Mohd Ali Rustam tuduh PR punca peningkatan kes bunuh senjata api...
Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku ” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.
Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EOTerdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.
PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.
Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis,” kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ?
Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal,” tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.
Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.
Dah mabuk ketam kot?
Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.
April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek.-malaysian insider
Ex-CM Ali Rustam blames opposition for shootings...
Former Malacca chief minister Ali Rustam reportedly said that the opposition must take the blame for the recent spate of shooting cases because the latter had championed the abolition of preventive detention laws.
“Shooting cases are on the rise because the Emergency Ordinance (EO) and Internal Security Act (ISA) have both been abolished, which was demanded by the opposition,” he was quoted as saying by Malay daily Berita Harian today.
“The opposition must take responsibility for what has happened,” the Umno supreme council member was further quoted as saying.
Meanwhile, the paper also reported Home Minister Ahmad Zahid Hamidi as claiming that “90 percent” of the recent shooting cases had been done by ex-EO detainees.
Zahid, who had urged that a new law be formulated to bring back the spirit of the EO, reportedly said that this was based on preliminary police investigations, which revealed that ex-EO detainees are active in crime again and are also taking “revenge” against witnesses that had caused their arrests previously.
Sinar Harian also reported former inspector-general of police (IGP) Abdul Rahim Noor (left) as blaming the recent shooting cases on the lack of the EO.
He said that the criminals are “no longer afraid” due to the absence of the preventive detention law.
Rahim said that he “regretted” human rights NGOs’ stand against the EO, claiming that they “do not understand” the situation".
The past week had seen several fatal shooting cases take place across the country.
The high-profile cases include the fatal shooting of AmBank founder Hussain Ahmad Najadi in broad daylight in Kuala Lumpur, and also the shooting of MyWatch chairperson R Sri Sanjeevan in Jempol on Saturday.
Sanjeevan survived the attack, but remains in the Serdang Hospital and had undergone critical surgery.-malaysiakini
Seriously? You’re blaming us? For crime? Pakatan asks Ali Rustam
cheers.
No comments:
Post a Comment