03 February 2010

Kalu Zambry ingat dia popular bubar DUN Perak......

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil),"

source:malaysiakini

Betul kata orang Perak bahawa MB Zambry ini memang bangang.

Kalau 28 orang Adun Pakatan Rakyat tersebut letak jawatan sebagai wakil rakyat di Adun masing,sudah tentu mereka tak boleh bertanding lagi kerana,Perkara 46(6) Perlembagaan Persekutuan menyebut,sekiranya seseorang wakil rakyat sama ada kerusi Adun atau Parlimen,beliau dengan sendirinya akan dihalang untuk bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun, (Article 46(6) of the federal constitution to read that, if an elected representative resigns from a state or parliamentary seat, he or she would be barred from contesting an election for five years).

Kenapa nak suruh Adun Pakatan Rakyat letak jawatan pula? Kalau Zambry pikiaq yang dia dan penyangak-penyangak BN lain begitu popular,minta Tuanku Sultan bubar saja DUN Perak.

Sekadar ajak-ajak ayam saja tak cukup Zambry ooi......

cheers.

No comments: