17 July 2011

Protes kunjungan Najib di kota London...

Mungkin Najib Razak bersama sepupunya Hishamuddin Hussein akan beralasan, rakyat Malaysia yang menanti kedatangannya di London dengan sepanduk berwarna kuning mengecam tindakan mereka terhadap para himpunan Bersih hanya beberapa orang saja dan perbuatan itu tidak pun dapat memecahkan butir gatal di bekalang mereka.

Itulah ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.

Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.

Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.

Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.

Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini tak berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.

Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. - Mohd.Sayuti Omar

Baca seterusnya di sini.

(Ini adalah adalah sebahagian daripada ulasan Mohd.Sayuti Omar bertajuk 'Najib Jangan Pandang Enteng' yang dimuatkan dalam msomelayu.blogspot.com)

No comments: