22 July 2013

Dr. Mahathir - Tetapi pilihan terbaik masih Anwar...


UM : Dalam usaha meraih sokongan, kerajaan BN dikatakan sudah melakukan segala-galanya, termasuk memastikan semua kaum mendapat bantuan, tetapi keputusan PRU-13 tidak mencerminkan apa yang diharapkan?

DR. MAHATHIR: Sebenarnya apa yang diberi itu tidak memberi kesan. Bagi mereka yang dapat bantuan itu pun mereka tidak berterima kasih apatah lagi jika mereka penyokong parti pembangkang kerana bagi mereka itu adalah duit mereka. Itu duit cukai dan bukan duit kerajaan atau parti BN. Dahulu kerajaan menyediakan persekitaran yang memudahkan masyarakat mencari kerja, menjalankan perniagaan serta pelaburan dan sebagainya maka orang ramai pun seronoklah. Itu bukan duit kerajaan tetapi kami menyediakan ruang dan persekitaran yang sesuai dengan kehendak semua orang untuk mencari rezeki. Sekarang ini kalau kita lihat ramai juga graduan yang belum mendapat kerja. Mungkin orang fikir apabila mereka mendapat duit bantuan mereka akan berpuas hati padahal duit itu tidak mencukupi, berapa hari boleh bertahan pun.

Apakah Tun melihat pakatan pembangkang sengaja menyebarkan agenda tidak perlu berterima kasih sehingga ia menghasut rakyat Malaysia?

DR. MAHATHIR: Saya lihat generasi muda agak terpengaruh juga kerana mereka (pembangkang) fokus kepada perkara yang pihak kerajaan sukar untuk menepis. Umpamanya dalam hal berkaitan rasuah. Rasuah bukan senang untuk dihapuskan kerana perkara ini sukar dibuktikan dan menjadi rahsia. Orang yang memberi pun tak mahu dedah begitu juga orang yang menerima. Jadi kalau kita nak hapuskan rasuah, ia bukan sekadar kita tangkap apabila mereka melakukan rasuah tetapi mesti ada langkah-langkah pencegahan rasuah.

Bagaimana Tun melihat campur tangan yang semakin berleluasa oleh pihak luar dalam hal ehwal dalaman negara ini. Apa sebenarnya agenda mereka?

DR. MAHATHIR: Ini salah kita kerana tidak mampu mengawal setelah menghapuskan undang-undang yang sebelum ini banyak melindungi kepentingan rakyat dan negara seperti ISA. Tetapi kita hapuskan kerana mahu menjadi lebih liberal sedangkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pun mempunyai undang-undang yang sama seperti ISA. Mereka boleh tangkap sesiapa tanpa bicara selama 10 tahun dan tidak ada bantahan pun malah mereka boleh menjatuhkan hukuman gantung tanpa perbicaraan. Sekurang-kurangnya kita hanya menahan paling lama dua tahun kemudian kita bebaskan, kita tidak bunuh orang pun. Kenapa kita perlu ikut orang dan sekarang apabila undang-undang berkaitan sudah tidak ada, maka berlaku macam-macam perkara.

Apabila keadaan sudah lebih terbuka maka orang luar pun masuk untuk cuba mempengaruhi politik kita. Bagi AS mereka secara terang-terangan mahukan perubahan pemerintahan dan sesiapa yang tidak mesra dengan mereka akan ditukar. Dalam hal ini saya fikir mereka ada kecenderungan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka akan membantu beliau namun mereka tidaklah menunjukkan berseteru dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun bagi mereka pilihan yang terbaik tetap Anwar.

Bagaimana Tun melihat kelompok Melayu liberal yang mana apabila sudah berjaya dan misalnya menjadi ketua pegawai eksekutif tetapi kemudian mengutuk orang Melayu lain?

DR. MAHATHIR: Itu jenis orang Melayu yang kurang berkualiti. Ini kerana nilai hidup mereka ini tidak ada sifat syukur dan berterima kasih atau terhutang budi sedangkan bagi orang Melayu, pantun mengenai budi ini begitu banyak sekali.

Dalam usaha mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina, BN perlu bergantung kepada siapa kerana MCA dilihat lemah manakala Parti Gerakan pula dikatakan semakin ditolak?
 
DR. MAHATHIR: Usaha itu perlu bermula di dalam UMNO sendiri. UMNO mesti mengambil kira pandangan generasi muda dan mereka perlu membuka keahlian baru yang lebih luas. Yang menjadi masalah bagi UMNO sekarang adalah terdapat pemimpin yang mahu kedudukannya selamat dan tidak membenarkan orang lain masuk parti. Kalau ada orang lain yang masuk dan lebih baik daripada mereka, maka mereka takut nanti tidak boleh jadi calon, ketua cawangan atau bahagian. Sebab itu UMNO kini semakin merosot kualitinya dan banyak yang masuk kerana nak dapat projek dan sebagainya. Imej ini perlu dibersihkan dan UMNO akan kembali kuat dan mendapat sokongan ramai setelah pembersihan ini berlaku.

Kini kita nak buat persempadanan semula kawasan pilihan raya sudah tidak boleh kerana kerajaan sekarang bukan lagi mendapat sokongan dua pertiga. Kita tak boleh beri semua kuasa ekonomi dan politik kepada sesuatu kaum kalau tidak nanti ada kaum yang tersisih dan tidak mendapat layanan sepatutnya. Jadi itu sebabnya kita berkongsi kuasa melalui BN iaitu UMNO berkongsi kuasa dengan orang Cina dan orang Cina perlu berkongsi sebahagian kekayaan mereka dengan orang Melayu dan India. Itu sebabnya orang Cina menerima konsep perkongsian kuasa.

Kalau kita lihat pun pusing 'kot' mana pun orang Cina akan dapat lebih. Ini kerana apabila kita beri projek kepada orang Melayu, mereka perlu mendapatkan batu bata, pasir dan sebagainya daripada orang Cina. Kita berkongsi kekayaan dengan orang Cina melalui cara ini tetapi jika orang Cina nak buat bangunan misalnya, orang Melayu tidak dapat apa pun kerana semua diberi kepada orang Cina. Kita cuba buat perubahan melalui DEB tetapi orang Melayu sendiri yang sabotaj DEB. Orang Melayu ini cuba nak buat untung awal dengan jual projek, lesen atau AP kepada bangsa lain. Jika semua orang Melayu belajar berniaga dan tidak terlalu mengejar keuntungan secara mudah saya fikir keadaan hari ini berbeza dan ada keseimbangan dari segi penguasaan ekonomi antara semua kaum. Orang Melayu juga salah dalam hal ini. Kita bagi peluang tapi mereka tidak memanfaatkan peluang dan sekarang ini semakin berpecah-belah dan berkelahi sesama sendiri. Ada pula orang yang masih bercita-cita nak jadi Perdana Menteri sehingga tidak peduli apa pun nak berlaku.


Baca temuramah sepenuhnya di sini.


America's "BEST CHOICE" is still Anwar, not Najib...

Malaysia's grand old man of politics Tun Dr Mahathir opened up in an interview to say that direct cash grants did not help the ruling Barisan Nasional (BN) in Election 2013 as people thought it was rightfully their own money.

In an interview carried in Umno-owned Utusan Malaysia's Sunday edition, the country's longest-serving prime minister answered leading questions on the political and social scene.

He was asked about BN's efforts to do everything to court support from voters including ensuring all races received aid but was not reflected in the May 5 general election results.


"For those who receive the aid, they were not thankful, especially opposition supporters who thought it was their own money anyway. That is tax money and not government money or BN's," he added.

Ineffective unlike me


Dr Mahathir contrasted the cash aid to his administration between 1981 and 2003.

"Previously, the government ensured an environment that facilitated society to find work, conduct business, investment and others that the people enjoyed. That wasn't government money but we created space and a suitable environment for people to make their livelihood.

"Now we see many including graduates who don't have a job yet. Maybe people feel that once they get the cash aid they will be satisfied but actually the money is not enough, it will just last a few days," the still-influential politician said.

BN has given two direct cash aid under the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) plan and promised in their Election 2013 manifesto to give RM1,200 to families who earn less than RM3,000 a month.

Despite that and a slew of other promises, BN lost more seats to Pakatan Rakyat (PR) in Election 2013, taking only 133 federal seats to 140 gained in the 2008 general elections.

Low-quality Malay


In another leading question, Dr Mahathir was asked about liberal Malays who have achieved success such as a chief executive and who then condemned other Malays, in what is seen as a reference to AirAsia X's Azran Osman Rani's criticism of Utusan Malaysia for its racially-slanted reports.

"That is a type of Malay who is low quality. This is because their life values have no gratefulness or thanks or gratitude considering that for the Malays, there are many poems about gratitude," the former prime minister replied.

Foreign interference

He was also questioned about the growing interference by foreign quarters in the country's internal situation and their real agenda in the matter.

"This is our fault as we cannot control after repealing laws that previously protected the people's and country's interest, such as the ISA.

"But we eliminated the laws to be more liberal but the United States and Britain now have the same laws as the ISA. They can detain people without trial for up to 10 years - and there are no protests - and also passing the death sentence without trial.

"We at least only detain for as long as two years and then we release, we don't kill anyone. Why should we follow people and now that we don't have such laws, many things happen," Dr Mahathir said.

He said an open situation would lead to foreigners trying to influence Malaysian politics.

"For the US, they openly want an administration change and those who are not friendly, they will change.

"In this matter, I think they have a tendency to support Datuk Seri Anwar Ibrahim and they will help him although they haven't shown any hostility with Datuk Seri Najib Razak. But their best choice is still Anwar," Dr Mahathir said.- malaysian chronicle

PRK Kuala Besut...

Anwar bersama-sama dengan Dato' Seri Presiden PAS, TGHA, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Amar dan mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin telah turun berkempen dan berceramah atas pentas yang sama di Teratak Bonda, Kampong Pusu Tinggi, Bukit Puteri, Kuala Besut, Besut, Terengganu.



































cheers.

No comments: