18 March 2014

Bas jatuh gaung, misteri kata akhir juruterbang dan politik juruterbang MH370...



Bas jatuh gaung di KM301.5 Lebuhraya Utara Selatan...

Seorang pemandu bas maut manakala dua penumpang parah apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam hampir 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara-Selatan laluan ke utara, berhampiran Gua Tempurung, Gopeng hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Hasmir Arshad, 43, dari Bercham, Ipoh, maut di tempat kejadian.

Dua penumpang, Mong Ming Chai, 48, dan Farahzela Zainal Abidin, 27, masing-masing dari Salak Utara, Kuala Kangsar dan Kampung Jalong, Sungai Siput parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kemalangan pada pukul 4.25 petang itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu cuba mengelak sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang terbabas di hadapannya.

Ini mengakibatkan bas membawa dua penumpang terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang tepi lebuh raya itu sebelum terjunam ke dalam gaung yang terletak kira-kira lima kilometer dari plaza tol Gopeng, katanya.

Ng berkata ketika kejadian, bas itu melalui jalan lurus manakala cuaca pula baik.

Sementara itu, rakan Hasmir, Rosli Shaari, 43, berkata mangsa berpengalaman memandu bas selama lebih 10 tahun dan tidak pernah melaporkan sebarang masalah yang dihadapinya berhubung bas tersebut.

Rosli yang bekerja sebagai pemandu bas di syarikat yang sama, berkata pemandu mempunyai jadual khusus bagi kekerapan perjalanan bas setiap hari dengan satu atau dua kali perjalanan sahaja.

"Bas sentiasa diselenggara dari semasa ke semasa di kawasan bengkel di Simpang Pulai. Saya mengenali Hasmir lebih enam tahun dan dia mempunyai seorang isteri dan tiga anak yang kini tinggal di Medan, Indonesia," katanya.- tmi

Express bus driver perishes in 10-metre ravine plunge


Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq...

"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.

Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.

Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.

"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman,” katanya.

Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Adakah sesuati berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu?

Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat.



pilots, plane
CCTV footage captures Captain Zaharie Ahmad Shah and co-pilot Fariq Hamid,pilot and co-pilot of the Boeing 777 flight, being frisked while walking through security at Kuala Lumpar International Airport

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit.

Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan.

Jauhari hari ini berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq


"Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima,” katanya.

Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37am.

Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan. - malaysiakini


video

Co-pilot spoke final words - "All right, good night"...

The last words spoken from the cockpit of the Malaysian passenger jet that went missing 10 days ago were believed to have been spoken by the co-pilot, the airline's top executive said Monday.

"Initial investigations indicate it was the co-pilot who basically spoke," Malaysia Airlines CEO Ahmad Jauhari Yahya told a news briefing.

The last message from the cockpit - "All right, good night" - came around the time that two of the missing plane's crucial signalling systems were switched off.

Captain Zaharie Ahmad Shah and his first officer Fariq Abdul Hamid have become a primary focus of the investigation into the fate of Flight 370, with one of the key questions being who was controlling the aircraft when the communications systems were disabled.

The last signal from the Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) was received 12 minutes before the co-pilot's seemingly nonchalant final words.

ACARS transmits key information on a plane's condition to the ground.

The plane's transponder - which relays radar information on the plane's location - was switched off just two minutes after the voice message.- AFP

Was missing Malaysia Airlines jet flown to Taliban base in Afghanistan...

Juruterbang sokong Anwar bukti beliau berpegang kepada realiti, kata wartawan Amerika...

Wartawan kanan Amerika Syarikat (AS) menyelar cubaan kerajaan Malaysia mengaitkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan seteru politiknya apabila mendapati juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah penyokong pembangkang.

Akhbar tabloid Britain, Daily Mail semalam menggambarkan Zaharie sebagai penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memetik sumber rasmi Malaysia yang sedang menyiasat latar belakang politik juruterbang itu.

Namun, pengarang hubungan luar majalah isu semasa AS, Slate.com, William J Dobson, berkata meskipun Zaharie merupakan penyokong Anwar namun tuduhan beliau menjadi dalang kehilangan pesawat perlu dihentikan.

"Apa jua yang berlaku kepada pesawat MH370, sokongan Zaharie terhadap Anwar menunjukkan dia berpijak kepada realiti," katanya.

Sebelum ini akhbar Daily Mail turut menggambarkan Zaharie penyokong fanatik Anwar.

"Penyokong fanatik Anwar Ibrahim, bunyinya menggerunkan," katanya mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat.

7 Mac lalu, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Anwar.

Dobson yang beberapa kali pernah menemubual Anwar berkata, sebilangan rakyat Malaysia melihat pertuduhan liwat Anwar secara serius.

"Anwar cuba menumbangkan kerajaan rejim autoritarian melalui pilihan raya dan bukan melalui keganasan. Maka juruterbang MH370 merupakan penyokong fanatik ketenangan dan menyokong pluralisasi dan demokrasi di Malaysia," katanya.

Dobson juga menggambarkan pihak berkuasa Malaysia melakukan siasatan dengan cara rasuah, nepotisme berlarutan selain mengumpul harta dan kekal berkuasa.

"Kenyataan tentang politik Malaysia: Meskipun segalanya kembali kepada Anwar. Lebih lama siasatan lemah dan meraba-raba terhadap MH370, semakin meletus pemimpin pembangkang negara demokrasi," katanya. - tmi

video

The Malaysia Airlines Pilot’s Politics...

There is an axiom in Malaysian politics: Eventually everything comes back to Anwar Ibrahim. So, the longer that the fumbling and inept investigation into the missing Malaysia Airlines Flight 370 has gone on, the more certain it became that it would somehow boomerang to the leader of the country’s democratic opposition.

On Saturday, Prime Minister Najib Razak went before the cameras to declare that officials believe the plane was deliberately diverted and flown in an unknown direction somewhere along a wide arc from Kazakhstan to deep into the Indian Ocean.

Now that the search for the Boeing 777 has turned into a criminal investigation, the authorities are taking a close look at the flight’s chief pilot, Zaharie Ahmad Shah, and its first officer, Fariq Abdul Hamid.

They quickly learned—as no doubt all of Shah’s friends knew—that the pilot was a strong supporter of Anwar Ibrahim’s People’s Justice Party. Indeed, Shah is believed to have attended Anwar’s court hearing on March 7 that overturned his 2012 acquittal on sodomy charges, a politically motivated case that the Malaysian government typically dusts off around election time.

On Sunday, the U.K. and Malaysian press treated the revelation with the shock you might reserve for damning evidence. Shah was described—by an unnamed source—as a “fanatical supporter of the country’s opposition leader.” Zaharie Ahmad Shah supported Anwar Ibrahim. That’s common sense, not zealotry.

Elsewhere, he is described (apparently by unnamed police sources) as “fervent” and “strident” in his political convictions. More than a week after the Boeing 777 disappeared, we lack a motive, a clear suspect, or even a crime scene, but we have our “Anwar Ibrahim connection.” That is Malaysian politics.

A fanatical supporter of Anwar Ibrahim does sound scary—as long as you know nothing about him.  Continue reading here.





Ahli PKR pandai2 belaka boleh terbangkan Boeing 777,ahli UMNO semua bodoh2 sombong tahu terbang guna tikar saja...





cheers.

1 comment:

Qaseh Bonda said...

Dengan lain perkataan para penyokong pakatan berdarah pejuang. Berani kerana benar.

Sah siddiq umno keturunan pecacai yang pengecut.