11 August 2023

Din's son-in-law is now a fugitive like Jho Low...

Muhyiddin ordered son-in-law to flee 
& hide to prevent implicating him...

Muhyiddin Yassin’s disgraced son-in-law, Muhammad Adlan Berhan, appears to have fled the country in May. Instead of condemning the act, or at least pretend to ask his son-in-law to come back to prove his innocence in court, former backdoor Prime Minister Muhyiddin has instead issued a “no comment” statement. It’s not rocket science that Mr Adlan had been ordered to run away.

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Azam Baki confirmed that besides tracking down 48-year-old Adlan, the authorities are also hunting down 69-year-old lawyer Mansoor Saat. Both fugitives were linked to a scandal involving irregularities in the registration, recruitment and biometric storage of foreign workers in the country.

As a result, the MACC has asked the Immigration Department to freeze the passports of the two men, as well as seeking the help of Interpol in tracking down the two crooks. Apparently, the graft busters were forced to take the action after attempts to contact both individuals failed. If indeed Muhyiddin’s son-in-law was innocence, why fled the country in the first place?

After the MACC’s revelation, Adlan’s attorney denies that his client has fled Malaysia to escape questioning from the anti-corruption agency. However, the half-baked denial invites more questions than answers when attorney Baljit Singh Sidhu said Adlan will return home only if he is not persecuted. Going by the silly logic, every criminal could use such excuse to run away and escape prosecution.

Hilariously, the half-past-six lawyer also claims that his client has the right to travel and will protect his rights and liberty from being taken away. In truth, a passport belongs to the country that issued them. Therefore, the Malaysian government can freeze or cancel the passports of any suspected criminal, effectively ending the so-called rights and liberty to travel abroad.

A crook like Muhyiddin’s son-in-law has no rights, let alone liberty, to demand that he is allowed to travel unrestricted. Just like former PM Najib Razak’s partner-in-crime Jho Low, whose passport was cancelled following a request by the MACC to the Immigration Department, Adlan cannot hide abroad while claiming innocence and refused to return home to clear his name.


The despicable Jho Low too was never arrested and never called by the MACC for a meeting or to assist in any investigations before he fled the country. Yet, the whole world knows he is a fugitive who ran away from prosecution for his involvement in the 1MDB scandal. Hence, Muhammad Adlan is a fugitive like Jho Low – hiding in a foreign country for fear of being sent to prison.

If Adlan is clean and has nothing to hide, he should return home immediately and bravely face the judiciary system, and not using the freezing of his account as an excuse to accuse the MACC of harassment and persecution. After all, MACC chief Azam Baki was appointed under Muhyiddin administration. Is Adlan trying to say that the MACC was fair and clean only when his father-in-law was in power?

Obviously, he had decided to run away after being ordered to do so. And the man who told him to temporarily hide in overseas was Muhyiddin himself. But why did the ex-premier tell his son-in-law to abscond? It’s not hard to see that it is an attempt to avoid of stall investigation over Adlan’s corruption and money laundering on behalf of Muhyiddin.

On January 5 this year, the MACC arrested a chief executive officer of a private company. The 42-year-old man – Adam Radlan Adam Muhammad – was detained over his role as “middleman” in brokering government projects related to Covid-19 stimulus packages worth RM92.5 billion (US$21 billion) in exchange for bribes. He turns out to be Muhyiddin’s right-hand man.

A former chief executive of Maju Assets Sdn Bhd, Adam is also Segambut divisional leader of Muhyiddin’s political party – Bersatu (Malaysian United Indigenous Party). The best part is Adam is the cousin of Muhyiddin’s son-in-law, Muhamad Adlan Berhan, who in turn was involved in several scandals as part of a web of Muhyiddin cronies of corruptions.

Adlan married to Muhyiddin’s daughter, Nabilah, who is a shareholder of Agathistwo Jia Sdn Bhd, a company involved in the scandalous RM1.2 billion NIIS (National Integrated Immigration System) concession. The NIIS was hatched by Muhyiddin (then-Home Minister under the Pakatan Harapan government) after cancelling its predecessor Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN).

Adam Radlan – Arrested By MACC

Muhamad Adlan was also linked to 1BestariNet, a 15-year project worth RM4.47 billion introduced by then-Education Minister Muhyiddin in March 2011 to provide 4G broadband connectivity and virtual learning environment (VLE) to 10,000 government schools nationwide. However, the “failed project”, awarded to YTL Communications, has been plagued with slow internet access and problematic Frog VLE, which could easily be replaced with Google Classroom.

Now, the MACC is investigating the possible abuse of power in the award of contracts for Muhyiddin’s son-in-law in the NIIS project, which could lead to the former prime minister charged and jailed. So, crooked Muyiddin is facing two scandals – money laundering in the RM92.5 billion Covid-19 stimulus packages and corruptions in the RM1.2 billion NIIS projects.

Actually, the RM5.7 billion Jana Wibawa is the third scandal involving Muhyiddin. But during his questioning, Muhyiddin has pointed his fingers at his self-appointed finance minister Tengku Zafrul. He argued – “Jana Wibawa was a programme by the Ministry of Finance proposed by Zafrul to help Bumiputera contractors during the Covid-19 pandemic”.

Adam Radlan’s involvement in Muhyiddin’s web of cronyism, nepotism and corruption was exposed after Muhyiddin-led Perikatan Nasional coalition failed to form a government post 15th General Election. And this is precisely why the power-hungry and corrupted ex-PM desperately wanted to return to power by hook or by crook – to “cover up” the skeleton in the closet.

But the biggest problem was his son-in-law’s key role in the RM1.2 billion NIIS (National Integrated Immigration System) scandal. The MACC had begun investigating the case years ago and basically has established the money trails which could easily implicate Muhyiddin if his son-in-law talks like a canary. So, in order to keep Muhamad Adlan’s silence, he was told to flee and hide.

Muhyiddin’s, whose given name is Mahiaddin, plan was to hide his son-in-law at a secured location and hopes opposition Perikatan Nasional could win big in the upcoming six state elections. Only with Muhyiddin returning as PM can Adlan return home, and all his charges dropped. Muhyiddin knew that once the trial starts, all his past dirty wheeling and dealing would be exposed.

In the same breath, it also suggests the Perikatan Nasional chairman lacks confidence that the opposition can grab Selangor, Penang and Negeri Sembilan from Anwar-led Unity Government. Otherwise, Muhyiddin would not have told his son-in-law to run away as it could backfire spectacularly due to perception that Adlan was the ex-premier’s bagman. - FT

Syahir hanya bercakap 
kepada orang Bachok...

Saya menonton Debat Ekonomi antara Syahir Sulaiman daripada PAS-PN dengan Rafizi Ramli, menteri ekonomi dengan perasaan menggebu-gebu. Saya ingin mendengar konten Model Baharu Ekonomi Malaysia daripada Syahir. PAS adalah bekas parti lama saya. Kalau-kalau PAS, diwakili Syahir yang disebut-sebut pemimpin muda dan galak parti tersebut itu betul ada isinya. Saya tidak mahu mempedulikan sangat Rafizi Ramli. Saya sudah banyak membaca hujahan beliau. Yang saya mahu mendengarkan ialah tawaran ekonomi PAS.

Akan tetapi Debat Ekonomi yang sepatutnya menawarkan gagasan dan wacana yang dinantikan itu ternyata meleset sia-sia. Syahir kelihatannya tidak perlu model ekonomi apa-apa. Dia menjadikan Debat Ekonomi yang sepatutnya tepu perbahasan hujah menjadi seperti medan sensasi TikTok. Nanti semua karut-marut Syahir itu boleh dipenggal-penggal dan ditabur di grup WhatsApp.

Yang betulnya, ketika Debat Ekonomi itu, Syahir hanya bercakap kepada orang Bachok dan sejenis dengannya. Dia bercakap kepada Melayu surau. Maka dalam ucapan beliau, tidak ada model. Tetapi ada renjis ayat suci al-Quran dan hadis kerana Syahir tahu siapa sasarannya. Jika kita membaca hansard Dewan Rakyat yang merekodkan perbahasan YB PAS dari dulu hingga sekarang (minus mereka yang telah menjadi Amanah) kita akan beroleh konten seperti yang Syahir kemukakan dalam Debat Ekonomi pada 9 Ogos 2023 lalu. Untuk menghiasi hujah, biasanya wakil PAS akan ada perli sindir. Demikianlah PAS sampai bila-bila, tetap adalah PAS. Iaitu kering-kontang dan kosong. Mungkin hanya senyum Syahir yang sedikit manis menggodakan ramai muslimat itu akan tertinggal basah untuk dikenangkan.


Demi menjadikan argumen Syahir bermutu, dia akan menyandarkan kepada Islam. Sebab? Ya, sebab susah menyanggah Islam. Kalau membantah “keberkatan”, “rezeki”, “penolakan riba” maka itu nanti natijahnya tidak Islam. Maka Syahir memetik Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebab Almarhum seorang ikon. Orang akan terhibur dengan cerita. Orang rasa bahagia dengan cerita-cerita yang Syahir turunkan. Cerita itu bila dipotong sunting dan dihantar ke TikTok boleh tular. Kemudian untuk menutup kegagalan berhujah, Syahir bercerita-bercerita-bercerita dan tiada memberi tawaran apa-apa. Pokoknya, hanya PAS sahaja Islam. Maka inilah tawarannya, Islam. Jadi bacaan lapis kedua ialah kalau tidak mahu Islam, maka kafir; kalau kafir maka ada penampakan kaum tertentu. Itulah sifir mudah Syahir. Bahagi tolak darab campur sang bosnya, bernama Abdul Hadi.

Corak hujah dan pemikiran Syahir ini ada pada kebanyakan pemimpin PAS. Corak tersebut saya simpulkan sebagai tiadanya “semangat berfikir”. Sosiologis terkemuka negara kita Almarhum Profesor Syed Hussein Alatas pernah mengatakan ketiadaan semangat berfikir ini sebagai suatu yang menakutkan. Bayangkan kita ada pemimpin negara tetapi tidak cukup menginspirasikan. Ciritnya sahaja ditertawakan dunia.

Dek tiada semangat berfikir ini maka Syahir membangkitkan kenangan lampau, dia mula meraban memetik Tunku Abdul Rahman, Tun Razak; maka tidak perlu menawarkan kreativiti dan inovasi. Gara-gara tiada semangat berfikir maka Syahir meraban tentang jalinan serta status kerajaan persekutuan dan negeri. Seolah-olah dia tidak pernah membaca Perlembagaan. Ya “seolah-olah”, sebabnya audien Syahir bukan saya atau kamu. Audiennya Melayu surau.


Untuk Melayu surau tak apa-apa tiada semangat berfikir. Lulus tajwid, ada pulus dalam bank sikit-sikit, dan pastikan kedai runcit Cina di kampung itu kekal hanya satu pintu. Kalau nampak naik jadi dua setengah pintu maka Melayu surau akan terpekik-terlolong konon Islam terancam. Padahal Melayu surau inilah yang membeli ubat nyamuk lingkaran di kedai Cina dua setengah pintu itu.

Sebetulnya ada bahaya besar bila umat tiada semangat berfikir. Ini kerana ia akan menjadi kekangan untuk sesebuah masyarakat mencapai kemajuan daripada sebuah negara yang mundur kepada sebuah negara yang mencapai tahap pembangunan menyeluruh. Syed Hussein menyebut hal tiada semangat berfikir ini sebagai formula “bebalisme”. Fenomena “bebalisme” ini boleh meletakkan bangsa dan negara di jurang.


Bebal. Apabila rakyat mengangkat pemimpin bebal, tidak kreatif, tiada daya cipta, tidak memberi solusi atau penyelesaian. Mereka bebal kerana menjual syurga khayalan. Bebalisme ini malah boleh menutup fakta “real” seperti tiadanya air bersih untuk dibuat mandi wajib di Kelantan. Maka bila hati telah buta, benak bungkam mereka akan berbuat ketaasuban yang sama. Mereka akan percaya yang bebal itu bijak.

Sebagai pensyarah universiti, adalah amat menyakitkan hati melihat slaid model baharu ekonomi Syahir. Ada infografik sebuah rumah, yang kononnya bumbung itu kestabilan nasional, dan macam-macam lagi. Ia seperti tugasan pelajar separuh jiwa dan amat tidak bersedia. Pembentangan Syahir ternyata terlalu kebudak-budakan. Dia duduk mengulang kestabilan nasional macam orang gila. Orang waras tidak lupa PAS dalam kerajaan menutup Dewan Rakyat dan ingkar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Jika ini tawaran ekonomis PAS, maka tidaklah menghairankan jika selama ini kerajaan Kelantan berdepan masalah saban masa untuk membangunkan negerinya. Semangat berfikir sama sekali tiada.


Tidak penting ada model ekonomi, seperti yang Syahir tunjukkan semasa debat itu, memang tiada isinya. Mesej Syahir memang untuk orang sepertinya, orang seperti di Marang dan sejenis dengannya. Dia bercakap kepada Melayu balaisah. Tak perlu pun dalam ucapan beliau itu sebarang model. Cukup ada tafsir ayat suci yang entah kena konteks atau tidak itu. Tak perlu ada model. Tetapi yang mesti ada; ada biar kuyup lencun ialah ayat suci al-Quran dan hadis kerana sekali lagi Syahir tahu siapa sasarannya.

Untuk menghiasi argumen yang memang tiada kontennya itu, biasanya wakil PAS akan lepaskan satu dua perli. Lepas menghenjut satu dua sindir, Syahir akan senyum sebab serasa dia semacam berjaya mematuk dan memagut. Senyum Syahir tersipu penuh gula ala-ala abang exco Persatuan Mahasiswa Islam UM, UKM, UTM dan UPM yang sedikit lemak menggelorakan dada ramai muslimat itu akan tertinggal basah untuk dikenangkan, sehinggalah nanti siaran televisyen dimatikan.Lain, memang tak ada apa-apa. Tiada nilai ekonominya...Sifar...Zero... Tapi yang penting mereka tetap basah. - Faisal Tehrani 



PAS dah mula nak taboq duit...



cheers.

No comments: