28 April 2007

..bila Batang Berjuntai mula menegang........

Ijok....pilihanraya kecil yang terakhir sebelum tibanya pemilu 2008 atau 2009. Bermula dengan DUN Kuala Berang,DUN Pangkalan Pasir,DUN Batu Talam,DUN Machap trend pengundian memihak kepada BN. Sepatutnya dalam pilihanraya2 kecil ini kemenangan BN seharus dengan majoriti besar,tetapi itu bukan realitinya,walaupun kawasan DUN ini dihujani dengan pelbagai pembangunan dan durian runtuh secara tiba-tiba. Apakah majoriti yang merosot diperolehi BN satu indikator bahawa pengaruh BN semakin menurun?

Sekarang BN akan menerima satu lagi ujian popularitinya di Ijok dan kali ini,"BN is fighting for its life". Kemunculan Pat Lah di Ijok juga menunjukkan bahawa "things are not that good on the ground",jadi Pat Lah terpaksa meyakinkan Ijkoians bahawa BN sajalah yang boleh menjamin nasib hidup mereka. Akibat diserang bertalu-talu,Najib si anak Razak.terpaksa mendapat keyakinan Pat Lah,yang berkata "I've confidence in Najib as the deputy prime minister......." bagi meneruskan agenda penipuannya.Nampaknya seluruh anggota kabinet,ahli-ahli MKT dan ahli-ahli Parlimen BN mula menyerang Ijok dengan hebatnya,disamping berjuta-juta RM ditaburkan atas nama pembangunan. Kenapa pembangunan ini datang bertubi-tubi semasa pilihanraya kecil ini,sepatut menjadi persoalan bagi orang-orang Ijok.

Apa-apa pun,terserahlah kepada pengundi-pengundi Ijok untuk membuat keputusan dengan bijak. Ambillah ikhtibar kata-kata bekas PM, Dr.Mahathir Mohd.,“If you vote (BN) because you get a lot of money or because you get a lot of projects, you may get a rotten government which uses money in order to buy your vote,”

Ramalan saya..... PKR menang dengan majoriti 114 undi.
cheers.

23 April 2007

Jokes baru kat Ijok......

Malam tadi dua orang musuh politik kaum India berbaik semula atas nama nak bagi BN menang mudah. Kehadiran Samy Vellu dan S.Pandithan di atas pentas berkempen untuk calon BN Parthiban membawa berbagai macam tanda tanya? Samy Vellu yang begitu marah terhadap tindakan S.Pandithan yang melancarkan mogok lapar di hadapan pejabat MIC membawa bersama-samanya sebuah keranda kosong melambangkan demokrasi dalam MIC dah mati,telah memecat S.Pandithan pada 1988 lalu. Sejak dari itu kedua-kedua musuh politik ini memang tidak sehaluan,malah sikap angkuh Samy Vellu menyebabkan permohonan parti S.Pandithan,IPF untuk memasukki gabungan BN ditolak mentah-mentah hingga sekarang. Apakah tindakan berbaik-baik semula antara Samy Vellu dan S.Pandithan,akan membolehkan parti IPF,S.Pandithan menyertai BN? atau pun ini hanya satu gimik politik atau drama Samy Vellu? Siapa tak kenal Samy Vellu!!! Selepas ini Samy Vellu nak peluk siapa pula...S.Subramaniam??

Satu lagi drama menarik yang berlaku di Ijok baru-baru ini ialah dengan secara tiba-tiba muncul si-Rosmah Mansor bini Najib Tun Razak,menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap suami tersayangnya itu,sambil berkata," saya yakin suaminya adalah seorang pemimpin yang sentiasa menjaga nama baiknya dan keluarga". "Apa yang dia (pembangkang) nak cakap biarlah dia cakap...mereka akan terima balasan dari Tuhan". Em....sejak bila pula si Rosmah teringat kat Tuhan ni??

Sungguhpun ramai pemimpin-pemimpin UMNO-BN begitu yakin akan kejayaan BN di Ijok,tetapi sekurangnya ada juga pemimpin BN lain seperti Dr.Koh Tsu Khoon,pemimpin parti Gerakan yang agak pesimistik terhadap kedudukan BN sambil berkata, “It is a tough fight, we (Barisan Nasional) are up against a big shot (Parti Keadilan Rakyat candidate Khalid Ibrahim)

My bet is 55-45 for PKR. Namun apa-apa pun,peluang PKR merampas Ijok dari BN bukanlah satu joke lagi!

cheers

21 April 2007

Ijok - satu ujian getir bagi KEADILAN....

Batu Talam,PAS boikot;Macap DAP tewas dan Ijok,PKR mencuba nasibnya. Dalam politik sukar untuk kita ramal siapa menang,siapa kalah. Kempen-kempen pembangkang sering dihadiri oleh ribuan manusia,tetapi ini tidak menjamin ribuan yang hadir itu adalah pengundi. Mungkin mereka datang,sekadar untuk mendengar dan berhibur telatah-telatah otai-otai politikus pembangkang kita,sedangkan jauh di sanubari mereka yang hadir itu sudah terpahat "hidup matiku kerana UMNO/BN". Sungguhpun kempen UMNO/BN kurang dapat sambutan orang,selalunya UMNO/BN menang. Inilah realiti budaya politik Malaysia. Kenapa begitu? kerana orang ramai tidak ambil kisah sangat isu2 rasuah,salahguna kuasa,penipuan dan isu2 penyelewengan duit rakyat oleh para pemimpin UMNO/BN.

Bagi rakyat biasa isu-isu parit yang tersumbat,jalan tak bertar,masalah tiada air dan letrik,masalah rumah dan sebagainya menjadi fokus utama mereka. Mereka tidak mahu dengar soal rasuah Pak2 Menteri kita,mereka tidak gemar masalah kurangnya pelaburan yang mengalir masuk dari luar negeri dan sebagainya,kerana isu2 itu tidak memberi erti langsung bagi mereka. Bagi mereka,siapa saja yang boleh janji mengisi periok nasi mereka,mereka itulah yang akan mereka pilih. Soal betapa nilainya undi mereka tidak membawa apa2 maksud langsung. Oleh kerana itu,bagi rakyat jelata ini pemberian RM 100.00,sehelai pelaikat,sekampit beras dan sebungkus gula itu lebih bermakna dan sudah cukup untuk menjamin kemenangan UMNO/BN sudah cukup. UMNO/BN tahu hal ini dan strategi inilah digunapakai dalam setiap pilhanraya & pilihanraya kecil. Sungguhpun UMNO/BN tahu amalan itu adalah salah,tetapi beranikah SPR ambil tindakan? Walhal pegawai SPR pun makan gaji daripada gomen UMNO/BN yang ada!

Langkah PKR meletakkan Datuk Khalid Ibrahim,sebagai calon adalah satu langkah yang bijak. Tindakan PKR itu telah mengelakkan PKR terperangkap dalam politik perkauman BN. Politik perkauman Malaysia agak pelik sedikit. Jika sesuatu kawasan pilihanraya itu majoritinya pengundi Melayu,UMNO/BN boleh meletakkan calon Melayu/Cina/India dan mereka ini boleh menang mudah,seperti mana berlaku di kerusi Parlimen Bukit Gantang. Tetapi,kalau kawasan pilihanraya itu,majoritinya kaum Cina,sudah pasti calonnya terdiri daripada orang Cina,kalau letak calon Melayu atau India sudah tentu akan hanyut.Pendekata,calon-calon Cina boleh menang dikawasan2 majoriti Melayu,tetapi jangan harap calon-calon Melayu menang di kawasan majoriti Cina. Bilangan pengundi-pengundi Melayu di Ijok lebih daripada 50%,mungkin pengundi-pengundi Melayu Ijok tidak sedar hal ini.

Menang atau kalah di pihak UMNO/BN dan PKR akan memberi impak yang besar bagi kedua-dua parti. Bagi UMNO/BN,jika menang akan meninggikan lagi confidence level mereka dan kalau kalah jelaslah pengaruh DSAI adalah bahaya bagi kedudukkan UMNO/BN pada masa akan datang. Bagi PKR pula jika menang ini bererti konsep "multi-racial" yang diperjuangkan selama ini diterima masyarakat dan jika kalah nyatalah karisma DSAI untuk menarik rakyat dengan pidato powernya agak tercalar.

Jika PKR menang,kedudukan gomen UMNO/BN negeri Selangor tidak terjejas,tetapi kemenangan PKR itu akan membuka mata Najib Tun Razak,Mohd.Khir Toyo dan pemimpin-pemimpin UMNO lain agar tidak leka dengan
igauan kemenangan semata-mata,tetapi harus bangun dari mimpi dan khyalan mereka dan sedar bahawa wang ringgit sahaja tidak semestinya selalu boleh membeli sokongan rakyat.

Moga-moga PKR menang besar!

cheers.



11 April 2007

Najib pancing undi dengan duit rakyat......

Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas. Kalau nak balas, balas pada April 12 dan undilah Barisan Nasional,” Datuk Najib,said to a thunderous applause.

Demikianlah kata2 yang diucapkan oleh Datuk Najib Tun Razak apabila memperuntukkan RM3.7 juta kepada Felda Tun Ghafar Baba Hutan Percha di Machap semalam. RM3 juta akan digunakan untuk memperbaiki paip bekalan air, RM600,000 untuk pembinaan sebuah dewan pelbagai guna dan RM100,000 lagi untuk memperbaiki masjid di situ. Dalam majlis tersebut Datuk Najib telah menghulurkan hadiah wangtunai RM100 hingga RM300 kepada peneroka Felda di Machap yang cemerlang dalam penerohen getah, dan tanaman kelapa sawit di majlis tersebut. Manakala hadiah RM500 hingga RM1,000 diberikan kepada pemenang bagi kategori kampung termeriah dan blok paling bersih. Datuk Najib juga menggesa peneroka supaya mengundi dengan bijak dalam memilih calon yang mampu membela nasib mereka dan memastikan masa depan yang cerah.

Sebagai pengundi dari rancangan Felda ini,mereka sudah pastikah bahawa peruntukkan ini akan dapat dengan serta merta,atau sekadar sebagai janji2 kosong saja? Bukankah sesuatu yang anih kenapa tiba2 saja hadiah2 diberi untuk kategori kampung termeriah,blok paling bersih dsbnya.Kenapa anugerah2 ini tidak pernah diberi sebelum pilihanraya kecil Macap diadakan? Warga Felda ini seharus ingat bahawa mengundi itu adalah hak mereka dan tidak perlu nasihat orang lain untuk pastikan siapa yang patu mereka pilih. Adakah peruntukkan2 yang dijanjikan itu akan membahagiakan mereka selama 5 tahun lagi?

Tidakkah pemberian peruntukan tersebut secara jelas melanggar kod etika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)? Mengikut Seksyen 10(a) akta tersebut, ia adalah satu kesalahan memberi sogokan dan menjanjikan wang atau pertimbangan berharga kepada pengundi. Hukumannya termasuk penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Tapi,kod etika ini hanya diguna pakai untuk pembangkang saja,bagi parti2 gomen,termasuk menteri,TPM & PM its OK,kerana SPR pun tak ada teloq untuk bertindak. Apanya tidak?,pasal gaji pegawai2 SPR tu,gomen juga kasi....!! So,you dont bite the hands that feeds. See my point.

Depa bagi kita ambil,depa janji kita hangguk,pangkah ikut kehendak di hati,jangan termakan dek budi.


cheers.

*(saya tidak akan blog selama seminggu akan datang,kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan,maaf ya,see U later)

10 April 2007

Bila PM bertemu dengan bos Volkswagen.......

"Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said yesterday that he could not be “waiting forever” for the Volkswagen chairman to meet him to discuss the possible partnership with Proton. He said he was informed that the Volkswagen chairman had wanted to meet him here, so he waited for a while to meet him. “I have not seen him yet,” he said. “I don’t think I can wait too long.” The Prime Minister, however, declined to say how long he was willing to wait for the Volkswagen chief. “I will not tell you when, you just wait.” Abdullah recently said the Government was considering allowing the German carmaker gain a controlling stake in the national carmaker. "
Masalah industri Proton kita masih belum selesai. Proton kian rugi dan terus mengalami kerugian. Walaupun cubaan telah dibuat untuk membawa masuk rakan kongsi dari Eropah(VW) dan Amerika(GM), bagi mengukuhkan kedudukan Proton,namun semuanya menghadapi jalan buntu. Rundingan demi rundingan diadakan bagi mencari titik pertemuan yang selesa tetapi usaha2 ini semua sia2 saja.

Kononnya Volkswagen mahu memiliki 51% ekuiti dalam Proton. Dalam ertikata lain,secara tidak langsung Volkswagen akan memiliki Proton. Jika ini berlaku maka kita tidak lagi boleh bangga dengan Proton sebagai industri kereta Malaysia yang ulung. Bila ini berlaku apa akan jadi kepada vendor2 Proton tempatan yang membekalkan spare parts kepada Proton? Gulung tikarlah jawabnya. Inilah isu utama yang Pat Lah perlu ambil kira bila bertemu dengan bos Volkswagen nanti.

Tetapi yang aku pelek,pasal apa bos Volkswagen ini hendak jumpa Pat Lah dan bukan Lembaga Pengarah Proton,termasuk penasihat Proton sendiri,Dr.Mahathir? Bukankah Lembaga Pengarah Proton itu lebih arif dengan masalah Proton? Kenapa Pat Lah perlu sibuk?

Perkara2 beginilah yang selalu membingungkan masyarakat bila isu2 GLC timbul. Walau bagaimana pun saya harap isu ini dapat di atasi oleh Pat Lah secara win-win. Jangan sorok isu2 pokoknya yang menyebabkan orang bertanya "berapa persen pula you,Pat Lah,bakal terima nanti?"

cheers.

09 April 2007

Sekolah Kluster - Mengejar Kecermerlangan Pendidikan atau Politik?....

Pembentukkan sekolah kluster atau kelompok sekolah cemerlang adalah satu anjakkan paradigma yang memberikan impak yang positif terhadap bidang pendidikan di negara ini. Ianya dapat direalisasikan lagi dengan pelaksanaan secara bersepadu oleh pihak KPM,sekolah, guru, PIBG, alumni, sektor awam dan swasta serta masyarakat secara amnya. Setiap sekolah kluster itu pula akan ada keistemewaannya tertentu yang akan dicermerlangkan serta menjadi role model kepada sekolah2 lain. Sekolah kluster ini juga diberi kuasa2 otonomi dalam bidang2 tertentu,dan sebanyak mana otonomi diperturunkan bergantung kepada Lembaga Penasihat Kecermerlangan yang memantau srategy2 perlaksanaannya kelak.

Saya masih ragu2 tentang pembentukkan sekolah kluster ini kerana sistem pendidikan kita lazimnya dikongkong oleh kuasa politik kepartian serta dikawal ketat secara top-bottom berlandaskan kepada dasar2 yang ketat dan padat,hinggakan tiada ruang liberalisasi langsung.

Apabila sekolah kluster ini diberi kuasa untuk mencari punca kewangannya sendiri,mampukah gomen mengubah prosedur kewangan sedia ada dan memberi kelonggaran2 tertentu? Apakah ini akan menyebabkan kenaikkan yuran2 persekolahan? Atau melalui sekolah kluster ini gomen akan memperkenalkan berbagai yuran tambahan selain daripada apa yang sedia ada?

Apabila sekolah ini diberi kuasa untuk “hire and fire” , bagaimanakah cara yang akan dilakukan? Adakah pengetua berkuasa “hire” sesiapa saja yang dia fikir layak, umpamanya jika sekolah
itu mahu cermerlang dalam permainan tennis,bolehkah pengetua hire Andre Agassi sebagai coach? atau mahu cermerlang dalam bolasepak,bolehkah pengetua employ David Beckham sebagai jurulatih?

Begitu juga dalam hal kemasukkan pelajar ke sekolah2 ini, sudah tentu pihak sekolah dan badan penasihat berkuasa untuk menentukan pelajar mana boleh masuk dan pelajar mana tidak boleh masuk dan dengan cara begini tidakkah lama kelamaan sekolah kluster ini nanti akan menjadi sekolah untuk gulungan elite saja,seperti sekolah2 berasrama penuh hari ini?

Saya berpendapat banyak lagi yang boleh dilakukan oleh gomen untuk membangunkan pendidikan di negara kita. Masih banyak sekolah yang infrastrukturnya tidak lengkap. Masih banyak sekolah yang tiada berair dan berapi. Sekolah2 harian kita padat dengan pelajar2 sehingga 50 orang satu kelas. Agihan guru2 tidak mengikut option yang sepatutnya. Sekolah2 bandar dibebani dengan guru berlebihan sedangkan sekolah2 luar bandar begitu handicap dengan guru2 dalam pengkhususan2 tertentu. Bukankah perkara2 ini patut diberi priority terlebih dahulu,sebelum memikirkan tentang sekolah kluster yang belum tentu berjaya?


Sekarang baru saya tahu kenapa KPM membenarkan pegawai PTD masuk ke JPN,PPD & sekolah,kerana mereka inilah(PTD) yang akan menjadi tok dalang dalam permainan wayang kulit KPM nanti.

Perkara pokok di sini bukanlah kecermerlangan sekolah dan pendidikan yang hendak dicarinya,tetapi ia lebih bertujuan untuk memperkasakan kedudukkan serta agenda dan imej politik Pak Menteri dan kuncu2nya memandangkan pilihanraya dan pemilihan kepemimpinan parti yang akan datang.

Cheers.

06 April 2007

Milik siapa rumah RM 60 juta di Perth?....

Sesetengah pemimpin cakap besar …oh anak saya kaya..mereka cakap tentang rumah mereka yang bernilai AUD 25 juta…itu RM60 juta.Sungguh anih mempunyai rumah begitu besar. “Kita mempunyai seorang pemimpin yang pergi jauh ke Perth untuk menghadiri pembukaan ..apa itu…restoran nasi kandar.Antara berada dalam negara ketika malapetaka dan mengendalikan perasmian sebuah restoran nasi kandar ,mana yang lebih penting?Tentulah nasi kandar." - Dr.Mahathir Mohd.

Rumah yang kononnya milik Pat Lah ini terletak Mosman Park, satu kawasan perumahan yang exclusive. Harganya dikatakan bernilai 60 juta RM saja. Menantu Pat Lah pula berkata setakat ini tiada siapa yang berani kata rumah yang didakwa bernilai RM60 juta di Perth,Australia (dimana Abdullah dikatakan sering menginap waktu bercuti di sana) adalah milik Perdana Menteri.

Soalnya tidak siapa pun kata rumah itu rumah Pat Lah,sedangkan Mahathir pun tidak kata begitu,tetapi daripada ucapan Mahathir,seolah2 rumah 60 juta RM itu rumah anaknya,dan Khairy mengaku rumah itu wujud dan ia adalah milik Kamaluddin Abdullah,anak lelaki Perdana Menteri.

Bagi saya,soal milik siapa rumah ini tidak timbul dan saya juga tidak hairan dari mana anak Pat Lah dapat duit sebanyak itu untuk beli rumah ini. Sebagai seorang bapa dan duda pula saya tak hairan kenapa Pat Lah sering bercuti di Australia bersama anak sulungnya itu.

Apa yang saya khuatir,harap2 Pat Lah tidak lupa akan tugas dan tanggungjawabnya dalam menjalankan tugasnya sebagai PM. Jangan pula dok asyik bercuti saja hinggakan soal negara dibiarkan menantunya mengurus bagi pihaknya,dan jika ini berlaku,teruklah Pat Lah ooi.

Rakyat di Malaysia pun ramai tidak memiliki rumah sendiri. Setiap projek perumahan yang dibuka terdiri daripada rumah2 yang bernilai lebih daripada 300,000 ke atas. Rakyat miskin mana mampu beli rumah2 sebegini? Kalau ada projek perumahan mampu milik pun,bukan semua rakyat miskin berpeluang memperolehinya. Sebahagian daripada rumah2 seperti ini akan dimiliki oleh orang2 tertentu yang mempunyai pengaruh politik dengan gomen. Pemilihan siapa dapat rumah2 mampu milik ini dipengaruhi oleh unsur2 politik dan akhirnya yang memiliki rumah2 ini bukan rakyat miskin tetapi orang2 berada,tokoh2 utama parti,ketua2 cawangan,bahagian dan ahli2 JKKK.

Itulah ceritanya Pat Lah ooi... tolong tengok2 samalah masalah rumah,jangan dok asyik syiok bercuti di rumah anak di Perth saja.

cheers.

05 April 2007

The bomb hoax on Penang Bridge......

"Thousands of Penangites were caught in a massive evening jam when the Penang Bridge was closed for more than two hours after police received a call that there was a bomb on the bridge. Many motorists heading towards the bridge after work were caught unaware and found themselves in a traffic bottleneck at the Bayan Lepas coastal road leading to the bridge on the island and Seberang Jaya on the mainland. The bridge was closed to traffic at 4.30pm and only reopened at 7pm". - the STAR,5th Mac 2007.

I left Penang Road at 4.45 pm,trying to beat the 5.00 pm jam on Penang bridge yesterday,but to my suprise there was a long Q almost more then 2 kilometers along the Jelutong Expressway heading towards the bridge. To me a jam of this nature is quite common knowing the attitude of our roadusers. Car or motorbike accidents are very common and when it happens.....jam gila2 punya. Once I was caught in a jam right in the middle of the bridge for almost 2 solid hours,that was when a container lorry overturned on the bridge. Before there were no barrier placed in the middle between the dual carriageway and when there's an accident a jam usually occurs on both side,one due to the accident,while the other one due to those busybody drivers who slows down to see whats happening.

This time,the jam occured due to some naughty guys playing their April Fool prank placing steel pipes that was suppose to containe explosives.Though messages were placed on air but it was too late for me,as I was already in the middle of the jam along the Jelutong Expressway. I wonder what are these guys really up to, and making innocent motorist suffer? However, the bomb threat was only a hoax.

Anyway,I manage to cross the bridge around 7.45pm and was late for my appointment by almost 4 hours. Sometimes when come to think about it,how I wish that the 2nd link be completed soon,but, a dream is only a dream for this project will be part of an election strategy in the offering.


cheers.


04 April 2007

Macap - mampukah DAP menawannya?

Lai Meng Chong dari BN dan Liou Chen Kuang dari DAP akan berentap untuk menawan Macap dalam pilihanrayakecil yang dijadualkan pada 12 April '07 ini. Seperti pilihanraya kecil Batu Talam lalu,BN begitu yakin mereka akan mempertahankan kerusi ini dengan apa cara sekali pun. Awal2 lagi Kementerian Penerangan sudah mengambil tindakan proaktif untuk membantu calon BN secara terbuka. Bukankah ini salah dari segi peraturan pilihanraya? Tetapi, SPR di negara ini adalah lain daripada yang lain.

Dalam pilihanraya 2004 lalu,BN menang besar di sini. Jangan lupa bahawa Macap adalah kubu kuat BN Walaupun kawasan ini majoritynya bukan Melayu,namun undi orang2 Melayulah yang akan jadi penentu sapa menang sapa kalah.

Dalam suasana sekarang mampukah BN mempertahankan majoriti undi yang diperolehinya dahulu? Antara mendiang Poh Ah Tam dengan Lai Meng Chong ada banyak perbezaan,yang sama itu ialah mereka adalah anggota MCA. Sedangkan calon DAP Liou Chen Kuang yang tewas dulu, dan sekarang bertanding semula,imejnya masih jelas dalam ingatan para pengundi Macap.

Sekiranya separuh pengundi2 Cina & India pilih BN dan separuh lagi pilih DAP,sudah tentu pengundi2 Melayu yang akan menentukan siapa akan menang. Dalam situasi begini,pengundi Melayu lebih berat memilih BN daripada DAP dan jika itu realitinya, BN akan menang dengan mudah. Namun demikian kita tidak boleh juga elak daripada possibilty sebaliknya. Katakanlah lebih separuh orang Melayu pangkah DAP,sudah tentu kemenangan akan berpihak kepada DAP. MCA,UMNO,MIC dan Gerakan tahu akan kemungkinannya possibilty ini berlaku.

Satu cara untuk elak daripada possibilty ini berlaku,ialah dengan cara memberi sogokkan oleh BN kepada pengundi2,khususnya orang2 Melayu. Pilihanraya kecil ini juga adalah satu bonus besar kepada penduduk Macap. Gomen dengan menteri2nya akan turun beramai2,TPM Najib,Ong Kah Ting dan kuncu2nya akan berkampung beramai2 di sini,masing2 membawa janji2 manis,duit berjuta2 ringgit akan ditaburkan. Putera,Puteri UMNO akan berpesta,bersama kain batik,beras sekampit,gula sekilo
dan ditambah pula dengan angpow,RM 100 untuk beli undi mereka.

Apakah nilai undi para pengundi hanya bernilai RM 100,sehelai batik,sekampit beras, dan sekilo gula? dan membolehkan mereka survive untuk selama 5 tahun akan datang? So cheap!! Sedangkan calon yang menang itu,sekiranya dari BN akan hidup mewah,dilambak dengan projek2,tender dan kontrak pula datang mencurah2.

Fikirlah masak2.

cheers.

03 April 2007

Pegawai2 PTD tu pandai sangatkah?

"Semua kesatuan, pertubuhan dan badan dalam perkhidmatan pelajaran menolak kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kerana ia boleh menyekat kenaikan pangkat guru. Wakil-wakil kesatuan dan persatuan yang mempunyai kira-kira 500,000 ahli seluruh negara itu sebulat suara membantah kemasukan PTD yang disifatkan menimbulkan situasi janggal kerana pegawai berkenaan tidak berpengalaman menerajui JPN.Pada masa sama, mereka menyifatkan kemasukan tersebut juga seolah-olah menolak keupayaan guru untuk memegang jawatan tinggi dalam JPN.Sehubungan itu, dalam mesyuarat hari ini, mereka meminta agar penstrukturan JPN ditangguhkan sementara waktu agar setiap pihak dapat memberi cadangan baru." - Utusan Malaysia 2 April 2007

Akhirnya pegawai2 PTD berjaya menceroboh masuk ke dalam JPN & PPD dan mungkin satu hari esok mereka (PTD) ini akan menjawat jawatan2 Pengetua,Pengarah2 Institusi Perguruan, Politeknik, Kolej Matrikulasi dan kemungkinan besar akan menjawatan jawatan Pengarah Pelajaran Negeri. Inilah senario guru2 sekalian bakal hadapi.

Semuanya ini angkara siapa? bagi saya ia berpunca daripada pihak pengurusan tinggi di peringkat Kementerian Pendidikan begitu lemah menyediakan justifikasi bagi menolak kemasukan pegawai2 PTD dalam JPN/PPD. Mereka di peringkat atas telah diperbodoh2kan oleh pegawai2 PTD yang selalu fikir mereka saja yang pandai mengurus dan mentadbir. Pihak NUTP telah dicadangkan oleh Siva Subramaniam dulu,yang meminta agar pegawai2 PTD ini mengambil alih kerja2 mengurus dan mentadbir JPN,PPD dan di sekolah. Sekarang kenapa NUTP nak bankang pula?

Kelicikan pegawai2 PTD ini terserlah bila mana mereka memberi apa saja yang KPM minta. Nak guru cermerlang depa bagi,nak tambah jawatan Pengetua DG 52 & 54 depa bagi,nak jawatan guru pakar depa bagi,nak jawatan guru cermerlang Jusa C depa bagi. Oleh kerana pegawai2 KPM ini sibuk menentukan siapa akan dapat peluang naik pangkat tiba2 melalui pintu belakang mereka(PTD) masuk,lantas terbeliak biji mata pegawai2 tinggi Pelajaran kita.

Jawatan Pengarah Pelajaran,Pengarah Institusi Perguruan,Politeknik,Kolej Matrikulasi, Sekolah2 gred A,sekolah Kluster memerlukan pengurus dan pentadbir yang berwibawa dalam menghadapi 1001 macam cabaran pada masa akan datang. To the PTD bloopers,kerja2 ini guru tak boleh buat,yang layak depa saja. So,give and take antara 2 hingga 4 tahun dari sekarang semua jawatan2 yang saya sebut di atas tadi akan diisi oleh pegawai2 PTD. Kaum guru dapat apa? kecuali hanya dok asyik pegang kapor dan buku dalam bilikdarjah dulu,kini dan selama2nya.

Sedarlah wahai guru2 sekalian,jangan diperbodohkan oleh pegawai2 haprak itu. Pendidikan is your profession and you guys are professional people. Being professional, seorang guru itu mahir buat apa saja dari mengurus dan mentadbir hingga menyapu dalam bilikdarjah. Mengapa pula guru2 perlu orang luar untuk mengurus dan mentadbir cikgu2 sekalian?? Cikgu kerja kuat siang malam,bila nak naik pangkat postnya terhad. PTD yang kerja senang lenang, peluang naik pangkat semakin cerah.
Kemasukan PTD juga seolah- olah menolak keupayaan guru memegang jawatan tinggi dalam JPN,PPD dan di sekolah.

Fikirlah semasak-masaknya, jangan dok jadi tali barut orang semata-mata. Guru juga ada maruah dan harga diri jangan biarkan diri anda dilacur oleh orang2 yang tidak ada kena mengena dengan profession anda.....

cheers.

01 April 2007

I missed you dad….....

34 years today,my father passed away. He died in hospital suffering from a heart attack. What upset me most was,I wasn’t by his bedside when he died. In fact someone called me at my workplace saying that my father was admitted to hospital and being on the 1st of April,I thought he was playing an April Fool’s joke on me,but,not until late afternoon when two policemen came knocking on my door bringing in the bad news. The funny thing about the whole episode was that on that day,1st April 1973,I felt so uneasy and restless and at one point of time ,I felt a sudden pain in my chest. A bad sign indeed.

Any way,things had past and life has to go on. Being the eldest,I was really depressed from his sudden departure,leaving behind 11 brothers & sisters,a mum & grandmother to take care off, apart from my own family to feed. We don’t owe a house, and has to rent one instead. Financially, we were really in a fixed,because all my brothers and sisters,with the exception of two, were still schooling. However,I managed to weather the storm and managed to put all of them thru school with whatever little that I had.

Initially,we were a happy lot,but as one by one started having their own family,brotherly relationships started to get strained and awry. Many left without a word and there were little or no correspondence or visitation between them and me. Though,a couple of them do pay a visit during the Eid festival. The last time I remembered that we were together was a few years back upon the demise of our younger sister. That,too,was only a brief encounter before everyone went seperate ways.

I am just fed up with their attitude. To me whether they remember me as a brother who had sacrificed everything for them doesn’t matter anymore. Whether they visit me or not, I don’t give a damn,"ibarat kacang lupakan kulit”. Though I missed them,but I have my children and a cute grand daughter to comfort me. Let me spend the last few years of my life with fun and galore,before my time is up, as in Roger Daltrey's song.......

"Before my time is up
I'll hang my name
On every trial I'm due for
And even if I can't get justice
I'll take you down to hell
Before my time is up
I'll leave no stone unturned
I won't regret my actions
And even if my last words fail me
I'll be a better man
Before my time is up..."

cheers.