14 October 2009

UMNO tak akan berubah,samun menyamun tetap 1agenda depa.......

Najib Razak berkata sudah sampai masanya Umno menjadi parti utama yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan bumiputera, Umno hendaklah berubah mengikut keadaan semasa dengan memainkan peranan sebagai parti utama yang turut memelihara kepentingan kaum lain.

source:mStar

Ini cerita lama Najib ooi.....presiden UMNO,termasuk bapa engkau sebelum ini dah bagi ingatan kepada UMNO, tapi macam biasalah,bila persidangan UMNO hanya merupakan gelanggang bertepuk ramai-ramai, apa saja nasihat dan amanat sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Pesta samun menyamun,balun membalun dikalangan gerombolan penyanggak UMNO,kroni,anak bini tetap diteruskan agendanya.

Hari ini ketua penyamun menyeru agar UMNO dijadikan tunggak utama menentukan kesejahteraan bukan saja untuk orang Melayu tapi termasuk kaum Cina dan India. Wow, cakap punya hebat 1Malaysia konon.....ptuihhhhhh!!

Kalau pembangkang yang buat kenyataan begini, pembodek UMNO akan sikit punya melenting....'mana boleh Ketuanan Melayu perlu dahulukan kata depa'..... nak tengok apa Shamuddin,Ibrahim Ali dan hero-hero ketuanan Melayu nak komen(kalau ada teloq).........

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

cayalah lu ali......

mampus UMNO!!!!!!!!!

mosabit said...

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukans etakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah.

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang menjadi ahli umno............

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umno yang masih tidur yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Jika ini berterusan, umno akan lebih maju menuju kehancuran........

Anonymous said...

Nice comment Ali..

PAS For All tuh dah biasa dgr..tapi UMNO For All nih baru hari nih aku dgr...mcm sial jer bunyinya tuh.

Bila pi kampung, dok teriak dan canang Ketuanan Melayu dan Hidup Melayu...bila dgn cina/india dok pi canang UMNO For All...pastu kata DSAI mcm chameleon...Celaka punya UMNO...pls read this Ali:-

Pemuda Umno ikrar pastikan Anwar tidak bentuk kerajaan
oleh Zainudin Isa, Wan Hazmir Bakar dan Zef Othman



KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini berikrar memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai 'sesumpah politik' yang melalaikan masyarakat Malaysia, tidak akan dapat berkuasa dan menubuhkan kerajaan.


Dalam ucapan sulung sebagai Ketua Pemuda Umno pada perhimpunan agung pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, berkata Umno khususnya Pemuda Umno tidak akan membiarkan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menipu rakyat dan mendakwa dirinya sebagai pemimpin yang bersih dan pejuang rakyat bawahan.


"Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dialah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin Umno sebagai rasuah, rakus dan rasis.


"Tapi Anwar Ibrahim, jangan kamu lupa sejarah kamu kerana kami tidak lupa perbuatan lampau kamu. Apakah semata-mata Anwar Ibrahim beralih menjadi pembangkang, sejarah silamnya, segala dosa lamanya akan lesap begitu saja? Sejarah akan sentiasa membayangi Anwar ke mana sahaja dia pergi dalam arena politik. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


"Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.


"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," katanya.


Khairy berkata, menjadi tanggungjawab Pemuda Umno mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang yang diterajui Anwar.


Beliau berkata, pakatan pembangkang bukannya sebuah parti politik yang tulen tetapi satu perhubungan rambang dan kasual tanpa prinsip moral, cinta sejati atau hormat menghormati.


"Satu pakatan yang sanggup tidur sekatil demi mimpi untuk ke Putrajaya, satu pakatan yang bernafas atas nafsu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional," katanya sambil menambah pepecahan pembangkang boleh dilihat dalam banyak insiden selepas pilihan raya umum lalu.