMNO pernah bagi apa...........

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

source:malaysiakini

Sharizat, jangan dok cakap banyak!!!!! Sekurang-kurangnya dalam tempoh pemerintahan Pakatan Rakyat kumpulan warga emas ada juga habuan,tak kisahlah RM10 atau RM100.

Bagi kumpulan rakyat marhaen dan warga emas RM100 itu nilainya amatlah besar. Bukan macam penyamun-penyamun UMNO yang dok balun berbilion-bilion namun masih tak cukup.

Lebih separuh dekad UMNO/BN perintah Penang, UMNO/BN bagi apa? Habok pun tarakkkk!!!! Sebaliknya, pemimpin2 UMNO yang kaya raya, rakyat papa kedana.

Sudahlah Sharizat, jangan dok jaga tepi kain orang, kau jadi menteri pun bukan hasil pilihan rakyat tapi direcycle oleh PM pasai UMNO tak ada orang dah......

cheers.

Kalau Mafrel suara pembangkang, SPR pula suara UMNO......

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.

Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.

Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.

Noh berkata, kenyataan seperti itu menunjukkan Syed Ibrahim tidak memahami peraturan dan juga pihak berkuasa terlibat dalam pengurusan pilihan raya.

"Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas.

"Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya.

"Kalau betul-betul bebas, kena tegur dua-dua. Mengapa ditekankan kepada kerajaan persekutuan sahaja.

"Dia kata badan bebas, memantau pilihanraya. Tapi laporannya dihantar ke mana? Adakah hantar kepada SPR?" soalnya.

source:malaysiakini

En.Noh, nak tanya SPR tu bersikap adil dan bebas kah bukankah SPR dok usong teloq UMNO? Kalau UMNO/BN boleh tabur wang $$$$ dan janji bulan dan bintang,kenapa, PR tak boleh buat benda yang sama?

Kalau Noh tuduh Mafrel adalah buah mulut pembangkang, jadi apa kurang dengan SPR yang menjadi kuda tunggangan UMNO/BN sejak dulu kini dan selama-lamanya...

Jangan dok susah hati pasal Mafrel, bukan SPR itu yang sentiasa menyanyi dan menari ikut rentak irama dangdut UMNO/BN...........

Noh, nak cadang PERKASA ganti MAFREL kot?...... habis jadi Perkasam jawabnya........

cheers.

03 April 2010

P94-Hulu Selangor - Najib 1Malaysia janji bulan dan bintang.........

PM Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor.

"Kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru yang tinggal di dalam rancangan yang memerlukan rumah kediaman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Kubu Baru hari ini.

Sebelum itu, Najib yang mempunyai jadual padat di Hulu Selangor hari ini telah merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto yang merupakan sebahagian daripada Gugusan Felda Sungai Dusun.Dalam kenyataan itu, Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.

Najib berkata, rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik.Harga setiap unit ditetapkan RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah

"Warga peneroka boleh memiliki rumah melalui pembiayaan daripada institusi kewangan dan bagi mereka yang tidak mendapat pembiayaan, mereka boleh memiliki
rumah melalui skim sewa beli,"katanya.

Beliau berkata projek perumahan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu generasi baru FELDA memiliki rumah yang selesa. Hasil daripada jualan rumah ini tidak dapat menampung kos pembinaan dan kerajaan terpaksa membiayai kos infrastruktur berjumlah RM20,000 seunit yang terdiri daripada kos sistem kumbahan, perparitan, jalan, tiang lampu, tempat rekreasi dan seumpamanya," katanya.

Najib berkata sehingga kini kerajaan telah pun menyiapkan 1,357 unit rumah di empat lokasi dengan kos berjumlah RM54.8 juta dan telah diduduki oleh warga peneroka. Sebanyak 1,326 unit lagi sedang dalam pembinaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM118.8 juta dan dijangka siap secara berperingkat dalam tahun ini, katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa meneliti keperluan dan permintaan daripada warga FELDA untuk membina lebih banyak unit rumah di tanah rancangan selaras dengan iltizam kerajaan mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat rancangan di seluruh negara.

source:Bernama

Secara tiba PM teringat penduduk2 Hulu Selangor dan sanggup turun padang bertemu mereka kononnya prihatin pasal rakyat. Pooooorah!!!!!!. Sebelum itu Najib tak pernah ingat langsung pasal mereka. Don't insult our intelligence!!

Kepada pengundi2 Hulu Selangor ambil saja apa gomen BN bagi,tapi jangan lupa bila mengundi pangkah PKR.......

cheers.

P94-Hulu Selangor - BN promised 4 new schools......

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said today that he did not come to Hulu Selangor in order to campaign for the coming by-election but in the same breath promised four new schools for the largest parliamentary district in the state.

Addressing some 500 teachers from the district who were gathered at the Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin said that one secondary school and three primary schools would be built.

In his 30-minute speech, Muhyiddin, who is also education minister, said that teachers were primarily responsible for upgrading the standards of education in the country to that of a global level.

He also held a 15-minute question-and-answer session during which he affirmed he would fulfill the government's promises in prioritising the needs of teachers and students. Before ending his talk, the deputy premier reminded his audience that a by-election has been announced for the constituency.

"I won't campaign today but I will come back here to campaign another time.

"April 17 is the nomination date and April 25 is the election date. Mark the dates in your diary and also jot down Undilah (Vote) Barisan Nasional," he quipped.

After the meet, Muhyiddin left for a mosque in Kampung Sentosa in Batang Kali. After performing evening prayers, he announced that the village, which often faces floods, will be getting a RM2 million allocation to develop their drainage system. The fund are expected to be disbursed by the Works Ministry. He also said the Al-Sajdin mosque would be given RM100,000 for infrastructural improvement.

source:malaysiakini

SPR says no campaign in Hulu Selangor byelection before nomination date. Here comes DPM throwing money around. Why didnt the DPM promise to built schools when the former MP was still alive. This is 'rasuah' but the gomen think otherwise.

What will happen if Selangor's PKR MB promise to provide land for the poor or granting land titles to the landless?

Time for the electorates to demand anything now, especially from UMNO/BN but vote for PKR.......

cheers.

02 April 2010

P94 Hulu Selangor - April 17 Nomination & 25 April Polling day........

The Elections Commission (EC) announced today the polling date for the Hulu Selangor by-election as April 25, with nomination day being April 17. Speaking at a press conference at the commission's headquarters in Putrajaya this morning, EC chief Abdul Aziz Mohd Yusof said eight days have been set aside for what is expected to be intense campaigning by the contesting parties.

Quizzed about early campaigning or political corruption which may occur because of intervention by either Pakatan-led Selangor or the BN federal government, Abdul Aziz said that it is not exactly within their purview. "We have neither the experience nor the authority to deal with corruption. That is the purview of another agency. But we hope that the agency in question will cooperate fully with us to tackle this issue if it arises."

"Well, even their name is the same as ours," joked the EC chief, referring to the Malay acronym of his commission (SPR) which is just one letter less than that of the Malaysian Anti Corruption Commission (SPRM). However, he did announce the formation of six EC monitoring teams to enforce and monitor the campaigning by both sides and make sure all conform to election guidelines during the Apr 17 to Apr 25 campaigning period.

Abdul Aziz added that the standard election protocols and guidelines will be enforced and everyone will be expected to follow them. No amendments or special guidelines have been mulled as of now. However, he did say that the Hulu Selangor be-election will be a test case for the EC to adapt its rules with the more aggressive campaigning seen in previous by-elections. "We will see if we have to modify existing guidelines to suit present circumstances." Abdul Aziz added that the voter's list to be used for the by-election will be the 2009 listing updated till Mar 26.

In total, he explained there are 64,500 registered voters. 63,701 0f which are normal voters with 799 postal voters. Hulu Selangor is a semi-urban mixed seat of 63,539 voters of whom 53.9 percent are Malay, Chinese (26.7 percent) and Indians (19 percent).

This will be the country's 10th by-election since the 2008 general elections, with Pakatan Rakyat winning seven of the contests while BN bagged two.

source:malaysiakini

cheers.

01 April 2010

DEB,NEP & NEM - 2x5,5x2, UMNO juga yang kenyang......

Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

"Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi.

Jelasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan.

"Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar.

"Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya.

Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen.

"Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanya

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"(Untuk) menunjukkan kerajaan serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa, (perdana menteri) perlu bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas tentang NEM, untuk dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan," katanya.

Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.

"Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya.

(Pakatan Rakyat today poured scorn on the government's New Economic Model (NEM), claiming that it was copied from the opposition coalition's Malaysian Economic Agenda (MEA). Opposition Leader Anwar Ibrahim said Pakatan has identified several key features in the NEM which have stark similarities to the MEA.

"The pillars of NEM sound very familiar to those who are accustomed to MEA,” he told a press conference in the Parliament's lobby.
"The prime minister stressed on the need to attain high economy, achieve sustainability and promote inclusiveness in driving the economy, especially in moving towards needs-based affirmative action," said Anwar.

He said that the similar ideas were stated in the Pakatan's manifesto for the 2008 general elections. The opposition's coalition also accused that Prime Minister Najib Razak, who ignored Parliament and announced the NEM instead at the Invest Malaysia conference yesterday, of belittling the status of the august House. Anwar lamented that there was no real commitment to structural reforms.

"The issue is that this is not merely a public relations exercise. Is there a commitment to reform? Free media? RTM, TV3, and Utusan (Malaysia) is controlled fully by the government, which mean that you are not able to receive criticisms or views," he said.

"(What about) the issues of judicial independence, transparency and procurement policies? You say that you want to privatise, but to whom? First to EPF (Employees Providence Fund) and then transfer it to your crony companies?" asked Anwar.

He also expressed concern that the EPF, which has RM360 billion in assets, would be abused by the government following Najib announced that the pension fund will be allowed to invest overseas
as well as to sell some of its shares to boost liquidity in the stock market.

"EPF has been actively used and there is danger that it is being utilised as a temporary body before the assets are transferred to company associated with (BN) leaders and their cronies.)


source:malaysiakini

As for me listening to Najib's speech may make me want to throw up. It is all 'sandiwara' only want to show off but devoid of content and substance.

Tak payah susah,hanya buang masa.TV1,2,3,7,8 & 9 ni dah lama aku tak tonton. Apatah lagi dengan surat khabar lama, tak baca 5 tahun dah. Kalau ada depa di rumah beli aku guna untuk lap kasut saja.

Jangan dok bimbanglah lepaih setahun tanya orang pasal MEM tu jika ada apa-apa perubahan. Mungkin perubahan hanya pada pemimpin-pemimpin UMNO yang mana akaun bank mereka berlipat ganda.

Itulah nasib kita rakyat jelata, bermula dengan DEB,NEP dan sekarang MEM,rakyat terbeliak mata,UMNO juga senyum kekenyangan.......

cheers.