19 March 2014

MH370 -12 hari - 7 teori dan keluarga penumpang China naik serang bilik sidang media...

Jeritan dan amuk ketika kekecewaan China semakin meningkat...

Panas baran meningkat hari ini apabila anggota keluarga penumpang China bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 semakin kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12, lapor AFP.

"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah. Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit.

Menurut AFP, insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu. 


Dikatakan mereka tiba-tiba meluru masuk sekitar Jam 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang TERTERA perkataan "Kami Membantah Kerajaan Malaysia Lambat Menyelamatkan Penumpang Dan Mendesak Membawa Ahli Keluarga Pulang Tanpa Sebarang Syarat."



Ada juga yang melaungkan meminta agar Ahli Keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar oleh Pihak Keselamatan dari Bilik Sidang Media. Mereka kemudiannya ditempatkan dalam Bilik Sekreteriat buat sementara waktu bagi Sidang Media Kehilangan Pesawat Mas dijalankan tanpa gangguan.

"Lihatlah apa yang kita bincangkan hari ini – semuanya hal remeh," jerit lelaki itu dengan marah. 

"Apa sebabnya kita datang ke sini. Kami hanya mahu tahu di mana ahli keluarga kami dan di mana pesawat itu." 

Sesi pertanyaan daripada ahli keluarga terpaksa dihentikan sementara selepas pergaduhan tercetus di salah satu meja pentadbiran, lapor AFP. - tmi


Pakar IT India - Imej satelit kemungkinan besar pesawat MH370 yang hilang... 

Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama  239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluanya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan  data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi. - Bernama


MH370: 12 hari, 7 teori...

Masa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari, dan kini debat antara pakar dan mereka yang mengikuti siasatan ini semakin berkisar sekitar tujuh teori yang muncul sejak 12 hari ini.

Ketujuh-tujuh teori tersebut yang disenaraikan oleh akhbar Australia, The Age, termasuklah teori juruterbang MH370 berpatah balik ke Pulau Langkawi kerana kecemasan di dalam kapal terbang hinggalah ke rampasan kapal terbang.

The Age menyenaraikan beberapa teori yang paling menarik perhatian setakat ini:

1. SUMBER: Chris Goodfellow, mendakwa diri seorang juruterbang yang berpengalaman.

TEORINYA: Goodfellow menulis di Google Plus bahawa dia mempercayai juruterbang MH370 mungkin menuju ke arah pulau Langkawi untuk mencari tempat bagi pesawat itu mendarat selepas transponder radar mereka dirosakkan oleh api.

"Arah tuju ke kiri adalah penting di sini. Ini seorang kapten yang sangat berpengalaman dengan jumlah masa penerbangan 18,000." tulisnya.

"Mungkin juruterbang lebih muda yang diwawancara CNN tidak nampak arah tuju ini. Juruterbang lebih senior sentiasa ditetapkan untuk mengetahui lapangan terbang yang manakah paling dekat semasa penerbangan.

"Serta-merta apabila saya nampak hala tuju kiri itu saya tahu dia menuju ke lapangan terbang. Sebenarnya dia mengambil jalan terus ke Pulau Langkawi, mengikut jalur sepanjang 13,000 kaki dengan pendekatan atas air waktu malam tanpa halangan. Dia tidak berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana tahu di sana akan ada rabung 8,000 kaki untuk dilintas. Dia tahu muka bumi di sekitar Langkawi lebih mudah dan pendek.

"Lihat lapangan terbang ini pada Google Earth. Juruterbang ini melakukan semua yang sepatutnya. Dia berjumpa kejadian tidak diingini di dalam kapal terbang yang membuatkannya berpatah balik ke lapangan terbang yang paling dekat.

"Apa yang saya rasa berlaku adalah mereka mungkin dilitupi asap dan pesawat itu terus berjalan menggunakan George (autopilot) sehingga kehabisan minyak, atau api merosakkan papan kawalan sehingga ia terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda boleh jumpainya sepanjang jalan itu – mencari pesawat itu di tempat lain membuang masa sahaja.

2. SUMBER: Desmond Ross, juruterbang Australia komersil dan pakar keselamatan penerbangan.

TEORINYA: Ross memberi teori yang hampir sama dengan Goodfellow. Dia berkata pesawat tersebut mungkin kekurangan tekanan selepas sesuatu kejadian, kemungkinan sebuah letupan yang membentuk lubang di kotak fius.

