02 January 2013

Deepak beli barang kemas RM13 juta untuk Rosmah sebagai sogokan utk mudahkan urusniaga tanah...

PKR hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.

Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.

Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.

Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah. Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya. 

Inilah cincin berlian tersebut sebagaimana terkandung dalam dokumen pembelian.

“Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh tiga bulan untuk Rosmah sangat serius, apatah lagi beliau (Deepak) menampilkan dokumen sebagai bukti,” kata Rafizi.-keadilan daily

Rosmah didesak jawab dakwaan Deepak beli barang kemas RM13juta.


PKR dedah dokumen pembelian berlian...

PKR hari ini mendedahkan beberapa dokumen mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Pemindahan wang  oleh Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd  kepada syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong itu dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Bagaimanapun, nama Rosmah tidak tercatat dalam mana-mana slip pemindahan wang tersebut.

Ini kerana, segala serahan pembelian itu dibuat kepada orang tengah termasuk di Singapura.

Isnin lepas, sebuah buku bertajuk 'Black Ros 1.0' mula disebarkan yang juga mengandungi cerita dan dokumen berkaitan pembelian belian sebegini.

Buku ini merupakan siri pertam kerana menurut sumber, sebuah lagi buku bertajuk 'Black Megic Woman' pula akan diterbitkan.

Namun, Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan salah-satu dokumen tersebut yang mengandungi satu email dari seorang kakitangan sebuah syarikat permata di Hong Kong yang mempunyai nama Rosmah.

"Dokumen yang ada dengan saya ini turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd," kata beliau dalam sidang media di Ibu pejabat PKR, Tropicana hari ini.

Menurut Rafizi, invois Dehres Ltd dialamatkan dan dibilkan kepada sebuah syarikat kawalan Deepak, bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250).

"Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd," katanya.

Dokumen juga mengandungi beberapa invois dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763.

Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd.

"Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009.

"Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya," kata Rafizi lagi.


NONEJusteru, Rafizi menegaskan, dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Rosmah adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

"Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak," katanya.

Beliau juga berkata, perkara ini wajar disiasat sepenuhnya dan beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.-harakahdaily

PKR kemuka bukti dokumen pembelian barang kemas seperti didakwa Deepak

Answer RM13mil Jewel-gate claim, Rosmah told...

PKR has demanded that Rosmah Mansor responds to claims by carpet trader Deepak Jaikishin that he had paid RM13 million to purchase jewellery for her in 2008 and 2009.

NONEDeepak (right) is said to have claimed that the purchase of 19 pieces of custom-made jewellery from two firms in Hong Kong is part of alleged kickbacks to grease a land deal.

"It is of public interest that both Rosmah and Deepak come clean," PKR director of strategy Rafizi Ramli told a press conference at the party headquarters in Petaling Jaya today.

To back the allegation, Rafizi furnished documents that the party had obtained through intermediaries from Deepak.

He also pointed out that one document names Rosmah.

When contacted, an aide to Rosmah said he would have to check on the claim.


Based on preliminary checks, Rafizi said he believes the email communiques, invoices, account summaries and fund-transfer documents to be genuine.

NONE
The onus, he said is now on Deepak to furnish the authorities with original copies of the documents and other proof, so that an investigation can be carried out.

Deepak had told Malaysiakini earlier that he would lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) later today.

Based on the documents, his companies, Carpet Raya Sdn Bhd and Carpet Plus Sdn Bhd, had paid for the jewellery.


"These are serious allegations," Rafizi said, noting that the documents and Deepak's claims warrant a probe.

Anticipating the possibility of a formal denial, Rafizi said it was not logical that the items were for Deepak’s use as “I have not seen (him) wearing rings and necklaces”.


NONEPKR treasurer William Leong, who was present, urged the MACC to investigate the claim "without fear or favour" and prove that it is truly independent.

Failure to do so would show that it only investigates safe targets who have no political connections, he said.

He added that even without a report being lodged, the anti-graft body is empowered by its parent legislation to call in Deepak and compel him to furnish them with proof of his allegation.- malaysiakini


Deepak spent millions on gems for Rosmah

 

 cheers.

No comments: