29 August 2013

Lori bawa pasir pun tidak mengkibarkan bendera...


Seorang menteri dari parti United Malays National Organisation(UMNO) mencadangkan  digubal satu  rang undang-undang untuk mewajibkan dan memaksa rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Temberang... ooops...Jalur Gemilang pada setiap  bulan Ogos. Sang Menteri ini sedang  gelabah kerana orang ramai – rakyat Malaysia - langsung tak ambil pot tentang bulan Ogos. Bulan Ogos  adalah bulan  yang dipanggil oleh gerombolan ini Bulan Kemerdekaan.

Kadang-kadang saya naik kasihan melihat gerombolan politikus dari United Malays National Organisation. Selalunya  saya merasa gumbira  dan ketawa melihat  lawak kebangangan mereka.  Saya juga  bersedih kerana mereka buta sejarah. Kesedihan menjadi lawak  kerana gerombolan politikus ini juga  amat-amat buta politik.

Bila tulisan ini disiarkan – Hari Malapetaka 31 Ogos – akan sampai dalam masa beberapa hari lagi.  Ertinya beberapa hari lagi dalam istilah United Malays National Organisation kita akan menyambut Merde...oppps... Merdeka. Tarikh 31 Ogos   dalam naratif gerombolan difahami  sebagai hari mereka dinobatkan untuk menjadi raja.

Wahai para pembaca yang budiman, lihat dijalan raya. Buka mata dan pandang. Amati betul-betul.  Dijalan raya tidak ada teksi. Tidak ada kereta persendirian. Tidak ada bas. Tidak ada van. Tidak ada bas sekolah. Tidak ada Mat Rempit. Tak ada keendraan apa  pun yang sedang mengkibarkan Jalur Temberang...opps...Jalur Gemilang.

Pilu dihati ini  menjadi  bertambah lawak. Pada  tahun ini Lori Bawa Pasir pun tidak mengkibarkan bendera. Selalunya lori pasir akan memasang bendera agar dilihat patriotik. Pasang bendera untuk menghindarkan dari ‘kena pau’ oleh mata-mata yang sentiasa mencari kesalahan lori pasir. Kalau lori pasir pun sudah benci dengan bendera ini maka jelas  propaganda United Malays National Organisation sedang sakit tenat.




Tetapi kenapa agaknya warga Malaysia enggan mengkibarkan bendera yang dipanggil bendera Malaysia?

Kita wajib menyingkap kembali  sejarah negara bangsa - sejarah kelahiran Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia.  Sejarah inilah  yang selama ini telah  dinyahkan oleh United Malays National Organisation.  Tetapi dengan wujudkan  sistem maklumat internet dari hari ke hari warga Malaysia terutama anak–anak muda sedang menggali kembali sejarah yang selama ini cuba dikambus.  Penipuan sejarah yang diciritkan oleh United Malays National Organisation kini terbongkar.

Setiap kali  bulan Ogos sampai  United Malay National Organisation yang akan tercirit mulut mengakui bahawa ‘kemerdekaan’ negara ini didapati dengan jalan damai. Merdeka Tanah Melayu dimenangi melalui berunding. Poooorah!!!!.  Yang berunding ialah Uniterd Malays National Organisation. Parti ini TIDAK pernah melawan dan tidak pernah  menentang penjajah British. Buktinya cukup senang.

Penjajah ialah musuh. Penjajah ialah orang jahat. Penjajah  datang untuk mengambil tanah, minyak, kelapa, rempah , emas , balak dll. Penjajah menjadikan anak tanah jajahan sebagai hamba. Penjajah  beli  barangan tempatan dengan harga murah dan jual dengan harga mahal. Penjajah merampok dan menjarah tanah jajahan.


Justeru dalam sejarah Asia, Afrika dan Latin Amerika semua kuasa kolonial penjajah telah dilawan oleh anak watan. Indonesia melawan  Belanda. Pilipina melawan Sepanyol. Rakyat Vietnam bangun melawan Peranchis dan kemudian Amerika. Burma melawan British. India  melawan Bristish.  Ramai nasionalis  dari negara-negara ini ditangkap, dipenjara, dibunuh atau dibuang negeri kerana menentang penjajah.

Sila tanya kepada ahli United Malays National Organisation siapakah pemimpin parti mereka yang telah melawan Bristih? Siapa pemimpin mereka   yang telah ditangkap Bristish atau yang telah dipenjara oleh British atau dibunuh British? Kalau ada pemimpin United Malays National Organisation  sebesar tungau sekali pun  yang bangun melawan Britsih maka sejarah  akan tabik hormat. Tetapi hakikatnya saekor pun tidak ada.

United Malays National Organisation – yang namanya masih nama Inggeris – bukan parti nasionalis anti-Bristish. Mereka adalah parti  barua British. Parti ini adalah alat penjajah British. Justerunya namanya  masih lagi nama Inggeris.

Naratif kemerdekaan yang diciritkan oleh United Malays National Organsiation bukan  naratif perjuangan menentang British. Naratif mereka ialah ‘ menentang orang yang menentang British’. 



Setiap bulan Ogos mereka akan tercirit dengan  kisah bagaimana  mereka menentang Parti Komunis Malaya. Mereka akan tercirit dengan tohmahan menentang Parti Kebangasan Melayu Malaya.   Mereka menentang Gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang bangun angkat senjata melawan penjajah.

United Malays National Organisation menentang (PKM) Parti Komunis Malaya,  menentang (PKMM) Parti Kebangsaan Melayu Malay,  menentang  (KMM) Kesatuan Melayu Muda, menentang Hisbul Muslimin, menentang (API) Angkatan Pemuda Insaf, (AWAS) Angkatan Wanita Sedar.  Nama-nama ini adalah parti dan kumpulan nasionalis yang telah bangun menentang  penjajah British.

Jelas United Malays National Organisation TIDAK pernah menentang British. Tidak ada naratif melawan untuk mendapatkan Merdeka. Parti ini telah  bangun menentang orang yang menentang British. Ini sejarah jahat United Malays National Organisation.   Jelas, tugas parti ini   ialah menjadi barua British untuk menentang kaum nasionalis yang bermandi darah mengangkat senjata melawan British.  Inilah naratif bulan Ogos yang mereka gembar gemburkan sebagai ‘bulan kemerdekaan’.


Tarikh 31 Ogos ialah Hari Malapetaka. Pada tahun 1957  - di  Hari Malapetaka -  British telah meninggalkan kuasa dan memberikan  Tanah Melayu ini untuk diperintah  oleh United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.  Semenjak dari tarikh  ini Tanah Melayu dan kemudian Malaysia  tidak sudah-sudah  terus ditimpa oleh malapetaka.

Setelah memahami  babak babak sejarah ini maka kita akan sedar kenapa rakyat Malaysia -  anak semua  bangsa -  enggan mengkibarkan bendera yang kini telah dikenali sebagai Jalur Temberang. Bendera ini adalah ciplakan.  


Kita tidak perlu pergi belajar ke Oxford atau Sorbonne untuk memahami fakta ciplakan ini. Malah anak mahasiswa dari  Universiti Sintok pun dapat memahami bahawa Jalur Temberang ini diciplak dari Star-Spangled Banner – bendera Amerika Syarikat. Kebencian dan keenganan anak semua bangsa untuk mengkibarkan Jalur Temberang ini semakin  menjadi–jadi hinggakan perlu satu rang undang-undang. Kenapa ini berlaku?

Biar saya terangkan kenapa ini terjadi. Bulan Ogos  tahun 2013 adalah tanda penolakkan yang amat jelas  terhadap Jalur Temberang -  simbol milik United Malays National  Organisation ini.  Ini terjadi kerana kurang lebih 3 bulan dahulu rakyat Malaysia telah  ditipu oleh United Malays National Organisation. Dalam PRU13 yang baru selesai United Malays National Organsiation telah menang dan kembali berkuasa. Menang dan kembali  berkuasa  dengan jalan tipu.

Penipuan ini  cukup jelas dan disedari  oleh orang ramai.


Terbukti bahawa rakyat Malaysia – anak semua bangsa – dalam PRU13 telah menolak  United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu. Tetapi dengan licik dan penuh perancangan yang disusun  oleh Suruhanjaya Pilihan Raya – gerombolan yang telah ditolak oleh rakyat ini kembali berkuasa.  Ini menyebabkan orang ramai bertambah marah dan  benci kepada Jalur Temberang yang menjadi simbol United Malays National Organisation.



Apa yang saya tulis ini bukan untuk bacaan satu  kumpulan minoriti. Apa yang saya tulis ini  bukan sentimen kumpulan kecil.  Apa yang saya lakar ialah suara dan tuntutan 52% warga Malaysia – anak semua  bangsa. Apabila Anwar Ibrahim bercakap, apabila Hadi Awang bersuara atau apabila Lim Kit Siang mengeluarkan pandangan  – itu adalah suara dan pandangan 52% warga Malaysia.

Orang ramai – 52% warga Malaysia -  merasa ditipu dalam PRU13.  Orang ramai  - 52% - yakin kemenangan mereka telah dirampas. Orang ramai tahu bahawa kuasa United Malays National Organisation ini adalah hasil dari penipuan  yang dirancang. Maka tanda awal yang dapat  mereka nyatakan  tiga bulan kemudian ialah mereka  tidak ambil pot tentang Jalur Temberang.

Rasa muak dan mual terhadap kerenah United Malays National Organisation ini belum selesai.  Kemarahan orang ramai kerana kemenangan mereka dirampas tidak akan terhenti.  Rasa muak, benci dan marah  ini  sedang dikongsi oleh 52% warga Malaysia. Rasa kemarahan ini sedang membara.

Justeru para menteri dan para politikus dari United Malays National  Organisation dan kuncu-kuncunya wajib sedar bahawa mereka  berkuasa kerana penipuan. Suara mereka bukan suara majoriti. Para aparacik parti dan para pegawai kerajaan wajib sedar  bahawa kerajaan hari ini adakah kerajaan haram yang ditubuhkan melalui penipuan.

Bagaimana pula dengan lagu Negara-ku yang kini akan dimainkan dalam panggung wayang?  Para penonton akan dipaksa mendengar lagu ini.  Ini juga menjadi berita heboh bulan Ogos.

Sebenarnya lagu Negara-ku ini sama saperti Jalur Temberang. Lagu yang dipangggil lagu kebangsaan ini  adalah hasil ciplakan. Lagu asal La Rosalie dari Peranchis, menjadi Memula Moon, menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia dan diciplak untuk menjadi lagu Negara-ku.




La Rosalie , Memula Moon, Terang Bulan atau Negara-ku akan dipaksakan kepada penonton panggung wayang. Ini akan  menjadi lawak seram. Tidak ada sesiapa yang memiliki harga diri dan tahu sejarah asal usul lagu ini akan bangun hormat pada lagu ini. Lagu Negara-ku  adalah hasil ciplakan.  Tidak perlu ditutup lagi sejarah ini. Segala yang diciplak lambat laun akan diketahui umum. Lambat laun akan dihumbankan.

Tidak dapat tidak Malaysia hari ini memerlukan satu bendera baru yang  memiliki motif wataniah untuk melambang sejarah  pejuangan anak bangsa. Bukan bendera ciplakan dari  bendera Amerika. Malaysia juga memerlukan  satu lagu kebangsaan baru  yang menjiwai tempo dan naluri sejarah bangsa. Malaysia dengan politik baru akan menghumbankan  ke  dalam tong sampah sejarah semua yang diciplak.  Melahirkan yang  baru ini adalah tugas anak muda yang telah diberikan oleh sejarah.- tukartiub.blogspot



 SPR: Sistem p'raya sekarang lebih baik...

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempertahankan sistem pilihan raya sedia ada berbanding sistem berkadaran (proportionate system) yang dicadangkan beberapa pihak sebagai sistem alternatif.

Menurutnya, sistem sekarang yang dikenali sebagai 'first-past-the-post' (FPTP) memastikan setiap kawasan Parlimen mempunyai seorang anggota Parlimen yang bertanggungjawab terhadapnya.

"Dalam sistem sedia ada, rakyat boleh mengenepikan wakil rakyat mereka yang tidak menjalankan tugas dalam pilihan raya seterusnya.

"Dalam sistem berkadaran pula, rakyat akan memilih parti dan parti tersebut kemudiannya akan memilih wakil rakyat menurut kehendak mereka," katanya. Baca seterusnya di sini



FPTP helps perpetuates 'minority rule', says PAS...

The government’s adamance on the first-past-the-post (FPTP) electoral system shows that it "enjoys" perpetuating minority rule by manipulating electoral boundaries, said PAS election director Dr Mohd Hatta Ramli.

He said the Election Commission's (EC) argument that there were very few countries which give up the system for proportional voting systems was flawed, because the system will not give an advantage to an incumbent government.

NONE"So any government would like to retain that kind of advantage (of making minority rule possible), because in such situations, delineation of constituencies play a very important role.

"This is where the ruling government benefits from the system, so naturally, not many countries would want to change to a system that is fairer but will, in the end, result in their loss," he said.

Speaking to Malaysiakini at the sidelines of PAS' open house function in Kuala Lumpur, the Kuala Kerai MP said that a situation where a government that has fewer votes controlling a majority of the seats should not arise.

EC deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar had said during the  7th Annual Malaysian Student Leaders Summit that the FTTP system suits Malaysia better and that there are weaknesses in the whereas proportional voting systems.

Hatta said that the Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms, of which he was a member, had studied countries that have implemented proportional voting systems and found it to be working properly.

Gerrymendering

He said such systems can be tuned to suit Malaysia's requirements, such as using a mixed-member proportional system if locally-elected representatives are desired.

Meanwhile, PKR strategy director Rafizi Ramli said Wan Ahmad's argument that minority rule exists in other countries as well is invalid because of serious gerrymandering and malapportionament of constituencies in Malaysia.

NONE“It is different in Malaysia because the gerrymandering allows for extremely wide variance between one constituency and another, whereas in places like the UK, Canada and Australia, even if there a minority government, it is not that far off from the wishes of the majority of the people…

“(This is) because the difference in size between one constituency to another is not that different because it is guarded by constitutional guarantees that the size is more or less the same,” he said when contacted today.

He added that Wan Ahmad’s statement today shows that the EC is "hell-bent" on protecting Umno’s interests because it is possible for Pakatan Rakyat to win most of the popular vote for several more elections to come.

With the help of gerrymandering and malapportionament, it would a government to be determined by just 20 to 30 percent of voters, said Rafizi.

In the last general election, Pakatan won 51 percent of the popular vote but controls only 89 of the parliament's 222 seats. BN controls the remaining 133 seats with 47 percent of votes.-malaysiakini


Anwar berada di Masjid Subang Jaya USJ9 pada 30 Ogos 2013, sesiapa berdekatan hendak sertai forum berkenaan boleh sendiri ke sana.

''Regional Conference on Massacre, Democracy & People's Rights in Egypt"

Opening Speech By Dato' Seri Anwar Ibrahim

Date : 30 August 2013 (Friday)
Time: 8:30 am
Venue:Seminar Hall, Masjid Al-Falah, USJ 9, Jalan USJ 9/5, Persiaran Kewajipan, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Bila nak dekat merdeka macai2 UMNO akan keluar cerita 13Mei nya.. sedangkan 13Mei tak dak kena mengena dengan Merdeka pun..
 
Tapi Geng Mamak' hilang dlm senarai KDN

 cheers.

No comments: