07 September 2011

Bila kuasa agama menyusahkan perkembangan agama...

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan terbaru ke atas dua wakil rakyat PAS negeri itu – yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seolah-olah mahu mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, “jangan hairan jika ramai orang murtad... kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama.”


“... simpati apabila ada Ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah... sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

“Begitulah susahnya berdakwah... sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri. Jangan hairan jika ramai orang murtad... kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama,” tulis Asri dalam laman Facebook beliau.

Katanya, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w “sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” dimansuhkan.

Bagi Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

“Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun... apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua,” tulis beliau.


Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November ini kerana memberi tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah Jais. Asri juga menjadi sasaran tindakan Jais dua tahun lalu apabila beliau dikepung ketika sedang memberi kuliah agama di Hulu Klang.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Turut berhadapan dengan tindakan Jais ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Dr Asri: Restriction of Islam could provoke apostasy

Jangan sampai isu tauliah jadi bahan gurau masyarakat

source

cheers.

No comments: