18 February 2010

Sodomi II, the sequel,tangguh ke 25 Mac.........

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak perlu mengundurkan dirinya daripada membicarakan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Mohamad Zabidin, beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Anwar membuat permohonan itu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh ke 25 Mac sementara menunggu rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar prosiding tersebut.

Read here.

cheers.

No comments: