13 July 2011

2 negara saja yang amalkan undang-undang jakun...

Petang kelmarin saya pergi ziarah Hj Muhammad Sabu Timbalan Presiden Pas di rumahnya di seksyen 19 , Shah Alam.Kebetulan time saya datang dalam pukul 6.45 petang tak ada siapa di rumahnya hanya isterinya Kak Normah saja yang ada.

Di tepi sofa yang Mat Sabu duduk ada sebatang tongkat dan kerusia roda.Dia cuba bangun untuk berdiri untuk tunjuk kata boleh berdiri tapi memang tak ada kudrat.Mat Sabu dilanggar kenderaan polis jenis Land Rover pada 9 julai lalu hari DEMO Bersih 2.0 berlangsung ketika bermotosikal dan alami kecederaan di bahagian lutut yang agak teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Sambil bersembang Mat Sabu kata Malaysia sekarang menanggung malu yang amat sangat kepada dunia luar kerana layan demo Bersih 2.0 dengan begitu zalim.Malah jiran kita Singapura dan Indonesia turut kutuk Malaysia kerana bersikap zalim kepada demo Bersih 2.0 9 julai lalu.

Kata Mat Sabu lagi, "Sekarang ni dalam dunia ni hanya ada dua negara saja yang amalkan undang-undang jakun (undang-undang rimba) iaitu Malaysia dan Myanmar.Cukup teruk.Malaysia lagi teruk daripada Mynmar, pakai baju kuning pun tangkap."

Mat Sabu juga menegaskan sekiranya 8 tuntutan Bersih 2.0 tak ditunaikan kemungkinan besar dalam masa terdekat satu lagi demo besar-besaran akan berlaku.Mat Sabu juga mempersoalkan sikap polis yang bekerja untuk Umno bukan berkhidmat untuk rakyat.

"Polis yang bekerja untuk Umno kena ingat, kalau BN tumbang sekali dengan polis tumbang tapi jika polis berkhidmat untuk rakyat mereka akan kekal.Sebagai contoh polis bekerja untuk Umno ialah semasa pihak Umno berdemontrasi atas jambatan Pulau Pinang hingga jalan sesak hingga 4 jam tapi pihak polis hanya tengok dan lihat saja tak buat apa-apa tindakan.Ini menunjukkan polis bekerja untuk Umno." kata Mat Sabu.

Kak Normah pula memberitahu beberapa hari sebelum demo Bersih 2.0 polis ada datang ke rumah mencari suaminya tapi Mat Sabu tiada di rumah.Pihak polis meminta kad pengenalan Kak Normah tapi tak diberikan.

Sambil dok sembang saya bertanya kepada Mat Sabu, "Bang Mat..macam mana ni orang dok heboh pasai cincin Rosmah berpuluh juta yang diimport daripada USA.?"

Jawab Mat Sabu sambil berseloroh, "Uhhh habaq pi la kata berapa puluh juta pun orang kita yang tak reti apa akan jawab...alaaaa biaq pi la dia ada duit..dia boleh beli."

Mengakhiri perbualan Mat Sabu kata ,"Baru sebulan jadi Timbalan Presiden dah kena tangkap dan tak boleh berjalan." Saya kata kat Mat Sabu bergurau, "Baru sebulan Bang Mat jadi TP bukan takat Bang Mat kena tangkap Presiden Pas pun kena tangkap."

(ceduk daripada misaimerah.blogspot.com)

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Suruh Mat Sabu buat perhimpungan di Singapura kalau boleh atau berani.

Anonymous said...

Nampaknya Mat Sabu tidak diterima oleh rakyat kerana kalah pilihan raya pada 2008. Jadi kerjanya untuk membuat huruharah sahaja.

Apa yg telah diperbaiki atau dibuat untuk membantu penduduk kawasan sebagai TP.

Anonymous said...

Buat apa suruh Mat Sabu di Singapura,dia bukan warganegara sana.

Mat Sabu kalah pasai tak dapat undi pos. Ingat menteri2 yang menang itu,menang cara gentleman ke?

Sama ada Mat Sabu jadi YB atau tidak tak kisah,tapi yang jelas UMNO taklah gila talak kat PAS macam dulu!!!