"Para juruterbang menyedari mereka perlu turunkan pesawat tersebut," kata Ross yang pernah menjalankan kajian keselamatan pada Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada tahun 2005.

"Salah satu daripada mereka mula memprogramkan semula sistem penerbangan dan meletakkan altitud yang rendah, dan mulai meletakkan semula program untuk kembali ke Kuala Lumpur... tetapi dia pengsan sebelum dapat memprogramkan semula pesawat tersebut.

"Pesawat itu kemudian berada di luar kawalan kerana letupan awal itu, dan mula jatuh tetapi pada ketinggian 45,000 mulai lambat.

"Ia hilang kawalan untuk sementara pada ketinggian yang ditetapkan juruterbang sebentar tadi, tetapi tidak melengkapkan arahnya ke Kuala Lumpur kerana juruterbangnya tadi hanya sempat memasukkan separuh nombornya sebelum pengsan. Kini ia terbang entah di mana..."

3. SUMBER: Keith Ledgerwood, peminat penerbangan dan 'hobbyist' juruterbang daripada Amerika Syarikat

TEORINYA: Teori ini berdasarkan premis seseorang merampas pesawat tersebut.

Ledgerwood mengatakan MH370 boleh sahaja menutup radar mereka, kemudian secara senyap mengikut belakang pesawat lain – Singapore Airlines dengan nombor penerbangan SQ68 dalam perjalanan dari Singapura ke Barcelona – sebelum mendarat di utara India atau Afghanistan.

Saya percaya MH370 mungkin mengikut di belakang SIA68 melalui ruang udara India dan Afghanistan," tulis Ledgerwood dalam Tumblr.

"Disebabkan MH370 sedang terbang secara tersembunyi tanpa transponder atau keluaran ADS-B, SIA68 tidak akan perasan kehadiran MH370 di mana-mana, dan apabila ia memasuki ruang udara India ia akan muncul sebagai satu blip sahaja pada radar dengan data daripada transponder SIA68 sahaja yang menerangi ATC dan skrin radar tentera."

4. SUMBER: Diterangkan oleh akhbar The Independent.

TEORINYA: Pesawat tersebut kemungkinan dirampas dan diterbangkan ke pengkalan Taliban.

The Independent melaporkan kebenaran diplomatik penuh diperlukan supaya dapat menolak teori yang mengatakan pesawat tersebut mungkin terbang di bawah kawasan radar Afghanistan dan Pakistan yang tidak dikawal kerajaan.

Sebahagian besar kawasan selatan Afghanistan diperintah oleh Taliban, sementara kawasan di utara barat Pakistan berdekatan adengan sempadan Afghanistan yang dikawal oleh Taliban.

Pegawai penerbangan awam Pakistan berkata mereka sudahpun meneliti rakaman radar mereka dan tidak menjumpai pesawat tersebut.

Seorang komando Taliban berkata kumpulannya yang berbelah bahagi itu hanya mampu mimpi sahaja tentang rampasan sebegitu.

"Kami harap sahajalah dapat peluang merampas pesawat seperti itu," katanya kepada Reuters.

5. SUMBER: Penyiasat

TEORINYA: Pihak berkuasa sedang menyiasat samada juruterbang atau penumpang membuat keputusan bunuh diri adalah penjelasan bagi misteri kehilangan pesawat itu.

Adanya contoh bersejarah bagi teori ini.

Pada 1997, penerbangan SilkAir 185 terhempas di Sumatera, membunuh semua 97 penumpang apabila juruterbangnya menjunamkan pesawat itu ke dalam sungai.

Juruterbang membunuh diri juga disyaki dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, walaupun ia belum dibuktikan.

Teori ini dapat menjelaskan mengapa tiada serpihan jika MH370 terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

6. SUMBER: Emel kepada wartawan mendakwa daripada Chinese Martyr's Brigade

TEORINYA: Kumpulan dikenali sebagai Chinese Martyr's Brigade mendakwa bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 dalam sebuah emel kepada wartawan China.

Emel yang dilindungi itu tertulis, "Anda bunuh salah seorang daripada kami, kami akan bunuh 100 daripada kamu sebagai balas dendam."

Tetapi mesej itu tidak memberi sebab mengapa pesawat itu hilang.

Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sangsi dengan kenyataan tersebut.

"Tiada asas kukuh atau sebab yang mengesahkan dakwaan mereka," katanya.

7. SUMBER: Polis Malaysia dikatakan sedang menyiasat teori ini

TEORINYA: Letupan mungkin disembunyikan di dalam kargo pesawat itu dalam barangan buah-buahan eksotik.

Pihak berkuasa Malaysia mengatakan satu-satunya kargo di dalam MH370 adalah muatan manggis, buah yang terkenal di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata ada sebanyak 3 ke 4 tan manggis di dalam pesawat itu.

Beliau berkata kargo tersebut sudahpun dikesan semasa rutin sebelum dimasukkan ke dalam pesawat, tetapi pihak berkuasa sedang menyiasat jika letupan boleh dimuatkan bersama buah-buahan tersebut.

"Ini hanya satu lagi teori," seorang polis yang tidak dinamakan memberitahu Daily Mail. "Tetapi kita tidak menolak apa-apa kemungkinan." – tmi


Angry Chinese nationals barge into briefing room...

There was chaos at the auditorium used by the authorities for the daily press briefings on Flight MH370 after a group of Chinese nationals barged in to speak to reporters.
 
The group, numbering at about a dozen people, said they were relatives of those on board the plane and want to express their anguish and anger after being brought to Malaysia, but are left with little information on the progress of the search for the missing plane.
 
A press officer announced through a microphone that the venue is for Department of Civil Aviation's press conferences only, and security personnel arrived shortly to remove the gatecrashers by force.
 
Some of them were seen crying and screaming as they were dragged into the media secretariat office in an adjacent room, which is off-limits to media personnel.
 
"I've been here for four days! Please help me get back my son!" cried one elderly woman in Mandarin.

"From the South China Sea and now elsewhere. We don't know where the plane had gone... There is no information at all," cried another person, who was on the verge of tears.

One person was carrying a placard which read "Release our families on board MH370 unconditionally".

The entire episode lasted less than 10 minutes.
  
The incident happened as reporters were stationed in the auditorium. The standard practice is to reserve seats about an hour before the press briefing, which usually takes place at 5.30pm.

At the time of writing, there are some local and foreign journalists waiting outside the room where the Chinese nationals are being held.

Relatives of some of the 152 Chinese nationals aboard the missing Flight MH370 have been flown to Malaysia and are currently staying at a hotel in Putrajaya.

MAS has claimed that they have been assigned a staff for each familiy in Malaysia and China, who will provide updates on the progress of the search.

However, there are some families who have grown impatient with the lack of progress. Some families in Beijing have threatened to go on hunger strike.- malaysiakini

Penemuan sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan. - Gambar Reuters.

Plane assumed in southern Indian Ocean...

Investigators probing the disappearance of a Malaysia Airlines jetliner with 239 people on board believe it most likely flew into the southern Indian Ocean, a source close to the investigation said on Wednesday.

An unprecedented search for the Boeing 777-200ER is under way involving 26 nations in two vast search "corridors", one arcing north overland from Laos towards the Caspian Sea, the other curving south across the Indian Ocean from west of Indonesia to west of Australia.

"The working assumption is that it went south, and furthermore that it went to the southern end of that corridor," said the source, who spoke on condition of anonymity.

The view is based on the lack of any evidence from countries along the northern corridor that the plane crossed their airspace, and the failure to find any trace of wreckage in searches in the upper part of the southern corridor.

China said on Wednesday it had not yet found any sign of the aircraft crossing into its territory.

Malaysian and US officials believe the aircraft was deliberately diverted perhaps thousands of miles off course, but an exhaustive background search of the passengers and crew aboard has not yielded anything that might explain why.

Flight MH370 vanished from civilian air traffic control screens off Malaysia's east coast at 1:21am local time on March 8, less than an hour after taking off from Kuala Lumpur for Beijing.

Investigators piecing together patchy data from military radar and satellites believe that someone turned off vital datalinks and turned west, re-crossing the Malay Peninsula and following a commercial route towards India.

After that, ephemeral pings picked up by one commercial satellite suggest the aircraft flew on for at least six hours, but it is not known for sure if it went north or south.

The data from the satellite placed the plane somewhere in one of the two corridors when the final signal was sent at 8:11am.

Last week, a source familiar with official U.S. assessments said it was thought most likely the plane flew south, where it presumably would have run out of fuel and crashed into the sea.- malaysiakini


Maldives: No trace of missing MH370 here




cheers.

No comments: