27 November 2010

4 atau 40 atau 400 atau 4,000 atau 40,000 anggota tak penting....

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengulangi kenyataannya bahawa parti itu mempunyai 400,000 anggota di seluruh negara.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 50 peratus adalah Melayu, India (22 peratus), Cina (13 peratus) dan kaum di Sabah dan Sarawak (15 peratus).

“Mengikut rekod keanggotaan parti, sehingga 25 Nov lepas, keahlian kita mencapai 370,000 anggota dan sebanyak 24,000 lagi permohonan dalam proses menjadi ahli parti,” katanya ketika membentangkan laporan Setiausaha Agung di
Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR di sini.

source:Bernama

PKR janganlah dok berlagak macam UMNO dok tayang bilangan ahli tiap kali ada mesyuarat agong. Sama ada 4 atau 40 atau 400 atau 4,000 atau 40,000 anggota tak penting, yang penting ialah pastikan bahawa rakyat masih percaya kepada perjuangan PKR.

Tiap2 hari media massa dok bawa cerita ratusan,malah ribuan ahli PKR tinggalkan parti kerana sebab itu dan ini. Kalau dihitung dan kita percaya kepada angka2 yang diberikan oleh Utusan Meloya,Berita Harian,NST dan Star sejak penubuhan PKR,mungkin hari tinggal 7 orang ahli PKR saja - Anwar,Wan Azizah,Nurul,Dr.Husin Ali,Azmin,Sivarasa dan Tian Chua!!!

Perlukah dimaklumkan berapa ramai ahli yang ada? Bukankah lebih elok cukup sekadar bagi tahu berapa bilangan ahli baru yang menyertai PKR pada tahun tersebut.

UMNO dok jaja seantero dunia,ahlinya dah lebih 3 juta tapi apa bukti yang menunjukkan bahawa ahli UMNO seramai itu? Pak Long,Mak Long saya serta anak2 mereka seramai 5 orang adalah ahli UMNO totok tapi bila ditanya mana kad ahli,Pak Long saya menjawab,"mana pernah UMNO keluarkan kad ahli?"

Jadi PKR tak perlu tiru UMNO dok tayang pasai ramainya ahli.Ahli ramai tak semesti parti itu kuat dan gagah macam UMNO. Tak semesti ahli parti itu mengundi partinya bila ada PRU.

Belajarlah daripada kesilapan UMNO yang dok bangga sangat dengan ahli bermilion2,akhir2nya ahli2 UMNO itu juga yang mengajar UMNO agar jangan dok sombong sangat pada PRU 2008. Apakah PKR mahu menerima nasib yang sama pada PRU ke-13 nanti?


Apa yang penting pastikan rakyat tak kira ahli atau bukan ahli memilih calon2 PKR dalam PRU nanti.....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Ahli UMNO yang berjumlah 3.5 juta tu termasuk mereka yang dah kojol tapi nama masih tersenarai dalam data,macam nama tok wan,bapa mertua,bapa dan emak mertua aku yang telah lama pergi tapi masih majknadi ahli UMNO dan setiap PRU mereka balik mengundi.

Oh ya,tak lupa juga akan segala lembu,kerbau,kambing dan ayam itik yang juga tersenarai sebagai ahli UMNO.