03 April 2007

Pegawai2 PTD tu pandai sangatkah?

"Semua kesatuan, pertubuhan dan badan dalam perkhidmatan pelajaran menolak kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kerana ia boleh menyekat kenaikan pangkat guru. Wakil-wakil kesatuan dan persatuan yang mempunyai kira-kira 500,000 ahli seluruh negara itu sebulat suara membantah kemasukan PTD yang disifatkan menimbulkan situasi janggal kerana pegawai berkenaan tidak berpengalaman menerajui JPN.Pada masa sama, mereka menyifatkan kemasukan tersebut juga seolah-olah menolak keupayaan guru untuk memegang jawatan tinggi dalam JPN.Sehubungan itu, dalam mesyuarat hari ini, mereka meminta agar penstrukturan JPN ditangguhkan sementara waktu agar setiap pihak dapat memberi cadangan baru." - Utusan Malaysia 2 April 2007

Akhirnya pegawai2 PTD berjaya menceroboh masuk ke dalam JPN & PPD dan mungkin satu hari esok mereka (PTD) ini akan menjawat jawatan2 Pengetua,Pengarah2 Institusi Perguruan, Politeknik, Kolej Matrikulasi dan kemungkinan besar akan menjawatan jawatan Pengarah Pelajaran Negeri. Inilah senario guru2 sekalian bakal hadapi.

Semuanya ini angkara siapa? bagi saya ia berpunca daripada pihak pengurusan tinggi di peringkat Kementerian Pendidikan begitu lemah menyediakan justifikasi bagi menolak kemasukan pegawai2 PTD dalam JPN/PPD. Mereka di peringkat atas telah diperbodoh2kan oleh pegawai2 PTD yang selalu fikir mereka saja yang pandai mengurus dan mentadbir. Pihak NUTP telah dicadangkan oleh Siva Subramaniam dulu,yang meminta agar pegawai2 PTD ini mengambil alih kerja2 mengurus dan mentadbir JPN,PPD dan di sekolah. Sekarang kenapa NUTP nak bankang pula?

Kelicikan pegawai2 PTD ini terserlah bila mana mereka memberi apa saja yang KPM minta. Nak guru cermerlang depa bagi,nak tambah jawatan Pengetua DG 52 & 54 depa bagi,nak jawatan guru pakar depa bagi,nak jawatan guru cermerlang Jusa C depa bagi. Oleh kerana pegawai2 KPM ini sibuk menentukan siapa akan dapat peluang naik pangkat tiba2 melalui pintu belakang mereka(PTD) masuk,lantas terbeliak biji mata pegawai2 tinggi Pelajaran kita.

Jawatan Pengarah Pelajaran,Pengarah Institusi Perguruan,Politeknik,Kolej Matrikulasi, Sekolah2 gred A,sekolah Kluster memerlukan pengurus dan pentadbir yang berwibawa dalam menghadapi 1001 macam cabaran pada masa akan datang. To the PTD bloopers,kerja2 ini guru tak boleh buat,yang layak depa saja. So,give and take antara 2 hingga 4 tahun dari sekarang semua jawatan2 yang saya sebut di atas tadi akan diisi oleh pegawai2 PTD. Kaum guru dapat apa? kecuali hanya dok asyik pegang kapor dan buku dalam bilikdarjah dulu,kini dan selama2nya.

Sedarlah wahai guru2 sekalian,jangan diperbodohkan oleh pegawai2 haprak itu. Pendidikan is your profession and you guys are professional people. Being professional, seorang guru itu mahir buat apa saja dari mengurus dan mentadbir hingga menyapu dalam bilikdarjah. Mengapa pula guru2 perlu orang luar untuk mengurus dan mentadbir cikgu2 sekalian?? Cikgu kerja kuat siang malam,bila nak naik pangkat postnya terhad. PTD yang kerja senang lenang, peluang naik pangkat semakin cerah.
Kemasukan PTD juga seolah- olah menolak keupayaan guru memegang jawatan tinggi dalam JPN,PPD dan di sekolah.

Fikirlah semasak-masaknya, jangan dok jadi tali barut orang semata-mata. Guru juga ada maruah dan harga diri jangan biarkan diri anda dilacur oleh orang2 yang tidak ada kena mengena dengan profession anda.....

cheers.

31 comments:

Anonymous said...

Selama berkurun pegawai2 kat KPM tu pening nak susun, betulkan balik keserabutan pentadbiran dan pengurusan yang telah dibuat oleh guru-guru di JPN (yang sepatutnya mendidik anak bangsa, bukan buat gaji, elaun..)yang mana guru2 ini sebenarnya masuk skim DG dikhuatiri sebab nak kerja semata, bukannya ikhlas sangat nak mengajar! tu yang berebut nak buat servis matter, nak lari daripada tugas hakiki! sanggup lupakan ikrar masa kat maktab dulu, lupakan budak2 yang dahagakan ilmu, sebab apa? nak pangkat lah, sebab apa lagi.
Bukan PTD je diharamkan masuk, malah PSM, Kaunselor pun sama senasib sebab segelintir cikgu2 yang gila kuasa nih nak pastikan apa saja berkaitan sekolah, biar mereka pegang. tu yang PPT berborak, kerani melepak, pegawai tengok TV,sebab tak tau nak buat servis secara tersusun. surat, Masya Allah, berterabur huruf besar kecik...takkan pegawai tak cek masa sain? main hantaaam je diorang buat kerja. kes2 tatatertib berkait ngan cikgu tak dibuat ikut prosedur,ikut kepala sendiri je main tukar2 diorang. patutnya amik tindakan. Ntahlah..

oleh kerana isteri saya cikgu, selalulah saya berurusan dengan JPN dan sekolah. Itu sebabnya saya merasakan, kalau cikgu nakkan pangkat sangat, kita boleh banyakkan Gred tinggi khas untuk para cikgu. teruskan mengajar, makin tinggi pangkat makin mahir patutnya, macam pakar bedah. bukannya dengan menukar status guru yang mulia tu kepada pegawai yang kelam kabut. saya berjaya jadi PTD kerana guru2 inilah, yang ihklas mengajar, yang bersusah payah memahamkan kami dan memberi kami ilmu. kasihan guru2 ini yang terabai disebabkan urusan servis kelam kabut..

wahai guru yang berminat buat servis, anda bolehlah memohon untuk menukar skim anda kepada pegawai tadbir atau pegawai tadbir dan diplomatik, supaya skop tugasan anda memang bertepatan dengan apa yang anda buat. kalau tak, memang macam menempatkan orang tidak kena pada tempatnyalah, atau dalam kata lain, zalim!

sekian, terima kasih

Anonymous said...

PTD mmg pandai ! Idup PTD

Anonymous said...

Hello brader,
Orang tua - tua kata sebelum bercakap fikir dulu! dok asyik sebut, PTD bagi tu, PTD bagi ni...masuk kot pin belkanglah tu la ni la...awat hampa ingat PTD tu beniaga ka atau kontraktor kelas A ka apa?
Dua benda ja dalam hal ni :
1) dulu beriya nak masuk PTD tak dapat..
2) tak reti langsung apa PTD buat..

Buka minda sikit....dari dulu sampai la nasib guru tak terbela...naik pangkat punya la lambat...sesetengah dok anggap kalau dok JPN kira hebat sangat atau naik pangkat! bukankah kalau nak jadi cemerlang hampa kena jadi cemerlang di sekolah..yang dok risau sangat orang nak tadbir hampa kat jabatan apa pasai?
Hampa ngajo elok2 kat sekolah dahla...kalau kata kat sekolah susah naik pangkat...itu kerja senior hampa dulu..buat budaya macam tu..jangan la sampai orang kata kita bodoh sombong...buat sendiri takleh orang nak tolong buat banyaklah songeh!
Lama dah DG dok merana paya naik pangkat, susah dapat tukaq, birokrasi memanjang..hah! bagi la orang tolong kita...tengok la apa yang depa boleh buat....kalau jadi pengetua sekolah awat kalat depa boleh tadbir....cemerlang sangatka pengetua yang dok tadbir la ni...macam hampeh ja aku tengok!!!

Anonymous said...

baca jugak yg ini http://lelabu.com/blog/2007/04/09/antara-ptd-dan-guru-gaduh-jangan-tak-gaduh/

Anonymous said...

aku respek cikgu dulu2, dedikasi dan kuat semangat. cikgu sekarang aku tengok ramai nak jadi peniaga dari nak jadi cikgu. ngajar2 tah apa-apa pastu bukak kelas tuisyen, suruh mak bapak bayar, barulah nak ajar yg elok skit. eh adik aku kat kampung jadi mangsa la. pastu ramai gak dalam direct selling , nak sedap sikit panggil MLM, pergh...ramaiiiii bukan sikit. tu belum kira kes-kes tak senonoh. macama mana korang nak tadbir diri sendiri kalau serabut macam sampah.

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t

Mengenai "Pegawa2 PTD tu pandai sangatkah"

Baiklah,biar sy mengenalkan diri saya terlebih dahulu.Saya merupakan salah seorang pegawai tadbir dan diplomatik yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah 1 di JPA ingin menjelaskan situasi ataupun isu yang hangat diperkatakan di dalam blog ini.

Mengenai kemasukan PTD ke dalam sektor pendidikan bertujuan untuk melicinkan proses kendalian kerja dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan negara.Kehadiran PTD ke dalam JPN nampaknya tidak disenangi oleh majoriti guru-guru malah dibenci.

Guru-guru boleh menyuarakan pendapat secara bernas di blog ini dan bukannya memaki hamun Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia.Pegawai-pegawai PTD merupakan pegawai yang terpilih dan terbaik dalam Malaysia.

Diskripsi tugas sebagai PTD ini Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Justeru, PTD boleh diserapkan ke dalam pentadbiran JPN dan PPD.Mengenai jawatan Pengarah Pelajaran, PTD boleh memegang jawatan tersebut,akan tetapi,tiada perancangan untuk berbuat demikian.Kini,PTD hanya ditempatkan di JPN hanya sebagai Pegawai Tadbir,hal ini bermakna, PTD tidak sama sekali akan menggugat jawatan tertinggi JPN.Hanya sebagai Pegawai Tadbir.Sekian,harap maklum.

Anonymous said...

Biaq la PTD buat kerja depa. aku tak laghat dah nak dok JPN lagi. Serabut. Nampak macam baguih la dok pejabat pakai neck tie. Tapi kalau dah DG tu, kepuasan aku nak mengajar jugak. Kija half day. Boleh buat tuition, masyuk lagi kurang2 seribu sebulan. Cuti pun banyak. Sapa cikgu nak tukaq dengan aku di JPN mai laa..

Anonymous said...

cikgu ni kecoh lebih laa.. PTD masuk JPN sebenarnya tak jejas satu hapa pun kenaikan pangkat guru sebab semuanya post baru. PTD pun dah banyak kali kene 'tendang' dari jabatan2 dan jawatan2 penting sebab nak bagi pada skim lain dan ahli2 poliik. jumlahnya lagi banyak dari post2 baru utk PTD di JPN sekarang ni. implikasi kenaikan pangkat pun lebih banyak terjejas. tapi takde sapa pun kecoh. saya yang menurut perintah. kalau tak nak turut perintah, tak yah sign surat setuju terima jadik cikgu. masa interview jadik cikgu dulu, bila tanya kesanggupan, redah hutan belantara pun sanggup. sekarang apa jadi??? kesian anak bangsa. kalo nak gaji lebih, tak yah keja gomen. keja aa private. kalo jeles kat PTD, masuklah PTD.

Selangkah di Hadapan

Anonymous said...

Izinkan saya petik semula comment terdahulu dari ali allah ditta:
"Yang jadi kelam kabut bila mana JPA tidak mahu bekalkan pegawai2 sokongan,seperti kerani,staf sokongan dsbnya yang cukup. Tell me how to handle the service of almost a thousands of teachers in one state when you have 3 pegawai dengan 5-8 kerani sokongan?? "

Saranan saya: Bersyukurlah banyak-banyak kepada Allah.

Untuk makluman, di pejabat kerajaan negeri kami ni tiada pegawai yang dihantar oleh JPA (sepatutnya seorang M44 dan seorang M41). Urusan dilakukan oleh 2 EO, dan 8 orang kerani. Anggota yang dihandle ada 13,000 orang (berbanding seribu orang sahaja di tempat saudara). Alhamdulillah, takde rungutan dari anggota mengenai urusan2 yang berkenaan. Memang la teruk buat kerja. Tapi saya tak sanggup makan gaji buta.

Harap dihentikan kerja2 yg memalukan skim perkhidmatan sendiri seperti ini. Bagi saya kehebatan dan prestij sesuatu skim perkhidmatan itu bukan di atas ganjaran dan gaji yang diterima. Tetapi di atas kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Banyakkan beristighfar kerana kemarahan itu permainan syaitan.

-Saya Bangga Sebagai PPT-

Anonymous said...

Tuan,

Banyak fakta yang tersasar.

1) PTD tidak naik pangkat secara time based, sebagaimana guru. PTD naik pangkat sekiranya ada kekosongan jawatan. Kalau tiada kekosongan, tiada pergerakan pangkat akan berlaku. Kalau guru, ada kekosongan jawatan atau tidak, dia akan naik pangkat kalau dah cukup masa. Ada baik dan buruknya, sepatutnya masa setuju terima sebagai guru, setiap guru mesti jelas mengenai skim perkhidmatannya termasuk kaedah kenaikan pangkat.

2) Apabila PTD masuk ke JPN, PTD tidak pernah menghalang kenaikan pangkat guru-guru kerana:
a) Jawatan yang diisi adalah jawatan baru yang diwujudkan. Bukan jawatan 'milik' Guru sebelum ini.
b) Guru, kalau tiada jawatan kosong pun dah boleh naik pangkat secara time based. Kemasukan PTD tidak langsung menjadi halangan.
c) Kesimpulannya, kalau DG yang masuk ke jawatan baru yang dikhaskan untuk PTD di JPN pun, kenaikan pangkat Guru tidak menjadi lebih cepat. Sama je. Secara time based.

Saya cukup simpati dengan nasib guru. Susah jugak kalau tak paham servis, tapi bermati-matian nak buat servis. Sebab bende kecik macam pengisian jawatan dan kenaikan pangkat pun masih belum jelas lagi. Biarlah PTD masuk membantu.

Mungkin berita gembira, saya dengar dari rakan-rakan, guru-guru akan menerima skim time based yang lebih menarik. Kenaikan pangkat akan lebih cepat. DG41 ke DG44 cuma lebih kurang 3-4 tahun. Lebih kurang jugak untuk kenaikan pangkat yang lain. Sangat banyak jawatan guru cemerlang ditawarkan juga walaupun khabarnya permohonan untuk mengisi jawatan Guru Super sebelum ini pun tidak mendapat sambutan.

Tawaran ini lebih baik dari apa yang dinikmati oleh PTD kerana ia berbentuk time-based. PTD yang jadi cepat naik pangkat sebab kebetulan sekarang ni ramai senior officer yang dalam proses bersara dan jugak kesan peningkatan saiz organisasi kerajaan menyebabkan banyak kekosongan PTD. Ianya bermusim. Habis musimnya, PTD pun akan mengalami nasib seperti tahun-tahun sebelum ini juga. 7-8 tahun baru naik pangkat. Bagusnya PTD, tak pernah mengeluh walaupun bayang2 keruncingan ini telah kelihatan.

Persoalan saya, sejauh mana kesudian Guru-Guru untuk meningkatkan mutu P&P sekiranya tawaran ini diberikan?

Sudah-sudahla tu..

Anonymous said...

Dulu PTD 'keluar' dari MSD (Malaysian Student Department) di luar negara untuk bagi laluan kepada guru-guru... takde 'bising' pun..

Anonymous said...

adik beradik aku laki bini ada 6 orang jadik cikgu. tapi dorang takde pun buat part time ngajar tuition macam yang ntah sapa tadi cakap. kat kampung nak buat part time tuition mende? mana la orang larat nak membayor? kelas tambahan kat sekolah ada laa..

tapi diorang ni meniaga lain sebelah petang. sorang jadik kontraktor projek, sorang tukang buat umah, sorang kontraktor wiring, yang pempuan meniaga direct selling dengan menjahit baju. tapi bila jumpa kat umah mak je.. mengeluh keje banyak, masa tak cukup, pangkat lambat naik. korang agak2 la, kalo pangkat diorang cepat naik, diorang nak berenti ke dengan bisnes2 tu supaya leh fokus buat keje2 cikgu yang banyak sangat tu?

Anonymous said...

Tak paham aku dengan DG ni, Mengaku diri professional tapi pada masa yang sama tak nak buat profesion yang sepatutnya. Profesion seorang guru adalah mengajar dan profesion doktor merawat orang sakit, profesion tentera dan polis menjaga keselamatan dan profesion jurutera adalah kejuruteraan. habis kalau PTD yang memang profesionnya pentadbiran tak leh masuk JPN (bukan semua sektor pun, satu je...nak masuk PTD M52 jaga kewangan) dah kecoh guna persatuan, kesatuan, surat khabar, media dsb.

Kalau anda seorang DG tak pernah kah kawan2 yang ada kat Kem pelajaran cerita lawatan2 ke luar negara yang selalu depa pegi. kalau dekat negara2 lain spt UK dan US, memang cikgu mula2 masuk servis sampai habih pencen jadi cikgu. pentadbiran memang orang lain yang buat. Dekat Malaysia kite yang tercinta ni aje cikgu buleh melompat jadi pengarah2 dsb.

Aku akui cikgu2 ni kuat, dari segi politik cikgu merupakan penggerak utama kestabilan Kerajaan yang ada sekarang. Ye lah cikgu2 kalau yang bukan kumpulan pengurusan dan profesional buleh aktif politik (yg 41 ke atas pun sama jugek). itu sebab sikit2 gempak, sikit2 kecoh.

Abang aku suami isteri cikgu, selalu dok komplen kalau buat TNT atau proses sesuatu urusan berkaitan pentadbiran kalau tak sampai 2 atau 3 bulan jangan harap selesai. selama ni sapa yang dok buat benda2 tu? Masalahnya kalau di bagi kpd DG utk buat benda2 tu, depa dok bagi kat kerani yang handle je, depa bukan nak cari pekeliling2 atau rujukan. Sudahnya kerani yang decide bila buleh settle benda ni.

Sebenarnya bagi aku, post yg JPA wujudkan tu (selepas mendapat concern Menteri Pendidikan dan KPPM jugak)adalah post yang menjanjikan sesuatu. Maksud aku bila dah pengarah kewangan, glamour le manusia yg mengisi post tu. ye lah sekejap org tu rujuk, sekejap org ni mengadap, org politik baik dsb. Walhal kalau dekat Kementerian2 lain, post tu biasa je. pasal bukan pengarah yg buat keputusan mutlak. tapi kalau dengan DG....

Kalau banding dgn servis2 lain, DG nih dah kira mewah, depa kalau dapat kuarters dapat yg fully furnish, PTD apa dapat? elaun mengajar macam2, dapat notebook (untuk bisnes MLM la jadinya) kerja berapa jam sehari? ingat mauk 7.30 pagi sampai 1.30 tenghari tu mengajar non stop ke? paling kuat mengajar 3 atau 6 kelas sehari. lepas tu banyak kerja2 lain yang kena buat, apa yang banyak, benda dah ada dalam komputer, cut n paste je lah, semua keje2 tu sapa yang suruh buat kalau tak DG yang sedia ada kat atas tu, PTD tak masuk campur pun.

Anonymous said...

Apa nak kecoh? Dok risau kata PTD M52 akan lias direct dgn Pengarah Negeri, tak perlu melalui Tim. Pengarah. Anggapannya M52 sama besar dengan DG54 sebab menjawab terus dengan pengarah???

Come on la, bende tu bende biasa kalau u ada PENGALAMAN kerja di Jabatan2 lain. Banyak jabatan yang amalkan macam tu. siapa yang jaga pembangunan atau projek khas atau dana tertentu, akan deal direct dengan Ketua Jabatan. Contoh di tempat saya, M52 yang jaga dana pembangunan deal direct dengan TURUS 3. melangkah semua gred 54, Jusa C, Jusa B, Jusa A. Pelik ke?

Dah memang ketua jabatan dipertanggugnjawabkan untuk menjawab sendiri perkembangan projek-projek, sudah semestinya dia dapat first hand information dan memberi one level direction. Dah itu kehendak Pak Lah, apa nak kecoh? Just do it.

By the way M52 yang dok di JPN tu pun akan makan gaji gred 52. Bukannya gaji Gred 54 atau gred yang lebih tinggi. Sama sekali tak akan mengurangkan gaji bulanan guru-guru yang ada di gred yang lebih tinggi atau lebih rendah dari dia. Aku tak tahu sama ada aku yang tak paham, atau guru yang tak paham.

Guru.. Jangan risau2 sangat. PTD M52 akan masuk jugak ke JPN lepas pilihan raya nanti. Siap2 la kemas2kan pejabat.

Anonymous said...

Salam sejahtera semua..ahri ini saya sangat hairan bagaimana isu ini boleh diperbesarkan dengan begitu sekali perbincangannya.Sampai ada bit-bit yang menjadi bait tidak menyenangkankan apabila kita membacanya.Saya hairan mengapa PTD terlalu teringin untuk masuk kedalam institusi pendidikan walaupun hanya untuk membuat tugas-tugas pentadbiran. Kalau hendak dikatakan guru tidak pandai hendak mentadbir dalam institusi sendiri, bagaimana untuk mengurus sesuatu sehingga sesuatu borang itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan contohnya borang posting,pertukaran dsb. Tetapi saya rasa, bahagian lain pun sama juga yang mana diterajui oleh PTD dimana seringkali kita dengar ianya dikaitkan dengan birokrasilah apa lah.. so macam mana???? adakah guru yang mentadbir sahaja yang mempunyai masalah???adakah PTD mentadbir tidak mempunyai masalah???Ini bukan masalah naik pangkat tetapi masalah pencerobohan. Ini adalah pencerobohan dari institusi lain.Adakah pihak PTD tahu dan fahami kedudukan pihak guru???ok erm baiklah..kita fikir-fikirkanlah..

Anonymous said...

personally i think having a teacher in the management services is really bad. im saying this based on my experiences on being a student overseas. there was a time when the director of MSD was a PTD and did a lot of great stuffs, and although he seems to be very strict, which i think is very necessary, he was, in general, disliked by the students.

but i can assure you that the quality of services he brought was more superior than the current director, who happens to be a teacher. they all talk non sense and cant do their work, and very slow in actions. no offense against teachers, but seriously, just leave the management stuffs to the PTD.

Anonymous said...

kepada tuan PEMERHATI,

Tuan sebut "masalah pencerobohan dari institusi lain.."?? Tuan perlu ingat, dalam perkhidmatan awam, hanya ada dua (2) sahaja HAK sebagai penjawat awam;

1) Menerima gaji sekiranya dia hadir bertugas; dan

2) Meletak jawatan.

Sila nyatakan antara kedua-dua hak tersebut, hak mana yang tuan PEMERHATI maksudkan.

Saya Yang Menurut Perintah

Anonymous said...

Kenapa perlu bising2 pula dengan kemasukkan pegawai PTD dalam JPN atau PPD? Bersesuaian lah dengan nama jawatan mereka tu: PTD (Pegawai Tadbir & Diplomatik. Dah nama jawatan pun Pegawai Tadbir & Diplomatik, biar je la kalau diorang nak tadbir pentadbiran di JPN atau PPD sekalipun. Selama ni kenapa pula tidak dikecohkan isu guru2 yang sibuk berpolitik. Hal ni tak nak pula dijadikan isu. Kalau guru boleh sibuk dalam berpolitik, lebih baik jadi ahli politik je... Kalau dah sibuk2 dengan berpoltik produktiviti dan fokus terhadap pengajaran akan berkurangan. Dengan adanya kemasukkan PTD dalam JPN atau PPD, ini tidak bermakna peluang guru2 untuk naik pangkat tiada langsung. Aku tidak berniat nak menyebelahi mana2 pihak, seharusnya isu ni dibincangkan dengan lebih teliti dari akar hinggalah ke hujung pangkalnya...
(kaizer_p)

Anonymous said...

ptd adalah ciptaan allah yg sgt istimewa. malah IQnya melebihi doktor maupun aktuari. sepatutnya tidak ada saringan dalam pemilihan angkasawan. ptd adalah golongan yang boleh memikul apa-apa cabaran. termasuklah membuat pembentangan batu putih di the hague. kamilah sepatutnya yang menjadi angkasawan pertama.dengan latihan kawat dan pentadbiran di intan kami sebenarnya adalah lebih hebat dari syeikh muzafar maupaun ghani patael. tak percaya tengok ksn semua dari ptd

Anonymous said...

hei... bagi jelah ptd tu masuk... dah kemaruk dah tu.. intake ptd makin ramai... kementerian tak bertambah.. mcm mana nak naik pangkat... kalau cikgu cerita pangkat.. cakap lupa p&p... kalau ptd cerita pangkat... normal... kasi can lah.. gaya dah terlebih... takkan nak m48 sampai tua... bagilah depa naik 52...

Anonymous said...

3 Abdul

Assalamualaikum.....

Buat semua guru...mengucap banyak-banyak....sifat marah dan maki hamun pada orang lain tidak baik ,...apatah lagi dengan profesyen kita yang 'sepatutnya' di pandang tinggi dan mulia.....dan pemimpin-pemimpin NUTP ...renungkanlah profesyen ini secara keseluruhan tanpa memikirkan 'sesetengah' pihak sahaja dalam perkhidmatan. Tentang pegawai PTD , mentadbir itu kerja mereka...memang sukar hendak kita nafikan. Kerja guru memang mengajar dan sentiasa bersedia untuk mengembangkan ilmu di dada.
Saya merasa malu terhadap profesyen sendiri apabila laman ini mula di hiasi dengan maki hamun oleh rakan sejawat...itu bukan cara kita.

Untuk makluman ,saya juga seorang guru, tetapi sedang dalam tempoh cuti belajar bagi program sarjana sepenuh masa (HLP). Saya bermula dari bawah...dari seorang guru lepasan maktab yang mengajar disekolah rendah hinggalah keadaan sekarang. Setelah 17 tahun di dalam profesyen ini saya dapati ianya telah cukup berkembang...banyak peluang untuk dikejar...cuma satu yang tidak berubah ...minda pemimpin NUTP....nasib guru yang menyambung pelajaran kurang diberi perhatian.....berbanding kumpulan yang sama dengan mereka ....eg. DG 29, 32, 34, 38.............

Wassalam

Anonymous said...

"Pegawai-Pegawai PTD tu pandai sangatkah?"...memang depa pandai pun sebab tu dalam Malaysia cuma ada 6000 lebih ja PTD dari M41 hinggalah JusaA. Nak dapat jadi PTD pun bukannya senang, sapa yang pernah lalui proses pengambilannya tahulah macam mana.

Kenapa nak gaduh2. Kita sama2 nak "Berkhidmat Untuk Negara". Tapi taktau la kalau slogan tu takdak dalam kamus perkhidmatan sesetengah guru ni.

Kami pegawai2 PTD dah dikhaskan, mendapat latihan dan sentiasa perlu memahirkan diri untuk menjadi pentadbir dan juga dalam urusan diplomatik. Kami sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat besar kepada negara.

Kami mempunyai tanggungjawab yang basar dan berat kepada negara sebaliknya guru2 mempunyai tanggungjawab yang mulia bukan sahaja kepada negara tapi juga kepada anak bangsa. Renung2kanlah.

Guru untuk mengajar, PTD untuk mentadbir. Kan senang kalau semua faham.

Sekian, terima kasih.

PTD Muda - Kangar

Muhamad Firdaus said...

Saya Nak Tanya laa sikit..
Camner NAk JAdi PeGawai PTD NI..

Saya dah exam 6 kali tapi x lepas2 lagi
saya tengok kat web spa ada exam ptd 16 Feb ni

Ada siapa2 nak bagi tip s
Nak sangat jadi ptd ni
myfirdaus2000@yahoo.com

Anonymous said...

hmmm...sape ye sebenarnya yang kuat berpolitik?nak politik, politik jerla, tapi jangan sampai nak libatkan dalam urusan kerja. sikit2 macam nak ugut ahli politik, macam nak ugut menteri. macam ambil advantage jer.saya rasa jadi guru lagi banyak kelebihan, boleh buat kerja sambilan, kerja separuh hari. kat sekolah pun boleh bukak katalog Rorine ker, Avon ker, tunjuk kat kawan2 sebelum masuk kelas (daripada buat ABM). Betul, sekarang ni PTD cepat naik pangkat disebabkan transformasi kementerian sedikit masa dulu. tapi itu bagi mengisi kekosongan perjawatan sedia ada. itupun kenelah lulus PTK, kalau tak lulus, sorry. kalau naik pangkat pun, KUP dulu (kerja untuk percuma). dah KUP, baru memangku, baru ada elaun memangku. then, kene disahkan pemangkuan untuk dihakikikan. sedangkan guru,hingga DG48- sekarang ni timebased 8-10 tahun terus naik, terus dapat gaji kenaikan pangkat tu.tak perlu nak disahkan lagi. alhamdulillah, sekarang ni, saya tengok, bila PTD masuk JPN, urusan kenaikan pangkat berjalan lancar. Hampir tidak ada guru yang tertinggal kenaikan pangkat bila dah cukup timebased. tapi, sistem baru mulai tahun 2008 lagi bagus, lagi cepat kenaikan pangkat. maksudnya, dari muda lagi guru dah boleh naik pangkat.tapi yang sedihnya, saya dengar, ada guru yang cakap,menutup peluang senior bila orang baru cepat naik pangkat. guru cemerlang, lebih 1000 kekosongan tidak diisi. sebab? ada yang mengaku tidak selesa di observe, ada yang mengaku malas nak fikir hal lain janji dapat gaji yang sekarang ni pun dah ok dan selesa.
kepada en. muhamad, semua ni bergantung pada rezeki. kalau kita rasa kita dah berusaha, kita jangan lupa mohon pada allah. dalam servis PTD ni, saya tak pernah dengar kes guna 'orang dalam' macam kes KPLI yang banyak kita dengar cerita. ada kawan saya yang kerja jadi PTD Kontrak bertahun2, 6 kali exam, 4 kali interview, kali ke 7 baru dapat. sekarang ni pun umur beliau dah 35 tahun. baru jer intake last year.yang penting, tetap bersemangat dan jangan putus asa kalau dah itu minat kita.
sesetengah orang, rezkinya murah.tapi kalau kita faham betul2, exam PTD ni bukan setakat lulus jer, tapi kene lulus dengan cemerlang-capai target setinggi yang boleh. macam tahun saya, ambil exam april 2006, >15,000 orang calon. yang layak pergi Program Asesment Centre (PAC), hanya 3,000 orang sahaja seluruh negara. dan intake, tak sampai 300 orang. itu dah termasuk orang yang pergi interview kali ke-2.tapi sebab banyak persaingan yang wujud tu lah buat saya tak putus asa, buat saya lagi bersemangat untuk menyaingi orang lain.dan saya rasa, lebih puas hati usaha sendiri, dengan jerih payah kita, kerana itulah yang manis untuk dikenang. apa kata en. muhamad join laman web ni,untuk share pendapat dengan ahli2 yang lain.bukan ptd pun boleh join. http://www.ptdportal.com/
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Anonymous said...

Tugas sebagai seorang PTD amatlah mencabar. Bukan setakat mentadbir tetapi lebih jauh daripada itu. Tekanan dan cabaran yang dihadapi bukanlah calang-calang. Sebab itulah, semua pegawai PTD perlu menjalani kursus DPA selama 6 bulan yg dipenuhi dengan pelbagai modul ketahanan diri dan disiplin. Menjadi seorang PTD bukanlah semudah yang disangka. Tiada erti bersenang lenang dalam dunia PTD. Tiap-tiap hari balik lewat malam adalah perkara biasa, buat conference dengan pihak luar negara pukul 3-4 pagi juga dah jadi perkara biasa. Saya sendiri pernah melakukan naziran ke kawasan pedalaman di sabah bagi membuat kajian terhadap keadaan sub-standard quarters bagi anggota-anggota perubatan di sana. Perjlanan yg mencabar lagi memenatkan. Namun demi tugas, segalanya perlu dilakukan....

Jika ada pihak yang merasakan PTD hanya duduk goyang kaki sahaja, fikir-fikirkanlah semula. Masuklah sendiri ke skim perkhidmatan ini dan anda akan mengetahuinya sendiri..

Anonymous said...

memang pandai pun.. kalau tak pandai tak dapat lah nak baiki semua kemusnahan cekgu cekgi buat masa depa pegang KPM dulu.. pelan strategik takde.. PSM hancur lebur.. bajet tahunan tak tahu pergi mana.. blanje pembangunan sekolah guna bebudak mintak sedekah.. bukan nak apply dari Mof.. kalau dah cekgu tue ngajar je laa. jangan mandai duk wat kerja lain... pooooooooraaaaaaaa!!

Anonymous said...

My comment...PTD hadir ke JPN bukan nak memusnahkan pentadbiran JPN. Kalau mereka nak 'kongker' pun, sampai takat mana....mereka still government servant jugak. Bukannya dapat memiliki terus kementerian tue.

Seorang guru, teruslah berkhidmat menjadi seorang guru. Mendidik anak bangsa supaya dibekalkan sedikit ilmu kepada mereka. Anak-anak bangsa sekarang ni tak sewarni dahulu. Semuanya seakan tak cukup ilmu je. Bukan lah salah guru, tapi guru veteran yang kompom lihai dibagi keja pentadbiran. tak ke itu satu kerugian.

Saya tak memihak sapa2. Anda tahu apa sebenarnya yang anda patut lakukan. Kalau setakat nak kejar pangkat, tak ke mana...kalau benda kita buat tak iklas...akhirat sana, jangan lupa.

Anonymous said...

hurm..ape lah yg nak ditegakkan sbnrnye dlm forum ni?yg penting kite jalankan tggjwb kite sbg kakitangan awam,berkhidmat utk rakyat..x perlu menuding jari siapa salah siapa yg benar...h name nye PTD,mmg sepatutnye tmpt mereka tu bhgn pentadbiran dan guru pula bertugas utk mendidik ank2 bangsa kite.ini x,murid2 pun ramai yg masih keciciran baik dalam akademik mahupun sahsiah..ape lah yg hendak dikejar oleh guru2 yg terlalu taksub dgn jwtn pentadbiran tu?saya x bermaksud nk menyebelahi pihak2 mana pun,sbb sy bknlah PTD mahupun guru..tp ape yg sy ckp td semuanye pendapat saye shj..bkn ke akan memburukkan imej guru2 kalau berterusan begini,macam org yg gila kuasa plk..sy nk cite kisah sy waktu zaman skolah dlu,ade sorang cikgu saye ni memegang jwtn dlm pentadbiran skolah..hurm,x twu lah nk ckp dlm semingu brape kali shj cikgu ni msok mengajar..kami sbg murid2 mst lah seronok x pyh belajar,tp sebenarnye ini adalaah mslh yg serius membabitkan moral guru2 itu yang membelakangkan tugas dan tanggungjawab sbnr mrk..apalah ade pd jwtn klo sumbangan x sebanyak mane?sedangkan tugas yg sedia ade pun x terpikul..setkat ni je lah bebelan saye..semoga dpt direnungkan bersama..yg baik tu dtg dr allah,yg buruk tu drpd sy lahh..hrp diampun

Mag said...

Lebih bagus kalau jawatan2 khas pentadbiran kat sekolah diwujudkan. ini segala-galanya guru yg buat sampai teda masa nak mengajar.Guru data kena mengajar; sampai 30 waktu lg seminggu...dah tu kena kejar buat kerja pentadbiran. S/U peperiksaan pun sama. kalau dah masa key in markah pelajar dan daftar peperiksaan tak habis2 kerja walaupun smpai tengah malam 7 hari dlm seminggu. ingat guru2 suka sgt buat kerja pentadbiran kat sekolah? korang cakap dah kerja mengajar, mengajar ajalah...kalau wujud kerja yg mengajar aja di sekolah tak apalah ini sampai kerja tukang sapu pun cikgu yg buat. korang ingat senang betul ke kerja setengah hari ni. buku2 kena bawa balik nak periksa. kalau ikut betul tiada cuti lansung. badan yelah boleh rehat tapi otak tak rehat2. staffroom pun bukannya ada aircon mcm org yg duduk senang lenang kat ofis.masuk kelas lglah sengsara. mengajar bukannya boleh sambil duduk2 goyang kaki, cubalah korang merasa 7 masa mengajar kat kelas dan spanjang masa tu berdiri aja. Ofis hour walaupun 8 jam tp tak berdiri smpai urat pun mcm nak putus; dlm keadaan panas lagi tu. semua kerja ada kesusahannya sendiri, jadi better semua org tutup mulut jgn bising banyak2. tapi yg pentingnya kalolah ada sepa2 yg boleh kurangkan meeting dan kerja pentadbiran cikgu2 kat sekolah2 di malaysia silakan tampil ke depan supaya kami dapat fokus P&P. Kami pun bapa mama juga....kalo dah anak komplen cikgu tak masuk kelas sebab sibuk kami yg cikgu inipun marah juga...tp bila fikir balik sebab skrang sekolah (pengetua) mau nama aja tanpa memikirkan co-business dia yg sebenar.....nak marah sapa yah? Takkan nak marah cikgu jugak? Dah semua org gaduh2 tak tentu pasal ni bagus kita semua revise balik sistem pendidikan kita ni....

Anonymous said...

KP Imigresen PTD JUSA B
TKP Imigresen PTD Jusa C
Pengarah-Pengarah PTD M54
Yang bersalah / rasuah pegawai imigresen uniform gred 38 / 32 /27 /26 /22 /17 dan dot .........

Anonymous said...

kathi bruno subprime badly stabilize friday koubel tonnes hoped wikis synthesize
lolikneri havaqatsu