04 March 2014

Langat 2 - Kalau kerajaan tak tunai janji,Selangor berhak untuk menafikan pembinaan projek itu...


MoU Air: Kini tanggungjawab di bahu Kerajaan Persekutuan...

Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan sikap jiwa besar mereka apabila sedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan krisis air dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU ) minggu lalu.

Dengan MoU itu, Selangor telah pun menyatakan kesediaan untuk meluluskan penerusan pembinaan projek Langat 2, sementara semua kelulusan lain yang diperlukan seperti hak tanah, kebenaran akses dan permit lain hendaklah diberikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh menandatangani MoU tersebut iaitu pada 25 Mac 2014.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua(gambar bawah), berkata komitmen besar kini terletak di bahu Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi syarat MoU yang dimeterai sekaligus menunjukkan keikhlasan mahu membantu rakyat Selangor.

"Paling penting, syarikat-syarikat konsesi air yang sedia ada Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd dan Kumpulan ABASS mesti bersetuju untuk menjual konsesi mereka kepada Selangor berdasarkan harga tawaran sebelum ini RM9.65 bilion.

"Jika Kerajaan Persekutuan gagal untuk memujuk syarikat konsesi ini untuk menerima tawaran di atas, maka ia perlu menjalankan semua kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA ), terutamanya menggunakan Fasal 114 untuk mengambil alih secara wajib syarikat-syarikat air berdasarkan model pampasan yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi," kata Pua.

Perjanjian MoU tersebut mensyaratkan syarikat-syarikat konsesi ini menjawab tawaran itu pada 10 Mac 2014, atau dalam masa kurang daripada seminggu. 



Menurut Setiausaha Publisis DAP Kebangsaan itu juga, perjanjian itu adalah jelas bahawa kerajaan negeri Selangor telah menunjukkan muhibah dengan melepaskan langkah pertama, walaupun ramai pemimpin Pakatan Rakyat membantah kerana ragu dengan keupayaan Kerajaan Barisan Nasional untuk menunai janji-janji mereka. 

"Keputusan kini berada di tangan Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada 10 Mac," tegas beliau.

Bagaimanapun katanya, jika Kerajaan Persekutuan gagal menunaikan janji mereka dalam masa yang ditetapkan, kerajaan Selangor melalui Majlis Eksekutif dan Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kuasa di bawah undang-undang negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan untuk menafikan sebarang lesen kepada entiti Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bagi maksud projek Langat 2. 

Dengan kata lain, tanpa sebarang kelulusan tambahan, projek langat 2 masih tidak boleh diteruskan.

"Pentadbiran Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor tidak akan tertipu oleh Kerajaan Persekutuan. 

"Kami tidak akan mengkhianati kepercayaan pengundi Selangor dan kami akan berjuang sepenuh tenaga untuk memastikan kepentingan rakyat Selangor dilindungi sepenuhnya," tegas beliau.- harakahdaily



Langat 2 dependent on federal gov't delivering its promise... 

While PKR’s Rafizi Ramli went on confrontational mode against Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim on the water deal between Selangor state government and federal government, DAP national publicity secretary Tony Pua chooses to take a different stand and approach.

In a statement issued today, Pua pointed out that even though the memorandum of understanding signed between Selangor state government and federal government last week required Selangor state government to give all necessary approvals for Langat 2 water treatment plant project to proceed within 30 days, the state government had enough time to evaluate federal government’s sincerity to proceed with the water restructuring exercise.

This, he said, was because the federal government would need to delivery its part of the bargain by ensuring the four water concessionaires, namely Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd and Kumpulan ABASS agree to sell their concessions back to Selangor based on the previous offer price of RM9.65 billion by March 10 - fifteen days earlier than the deadline of March 25, the day Selangor state government must give its approval to Langat 2 construction.

“If the federal government fail to cajole these concessionaires into accepting the above offer, then it must exercise all its powers under the Water Services Industry Act (WSIA), particularly using Clause 114 to compulsorily acquire these water companies based on the compensation model detailed in the concession agreements.

Hence the deal is clear, the Selangor state government has demonstrated its goodwill by conceding the first step, even as many Pakatan Rakyat leaders object to the above due to a complete distrust of the Barisan Nasional federal government’s ability to keep its promises,” said Pua(pic).


Unlike Rafizi, the Petaling Jaya Utara MP was more understanding on why Khalid had agreed to the MoU, explaining that it was a way out of the water “impasse which has become a lose-lose situation for the rakyat."

On some of Pakatan Rakyat leaders’ concern that BN federal government might not keep its promise, Pua insisted that there was nothing to worry about.

He said Selangor executive council and state assembly could be used to deny any further licenses to be issued or awarded to the relevant federal government entities for the purposes of the Langat 2 project.

“Without these additional approvals, the Langat 2 project cannot proceed. The Pakatan Rakyat administration and government will not be cheated by the federal government.  We will not betray their trust of our Selangor voters and will fight tooth and nail with the BN Government to ensure that the interest of the Selangor residents are fully protected,” assured Pua.

Pua’s explanation is like a much welcomed rainfall that came amid a hazy day, unlike some politicians who love to keep adding smoke to the already hazy situation despite coming from the same camp.-harakahdaily



cheers.

No comments: