20 November 2010

Zaid - Depa cop saya 'orang jahat', tapi dia kata kat orang tak apa....

Bekas pengerusi PKR (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keluar parti berkuatkuasa 16 Dis ini kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

Beliau berkata keputusan itu dibuatnya setelah menerima tekanan dan serangan peribadi daripada pimpinan parti termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telahpun menghantar surat kepada PKR. Saya, secara rasminya hendak keluar daripada parti ini, tarik diri tapi dalam surat saya itu saya berkata bahawa saya nak tarik diri berkuat kuasa 16 Dis. (Ini adalah) berikutan episod pemilihan, saya telah dituduh, difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini mengkhianati parti dan berniat jahat.

Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi. “Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.

Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.

Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

source:malaysiakini

Kelakuan dia yang tak senonoh dengan egonya yang tinggi,memang patut orang cop dia macam-macam. Dia jadi ahli tak sampai setahun jagong, jasa apa yang dok merepet mai ni?

Konon katanya tak rela kerjasama dengan pemimpin2 yang suka hina orang lain. Yang dia dok jaja didepan media massa gomen, buat komen2 yang tajam dalam TV dan Astro Awani,apa ke jadahnya? Bukan kah dia yang juga dok balun pemimpin2 PKR?

Adakah patut, dah masuk mai rumah orang dan orang jaga dia sikit punya baguih,tiba-tiba nak halau tuan rumah pula!

Patut pun dia tubuh parti sendiri, jadi presidennya tak sapa nak melawan atau kata apa2 lagi......

cheers.

No comments: