27 September 2023

Orang bukan Islam dengan al-Quran...


Saya tidak kenal secara peribadi Howard Lee, Ahli Parlimen Ipoh Timor dari DAP. Pun begitu pada hemat saya beliau pemimpin muda yang ada masa depan politik cerah kerana dilihat bijak, punya banyak idea bagus dan rajin.Lee juga petah. Ucapannya menarik pada segi kandungan juga persembahan. Bila berucap dalam bahasa Melayu sering juga loghat Perak digunakan. Suke bebenor teman.

Lee sekarang sedang disiasat polis berhubung video memaparkan beliau memetik terjemahan al-Quran yang dimuat naik di media sosial. Siasatan dilancarkan susulan laporan dibuat NGO Jalinan Bersatu Sahabat Perak. Ertinya polis sudah buka kertas siasatan dan menjalankan tugas dengan segera.

Tetapi Menteri Besar Kedah Sanusi Nor selaku panglima perang PAS masih mahu “menggesa” polis menjalankan siasatan ke atas Lee yang beliau anggap melakukan kesalahan “begitu besar” serta “sangat sensitif” buat masa depan negara, seperti dilapor Malaysiakini semalam. Dakwa Sanusi lagi, jika tindakan tidak diambil ke atas Lee, kemarahan akan meningkat dan mungkin mendorong orang ramai turun ke jalan raya. “Jangan sampai rakyat marah dan berhimpun di Kuala Lumpur berjuta juta (orang). Pada masa itu kami pula jadi salah”.

Banyak lagi yang Sanusi katakan yang saya tidak mahu huraikan di sini. Namun rumusannya Sanusi desak polis buat kerja yang polis sudah buat, yakni menyiasat meski pun Sanusi ketika mendesak berkata “terima kasih kepada polis” diikuti gesaan “siasat betul betul”. Pelik tetapi apabila melaporkan kata-kata beliau, “kepelikan” mesti dihadapi. Tak apa. Saya ulangi Sanusi mahu polis siasat Lee ketika polis sudah pun menjalankan siasatan. Adakah beliau mahu “ajar” polis macam mana jalankan tugas?

Adakah kata-kata beliau boleh disifatkan provokasi? Terhadap polis dan juga orang ramai yang beliau dakwa akan “berjuta-juta” turun ke jalan raya di Kuala Lumpur? Apa perlunya Sanusi berkata demikian? Jawapannya bagi saya boleh didapati dengan mengambil kira di mana beliau berkata.

Sanusi berucap pada ceramah di Simpang Pelangai pada malam 23 Sept lalu di depan kira-kira seribu orang. Itu hari kedua kempen rasmi sempena PRK Pelangai. Hari pengundian ditetapkan 7 Okt ini. Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Allahyarham Johari Harun dari BN pada 17 Ogos lalu. Ertinya Sanusi berkempen menggunakan kes Lee untuk meraih undi. Lebih soal politik daripada soal agama. Pada hari pertama kempen rasmi dijalankan pun Sanusi telah membangkitkan kes Lee semasa berceramah di Felda Kemasul.

Antaranya beliau dilapor berkata “Sekarang tak nampak kesan (tapi) 10 tahun akan datang apek pakai seluar pendek yang mengajar al-Quran di masjid”. Boleh timbul kemarahan dan kebimbangan orang Melayu Islam.Hakikatnya Sanusi dan PAS tangkas mengambil kesempatan dengan timbulnya kes Lee. Cekap. Kena angkat songkok kepada mereka.

Lebai2 Non-Muslim PAS buat tafsiran OK pula!!!

Berbalik soal pokok isu ini. Media melaporkan NGO yang membuat laporan polis terhadap Lee berpandangan pemimpin DAP itu “sengaja menghina Islam” memandangkan beliau bukan beragama Islam tetapi mentafsir ayat al-Quran justeru “menyentuh perkara 3R iaitu membabitkan agama, raja dan kaum”.

Semuanya dikatakan dipersembahkan melalui video. Saya tidak pasti sama ada video lama yang pernah dipertontonkan atau video baharu yang dihasilkan Lee. Apa pun Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali berpendapat tidak salah bagi orang bukan Islam berhujah dengan al-Quran sebagaimana huraian alim ulama.

Menurut Khairuddin beliau telah dengar rakaman video seorang Ahli Parlimen bukan beragama Islam yang menyebut tentang ketaatan kepada pemimpin dengan memetik firman Allah. “Tiada yang salah dalam hujahan beliau kerana itulah yang telah dihuraikan oleh para alim ulama Islam tentang kepentingan ketaatan kepada ulil amri dalam Islam.”

Tidak dapat ditentukan sama Kharuddin merujuk video Lee kerana beliau tidak menyebut nama sesiapa selain berkata “video rakaman Ahli Parlimen bukan Islam”. Mungkin atau pasti di kalangan golongan pro Gelombang Hijau mempertikaikan pendapat Khairuddin kerana beliau “dulu PAS kini Umno”.

Maka elok juga diimbas kembali apa yang berlaku pada April 2009. Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming ketika itu berceramah menggunakan ayat al-Quran. Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat menegaskan tindakan itu tidak mempunyai apa apa kesalahan. “Siapa pun nak guna ayat al-Quran patutnya dia guna lama dah. Ini kesan gelombang kebangkitan Islam”, kata Allahyarham Nik Aziz ketika itu. Komennya masih boleh diikuti menerusi YouTube.

Kesimpulan saya ialah apabila orang bukan Islam menggunakan ayat al-Quran ia sepatutnya digalakkan dan jika orang itu silap mestilah ditegur dan diajar cara yang betul. Turut mengulas kes Nga 14 tahun lalu ialah pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ahmad Awang. Kata beliau “kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai”. Nasihat yang sentiasa relevan.

Bolehkah istilah “gelombang kebangkitan Islam” yang digunakan Nik Aziz dulu diibaratkan “gelombang hijau” yang dikaitkan dengan kemaraan PAS masa kini? (sekurang-kurangnya bila bercakap mengenai prestasi parti itu pada PRN di enam negeri tidak lama dulu).

Jika boleh PAS seharusnya berbangga Lee menggunakan al-Quran kerana itu “kesan” gelombang dan tidak membuat bising. Tetapi bisinglah yang menjadi pilihan kerana seperti dikatakan tadi ia peluang untuk mendapat sokongan politik. Disamping menyerang balas kerana Lee dalam memetik ayat al-Quran turut mengkritik keras kepimpinan PAS.- Mohsin Abdullah


Nak siasat Lee siasat sama puak PAS yg lagi ramai guna ayat al quran.. Sharifahsalmah7605

Pas ni kalau dipihak depa semua ok. Tapi kalau dipihak org lain, salah belaka - Gooplay5673

Saya ada tonton begitu bannyak video2 dlm cramah2 PAS yg mana banyak bukan muslim baca dan tafsir Al Quran. Ada siapa bising? Siap takbir lagi. Mimpi jumpa nabi berkali2 pulak tu. Jangan nampak salah silap org saja salah sendiri kenapa di diamkan jgan hipokrit.  - GreatMY-rd4vc

Masa DAP bersama PAS seorang pemimpin DAP Nga Kor Meng membaca ayat quran di sokong pula oleh pimpinan lebai di angkat oleh UAI. Bila DAP tidak bersama PAS Hoverd Lee membaca tafsiran al quran sehaja sudaj di caci maki hingga membuat laporan kepada polis. Ini lah sikap dan menteliti PAS. - KarimKarim-wn4rn

Quranic verse saga: Lee apologises 
for Gerakan, PAS wing as well...

DAP lawmaker Howard Lee has apologised for the “inconvenience” caused by his interpretation of a Quranic verse, which has become the subject of a police investigation and courted brickbats from Perikatan Nasional. However, his remark appeared to be peppered with sarcasm since he roped in the PN component party Gerakan and the PAS non-Muslim supporters club as well.

“I take this opportunity to apologise for any inconvenience that this may have caused. “And I also apologise for all of my non-Muslim friends from other parties, Gerakan and other parties as well as those from the PAS non-Muslim supporters wing who have also quoted Quranic verses in the political context,” he told a press conference held at the Ipoh Timor MP community centre in Ipoh, Perak today.

He addressed the press after giving his statement to the police at 2pm today at the Perak contingent police headquarters.The Ipoh Timor MP also denied that he interpreted the Quran, asserting that he had only quoted from it. “I use the term 'quoting' because the accusation is that I was interpreting. I was not interpreting; I was just quoting that verse."

He also said that apart from doing his own research, he consulted with several Islamic experts and ustaz (clerics) on the matter. “I did not interpret it on my own, I quoted the interpretation of that verse that was taught by the wise and the pious. Not only in Islamic matters but all the topics that I want to comment on (but) are not my expertise, I will do my own research first, including talking to the religious people and a few clerics (ustaz),” he clarified.

Lebai2 PAS lidah bercabang...

“I’m also dubious about why Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) can quote Quranic verses and even recite them in Arabic, while I only quote the interpretations without reciting them in Arab. “I want to ask if there has been a police report lodged against DHPP as well?”

Speaking at the press conference today, Lee revealed that the apology was made following recommendations by Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki, who advised him not to use Quranic verses when discussing politics in the future. “It was not (a piece of advice) from the DAP leadership (for me to apologise). It was Asyraf’s suggestion (for Lee to apologise) to avoid slanderous remarks against me and the religion.”

He also shared Asyraf’s sentiments that PAS had lauded DAP and PKR members for "reading" the Quran when the three parties were part of Pakatan Rakyat. “I’m also dubious about why, in the past, when DAP was in the same coalition with PAS, it was not only allowed to use but encouraged to understand the meaning behind the Quran. “But now, it’s not allowed.” - mk

Be careful engaging PM in 
Parliament - KJ's advice to PN...

Be careful when engaging with Prime Minister Anwar Ibrahim in Parliament, former Umno leader Khairy Jamaluddin has “advised” Perikatan Nasional lawmakers. According to Khairy, this is because Anwar is unlike his predecessors, who usually maintained statesman-like behaviour in the august House.

“Here’s an unsolicited advice for PN - the PM now is unlike other PMs. The previous PMs would not engage in shouting matches, they would take a more statesman-like approach to parliamentary affairs.

“PMX (Anwar) is one of the PMs who likes to provoke, true to his street fighter background. “He’s definitely not a statesman in Parliament, so you have to be careful when engaging,” Khairy said in the latest episode of his ‘Keluar Sekejap’ podcast.

He was commenting on the walkout staged by PN lawmakers from the Dewan Rakyat last week during Anwar’s winding-up speech on the 12th Malaysia Plan mid-term review.


The walkout happened after Anwar took a swipe at Radzi Jidin (PN-Putrajaya) for laughing when he was explaining the issue of the discharge not amounting to an acquittal (DNAA) granted to Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.

Elaborating, Khairy said Radzi “fell into Anwar’s trap”, after the latter singled him out during the parliamentary session. “A serious discussion like that (on the DNAA) should have been more civilised. (But you) can’t blame either side as there was provocation from both sides. It’s unfortunate it had to happen like that,” said Khairy.

Podcast co-host Shahril Hamdan concurred, saying Radzi possibly scored an “own goal”, politically, by reacting the way he did in Parliament. “He (Radzi) should have just given a quick witty response and sat down. Then, the focus would have been on PM’s provocation, but now the focus is on Putrajaya’s (Radzi’s) anger and prolonged tirade in Parliament.”

On the DNAA, Khairy said the issue is now in the court of public opinion as most relevant parties, including Anwar, have commented on it. - mk


He was once a arrogant MP and thinks he can do no wrong because he has a godfather. Then he changed to be "stateman" like because he thinks he is PM material and when that wind force drop, he has to change profession. And now that he could not find a good island to anchor, he became a quite good snake oil salesman doing a political analysis. But probably can be a good standup comedian soon like that guy from Ukraine. But not bad then he can start a war with a powerful nation.- Kopi O Kedah

Yes, KJ. You are perfectly right to blame how PMX reacted because if Radzi’s immaturity in Parliament. Parliament is not pasar malam but Radzi taken as such. He himself to blame snd don’t pass the ball to Anwar. Rakyat fully agree with Anwar’s reaction and comment on Radzi. As leader, he should be firmed and if need to reprimand because of monkey action around, he should. Nothing wrong of PMX and no issue of statesmanship at all here. Keep the stupid comment to yourself, KJ.- OrangKucing 5562

Right advice KJ, these PN MP are good at engaging the kampong folks in Kedah, Kelantan, Trengganu and Perlis only. They are definitely not ready with PMX or anyone else inside the parliament in Kuala Lumpur.- P.Ramlee




cheers.

No comments: