30 July 2011

Mat Sabu kata nak gari apa, berjalan pun tak boleh....



Demokrasi kita dah terlalu jauh ke belakang. Malah kita ketinggalan di belakang Fiji. Yang hampir setaraf dengan kita mungkin Myanmar.

Di Indonesia selepas era Suharto kalau ada unjuk rasa (demonstrasi), polis sendiri akan bagi garis panduan, peserta unjuk rasa, sila berjalan ikut jalan sekian-sekian, polis akan berkawal untuk memastikan kelicinan perjalanan, berhimpun ditempat yang ditentukan kemudian apabila usai unjuk rasa, pulang melalui jalan sekian-sekian dan anggota polis akan membantu perjalanan.

Di Negara kita, siapa yang berhimpun akan ditangkap! ISA akan digunakan kalau perlu! Anggota keselamatan akan dikerahkan! Ini perhimpunan Haram! Tak cukup anggota polis, kita akan kerahkan anggota tentera!

Peserta himpunan BERSIH adalah penderhaka yang boleh dihukum pancung! Peniaga akan kerugian besar! Negara akan huru-hara! Apa semua ini....

Mat Sabu telah menyampaikan Ceramah Pasca Bersih 2.0 di Kampung Gong Nangka, DUN Jabi malam tadi.

cheers.

No comments: