24 May 2007

Akademi Sia-sia.....

Akhirnya Akademi Sia-sia yang ditayangkan setiap malam di waktu primetime di kaca TV kita sudah pun tutup tirai.Ramai yang gembira,ramai yang menangis,termasuk penonton-penonton di dewan dan juga di rumah,baik daripada golongan muda sampai ke golongan tua.

Masing-masing ada favourite mereka dan setiap kali favourite mereka itu berjaya mereka ketawa riang ria,tapi bila favourite mereka itu terkeluar,muka masam macam cuka.Apakah tidaknya, dengan sapa pun tak hendak tegur,malah makan minum keluarga tak diambil peduli. Setiap hari paksa suami/isteri/anak-anak lari ke kedai telekomunikasi untuk topup handset masing-masing kononnya mereka ingat semua itu free belaka. Top-up handset tu lebih penting daripada membeli barang makanan untuk keluarga depa.


Siang malam suami isteri bergaduh kerana sisuami hendak tonton berita BBC,sedangkan si isteri pula nak tonton diary Akademi Fantasia(AF),debat AF,dialog AF dan apa-apa saja yang berkait dengan AF di saluran 4 dan saluran 15. Ada isteri yang sanggup tonton ulangan AF ini berpuluh-puluh kali tak kira pagi,petang,siang dan malam. Ada yang tak sanggup keluar bersama-sama keluarga kerana demam AF. Apa-apa pun AF mesti diutamakan. Demikianlah fobianya bagi mereka yang mabuk AF,lebih teruk daripada mabuk asmara.


Pemenang-pemenangnya pun kita dah tahu,masing-masing bersorak-sorai kerana keyajaan masing-masing,
bersama-sama dengan berbagai hadiah-hadiah yang lumayan berjumlah lebih daripada satu juta RM jumlah semuanya.Persoalannya sekarang bilakah pemenang-pemenang ini akan menjadi recording artist? Lima musim dah berlalu,jaguh-jaguh AF yang lalu,kecuali si Mawi hampir semua tersorot di celah dapur saja. Janji tinggal janji. Sehebat-hebat mereka, hanya sekadar membuat persembahan di shopping mall saja,mungkin dua tiga orang menjadi aktor pengiklanan dan diberi peranan-peranan kecil dalam drama-drama tempatan. Beginilah nasib si anak didik AF yang menjadi sia-sia setelah mendapat populariti buat seketika,bukan kerana mereka tu pandai bernyanyi tetapi kerana undi SMS.

Namun demikian,pemenang sebenarnya bukan pelajar-pelajar AF tetapi syarikat-syarikat Telcos seperti Maxis,Celcom dan Digi yang dikatakan mengaut berjuta-juta RM hasil daripada perniagaan SMS mereka itu. Kononnya,di malam final itu saja hampir 10 juta peminat yang main SMS itu,apatah lagi sepanjang musim AF itu berapa puluh juta pula yang menyertai peraduan SMS ini? Fikirkanlah sepanjang musim AF itu berapa juta yang dikaut oleh syarikat-syarikat Telcos ini.


Yahoo... sekarang saya boleh tonton TV dengan hati yang tenteram,kerana bini saya sudah tidak kawal TV lagi sepanjang hari. Tapi....alamak...dia beralih pula kepada drama Melayu,Indon,Siam,
Filipina,Cina dan Tamil pula!

..melepas lagi!!


cheers.

No comments: