20 August 2013

Hutang PTPTN,CCRIS dan semak sama ada anda boleh ke luar negara atau tidak...



Peminjam PTPTN akan disenaraikan di dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS)...

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini membidas langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggunakan kaedah terbaru yang disifatkan sebagai ‘menekan’ graduan yang mendapatkan bantuan wang untuk tujuan pendidikan.

“Tindakan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat ini mempunyai kesan besar kepada rakyat terutamanya anak muda.

“Apabila maklumat pembayaran dan pinjaman PTPTN disenaraikan di dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), ia membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

Rafizi yang juga ialah Ahli Parlimen Pandan berkata sedemikian dalam reaksi kepada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh semalam.

Idris mengumumkan bahawa peminjam wang  PTPTN yang tidak melunaskan pinjaman mereka akan disenaraikan di dalam CCRIS dan dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia.

Idris berkata langkah penyenaraian itu perlu dibuat kerana terdapat seramai 400,000 siswazah yang masih belum membuat sebarang bayaran.

Rafizi berkata bahawa usaha penyenaraian di dalam CCRIS ini akan gagal seperti juga usaha penyenaraihitaman peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara.

“Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan,” kata beliau.

Rafizi turut mengumumkan bahawa PKR akan melancarkan satu kempen untuk menentang penyenaraian dalam CCRIS  di seluruh pelusuk negara tidak lama lagi.

Menurut beliau, kempen itu akan dijalankan sehingga usaha penyenaraian nama siswazah di dalam CCRIS dibatalkan oleh kerajaan.-fmt

Yang mana ada hutang PTPTN tu, boleh check sama ada boleh ke luar negara atau tak di sini....


 

Kisah Najib dan CCRIS...

Ramai yang kurang tahu apa itu CCRIS dan kesannya bila nama anda direkodkan dalam sistem Tersebut... 

Ikutilah cerita pendek ni bagi memudahkan fahaman anda...

Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Najib juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan.

Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta.

Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Selang beberapa tempoh Najib ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula.

Apabila Najib mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Najib didalam sistem CCRIS.

Ini bermakna maklumat kredit Najib bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Najib mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara.

Jika pihak Ambank mendapati jumlah pinjaman atau hutang semasa Najib adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Najib bergantung pada jumlah yang dipohon.

Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Najib dengan Maybank telah tertunggak selama 2 bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau.

Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Najib ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas 3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru.

Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS.

Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut.



Pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Idris Jusoh untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang disebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN membawa maksud peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Najib".

Cuma bezanya Najib sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Najib ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ringgit.

Najib juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.

Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga).

Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja.-f/bk


Pakatan Rakyat telah menwarkan untuk menghapuskan PTPTN, tapi anda telah memilih untuk teruskan dengan pelaksanaan PTPTN oleh gomen BN/UMNO...nasi dah jadi bubur,bro...


PKR cries blackmail over PTPTN borrowers on CCRIS...

The government's decision to include the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) borrowers into the Central Credit Reference Information System (CCRIS) is tantamount to blackmail, said PKR director of strategy Rafizi Ramli.

The Pandan MP added that the move would hurt borrowers' credit standing, most of whom are youths, and deprive them of future loans for a car or home.

"Financial institution can use this to deny loan facility to PTPTN borrowers registered in CCRIS.

NONE"It is akin to kicking someone who is already down - PTPTN borrowers are already burdened by the high cost of living and low wages and they are now being threatened by PTPTN to deprive them of a car, house and other needs," Rafizi (left) said in a press statement today.

He said this was in addition to the previous move of placing PTPTN defaulters on the immigration blacklist, preventing them from travelling overseas.

Education Minister II Idris Jusoh had yesterday announced that those who did not service their PTPTN loan would be included in CCRIS which is linked to all financial institutions in the country.

Rafizi vowed that PKR would conduct a nationwide campaign against the move and warned the government not to blackmail and punish youths who had borrowed from PTPTN.

In another statement, PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad blamed the youth's financial burden on the government’s decision to corporatise the education sector.

"It has to be reminded that most undergraduates that borrow from PTPTN are from low to lower-middle income families.

"If they could afford it (higher education), they would surely not have borrowed from PTPTN," he said.-malaysiakini


PTPTN debts holders, check whether you can go abroad or not here.

Jumlah Pinjaman:- RM52,000.... Kos Pentadbiran:-  RM19,882.84.  Jumlah perlu dibayar balik RM71.882.84. Kos Pentadbiran atau riba @bunga @interest...


Kalau perompak2 UMNO rembat duit rakyat dan tak bayar langsung dipanggil apa pula? Dahlah tak bayar, hutang Tajuddin Ramli-MAS RM589 juta boleh pula dihapus kira..

PTPTN

cheers.

No comments: