Baju Melayu kain sampin,
Baju kurung berwarna-warni,
Rosak negara pasai pemimpin,
Rosak pemimpin pasai bini.
Baju raya warna warni,
Boleh dipakai,bertukaq ganti,
Rosak pemimpin pasai bini,
Merana rakyat pasai GST.
Kalu tak cukup dana GST,
Guna dulu duit Tabung Haji,
Bila rakyat mula tak puas hati,
Aiya,gaggau saja duit KWSP.