14 November 2023

Five more Bersatu MPs expected to support PM...


Many Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) members are no longer confident that the party can last until the 16th General Election. A senior leader who did not want to be named claimed the situation cropped up following investigations and charges against several party leaders linked to the Jana Wibawa money laundering cases.

“They are not convinced that Bersatu can rise again from the effects of the charges for cases as big as Jana Wibawa and maybe, Bersatu may not even last until the next general election,” it said to Berita Harian.

Following the concern, the source believed five more Bersatu members of parliament (MPs) will soon declare their support for the unity government led by Datuk Seri Anwar Ibrahim. “It all depends on the roles played by those who are persuading to convince them to support the government,” it said.

It also claimed that the move to support the unity government does not only involve MPs. “There are also state assemblymen. Division chiefs and those who hold positions in party wings are also waiting for the time to declare their support for the government.”

It said based on information received from division chiefs and other Bersatu members, many of their counterparts and some Bersatu leadership have begun charting the move to support the government.

“It is just that now, the five persons mentioned will influence their other friends or party to try to restore their confidence.” There is information that the total Bersatu MPs who will support the government is 11 people but I am confident nine and four have announced it, with five left,” it said.


Commenting further, the source was supportive of a blogger’s claim that the ‘price’ of each Bersatu elected representative was between RM4 million and RM6 million. “They are declaring this support on several factors. It is not only solely because of money, but money is one of their main motivations. “Besides that, there are also possibilities of them wanting to protect themselves from being charged for any offences,” it said.

Asked on Perikatan Nasional claims that there were political brokers trying to ‘buy” MPs to support the government, the source said such a scenario would definitely happen and was strengthened with efforts by the prime minister himself who had written letters asking all MPs to support the government.

So far, four Bersatu MPs have declared their support for the unity government with some reasoning their move to ensure they secure government allocations meant for their constituents. The move began with Kuala Kangsar MP Datuk Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid, followed by Labuan MP Datuk Suhaili Abdul Rahman, Gua Musang MP Mohd Azizi Abu Naim and Jeli MP Zahari Kechik.

Following that, Bersatu will lodge a report with the police as well as the Malaysian Anti-Corruption Commission soon on their leaders declaring support for the government. This came after claims that there were possibilities of lucrative offers given to them that led them to state their support for Anwar’s government. – NST

Kesan akta lompat parti 
ke atas 4 MP Bersatu...

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa semasa beliau dalam Jawatankuasa Penggubalan Akta bersama Gobind Deo dan Hanipa Maidin mewakili PH, PH berpandangan bahawa MP yang bertindak bertentangan dengan keputusan whip parti di dalam dewan adalah dikira hilang kerusi dan pilihan raya kecil perlu diadakan.

Tindakan MP yang bercanggah dengan keputusan whip parti itu seperti undian belanjawan, usul undi tidak percaya dan apa-apa Rang Undang-Undang (RUU) yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan. Selain itu, MP yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti, dikira hilang kerusi.

Perikatan Nasional (PN) masa itu diwakili Hamzah dan Takiyuddin. PN TIDAK SETUJU dengan cadangan PH di atas. Akhirnya, Wan Junaidi Tunku Jafar sebagai pengerusi mengusulkan hanya cadangan yang mendapat konsensus semua parti yang akan dimasukkan.

Isu ini sebenarnya telah ditimbulkan oleh Anthony Loke semasa dalam perbahasan pada 27 Julai 2022. Ini yang dibahaskan oleh Anthony Loke:...

“Saya bagi contoh, kalau lepas Pilihan Raya yang Ke-15 nanti, ada seorang Ahli Parlimen DAP, keputusan DAP sokong Yang Berhormat Port Dickson sebagai Perdana Menteri. Akan tetapi Ahli Parlimen itu tidak mengikut keputusan parti dia sokong Yang Amat Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri. Apakah kita boleh buat? “Kalau kita pecat dia, dia kekal sebagai Ahli Dewan Rakyat. Dia tidak akan mendapat apa-apa kesan daripada tindakan itu melanggar keputusan parti.

“Perkara ini juga boleh berlaku di sebelah sana. Kalau sebelah sana ada Ahli Parlimen yang tidak menyokong Yang Amat Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri, sokong Yang Berhormat Port Dickson sebagai Perdana Menteri. Maka kalau mereka dipecat, dia juga tidak akan mendapat kesan sebab kerusinya masih kekal.

“Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tahu bahawa keputusan ini dibuat kerana tidak ada consensus dalam Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya tahu bahawa kita memerlukan consensus daripada semua parti supaya kita ada dua per tiga.

“Akan tetapi saya rasa ada jalan keluar dia. Apa jalan keluar dia? Saya nak mendapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Menteri semasa menggulung nanti ialah bahawa kalau seseorang Ahli Dewan Rakyat itu asas dia ialah keahlian keanggotaannya kepada parti.

“Apabila seseorang Ahli Dewan Rakyat itu asas dia kepada parti maka dia juga tertakluk kepada undang-undang tubuh parti ataupun perlembagaan parti. Saya nak bangkitkan dan supaya Yang Berhormat Menteri boleh jawab dalam perkara ini.

“Kalau dalam perlembagaan parti, sesebuah parti politik diletakkan, dikhususkan bahawa kalau dalam keadaan-keadaan yang saya sebut tadi, umpamanya dari segi sokongan kepada Perdana Menteri, undian kepada belanjawan, undian dalam Perlembagaan Persekutuan…

“… kalau seseorang Ahli Dewan Rakyat itu dia melanggar keputusan parti dan dalam perlembagaan parti ditulis secara jelas, kalau keadaan-keadaan sebegitu, Ahli Dewan Rakyat itu melanggar keputusan parti…“… maka he ceases to be a member ataupun keahliannya tergantung atau keahliannya terlucut secara automatiknya, tergugur secara automatiknya.

“Maka, bolehkah itu tidak dianggap sebagai pemecatan dan dia akan hilang kerusi apabila pimpinan parti menulis surat kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa keahliannya sudah tergugur kerana dia melanggar Perlembagaan parti. “Jadi, itu bagi saya merupakan salah satu way out supaya parti-parti politik dapat kita ada safeguard yang lebih ketat.

“Saya nak memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri esok gulung mengatakan bahawa ini boleh dilaksanakan saya berjanji DAP akan merupakan parti politik yang pertama kita akan pinda perlembagaan parti untuk masukkan seksyen ini dalam perlembagaan parti kita.

“Sebab kita nak foolproof. Kita tidak mahu satu Perlembagaan dipinda bahawa ia tidak boleh dilaksanakan dengan foolproof. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab dalam penggulungan esok.”

Boleh rujuk hansard 27 Julai 2022, halaman 52.


Kesimpulannya, memang wujud loophole dalam pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti ini. Namun, hal itu berlaku kerana tiada konsensus berkaitan hal ini sewaktu ianya dibentangkan di Parlimen tempoh hari. Oleh itu, untuk mengatasi hal ini segera adalah sama ada dengan membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan atau membuat pindaan kepada Perlembagaan parti masing-masing.

Meminda Perlembagaan Parti adalah lebih mudah berbanding dengan meminda Perlembagaan Persekutuan memandangkan pindaan perlembagaan parti hanya melibatkan ahli-ahli parti berbanding dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan 2/3 ahli-ahli Parlimen yang meliputi pelbagai latar belakang.

Kebimbangan yang ditimbulkan oleh Ahmad Maslan juga mempunyai asas kerana UMNO sendiri pun belum meminda perlembagaan parti selaras dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna MP UMNO masih boleh memberikan sokongan kepada Muhyidin atau Hadi Awang atau Hamzah Zainudin untuk menjadi Perdana Menteri seperti sokongan yang diberikan oleh 4 orang MP Bersatu ini kepada Anwar Ibrahim.

Mungkin yang menghalang beberapa MP UMNO ini daripada beralih sokongan adalah kerana tiada insuran untuk survival mereka jika beralih sokongan. Selain itu, tidak juga dilupakan bahawa MP UMNO keseluruhannya telah menandatangani surat akuan masing-masing yang menyatakan bahawa mereka akan terus mematuhi arahan parti yang diketuai oleh presidennya.

Dalam keadaan sekarang sebenarnya yang terhimpit adalah PPBM. Mungkin yang akan beroleh keuntungan daripada isu ini adalah Pas kerana jika PPBM melemah maka Pas akan menjadi lebih kuat dalam PN dan akhirnya Pas akan menguasai PN secara keseluruhannya sebagaimana Pas pernah lakukan dahulu ke atas Semangat 46.

Cuma, PAS mungkin tidak sedar bahawa undi Melayu-Islam yang banyak diperolehi oleh PN dan bukannya atas tiket Pas semata-mata. Sebab itulah, PAS hanya berani bertanding menggunakan logo bulan di Kelantan dan Terengganu sahaja. - Dr.Zulqarnain Lukman

Boycott McD...


So much so for Mualim unity. 
OIC dah jadi badan "Oh! I See" saja...





cheers.

No comments: