12 September 2011

Beri jaminan apa,kedai runcit dah pun caj 6%....

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

source:malaysiakini

Najib kata gitu, Rais kata gini...sapa yang betoi dan sapa yang bertanggungjawab dengan kelulusan cukai 6% dikenakan kepada pengguna to-up kad prabayar?

Hello...Najib dan Rais, dalam hampa dok berdolak dalik, aku dan ramai lagi dah mula bayar cukai 6% ini, bila kami beli top-up kad prabayar kedai2 runcit baru2 ini, walaupun cukai ini akan dilaksanakan mulai 15 September 2011. Beli kad to-up RM 10.00, kedai caj RM 10.60....

Terima Kasih kerajaan BN/UMNO kerana begitu prihatin,rakyat didahulukan....

Terkini

Telco setuju tangguh kutipan cukai prabayar

Telcos agree to put off prepaid service tax


Tangguh hingga sebelum PRU ke-13 kot.....

cheers.

No comments: