23 January 2014

Sirul Azhar yang membunuh awek Jibby hilang dari kawalan selepas dibebaskan ...


Koperal Sirul Azhar hilang...

Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.

Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan “sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya”.

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.

Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada  perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak.

“Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap  mahu mengekalkan perkhidmatan mereka,” kata seorang peguam yang enggan dikenali .

Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri.

Pendakwa raya booleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah. Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya .


Satu contoh ialah kes di Mahkamah Rayuan pada November 2010 membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang dituduh membunuh seorang remaja Cina.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli dan ahli perniagaan Koh Kim Teck bagi kes pembunuhan anak saudara Koh, Xu Jian Huang, 14, seorang pelajar di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2004.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh berikutan kegagalan pendakwa untuk menghadirkan ahli perniagaan itu di mahkamah beberapa kali.

Memandangkan Koh tidak dapat dikesan dan dibebaskan, kedua-dua Resty dan Najib juga dibebaskan.

Semasa perbicaraan yang berlangsung 36 hari itu, kes pendakwaan adalah berhubung seksaan dan pembunuhan remaja lelaki itu kerana mencuri RM30,000 milik bapa saudaranya.

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.

Pihak pendakwa raya  menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.- tmi 

Kemanakah dia pergi? Adakah dia juga hilang secara misteri seperti Razak Baginda yang sekarang menetap di London. Mungkin dia berada di Bahamas atau Hawai kot... Drama 1Malaysia penuh misteri...


Cop acquitted of Altantuya murder goes missing...

Putrajaya’s appeal before the Federal Court in the high-profile murder of Altantuya Shaariibuu may have hit a snag as one of the two policemen acquitted of the crime has reportedly gone missing, say sources.

Corporal Sirul Azhar Umar walked out a free man after his appeal against the High Court conviction was set aside last August.

Corporal Sirul Azhar Umar's lead counsel Kamarul Hisham Kamaruddin has not heard from his client since Sirul was set free. – The Malaysian Insider pic, January 22, 2014.
Since then, the policeman has not contacted his lead counsel Kamarul Hisham Kamaruddin, who represented him during trial and in the Court of Appeal, the sources said.

But Kamarul told The Malaysian Insider that he was still on record as representing Sirul in the Federal Court “until and unless notified on the contrary”.

The lawyer declined comment when asked whether he had contacted Sirul or if the former policeman had contact the lawyer on instructions to retain him as counsel in the Federal Court.

However, lead counsel Datuk Azman Ahmad, who is appearing for Chief Inspector Azilah Hadri, said his client had given the nod to retain the same lawyers.

Azman said the Federal Court served him a copy of the public prosecutor’s petition of appeal early this month. Both Sirul and Azilah are still under suspension from the police force. They were previously commandos with Bukit Aman’s Special Action Squad.

Lawyers well versed in criminal procedures said it was best for counsel to obtain consent from the client to determine if their services were still needed.

“Clients may want to change their lawyers and that is their right. Lawyers cannot assume that clients want to retain their services,” said a counsel who declined to be identified.


Normally, a criminal appeal would not proceed if the respondent was absent.

The public prosecutor would apply for a warrant of arrest from the appellate court to locate the respondent and bring him to court. If this failed, the court will strike out the public prosecutor’s appeal.

An example is the case in November 2010 where the Court of Appeal upheld the acquittal of two former bodyguards of a businessman accused of murdering a Chinese teenager.

On September 20, 2005, the High Court freed Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli and businessman Koh Kim Teck of the murder of Koh’s nephew, student Xu Jian Huang, 14, at a bungalow in Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, in 2004.

The court had earlier struck out the prosecution’s appeal against Koh’s acquittal following its (the prosecution’s) failure to produce the businessman in court on several occasions.

Since Koh could not be located and was acquitted, both Resty and Najib were also freed.

During the 36-day trial, the prosecution’s case was that the boy was tortured and then murdered for stealing RM30,000 belonging to his uncle.


In Altantuya’s case, the public prosecutor filed its petition of appeal on January 3 by revealing in detail, the grounds it intended to pursue to reverse the acquittal of Sirul and Azilah.

Among them is that the conviction of the two police commandos should remain intact even without the testimony of the prime minister’s aide-de-camp, DSP Musa Safri, as he was only a peripheral figure in the case.

The Court of Appeal had ruled on August 23, 2013 that the prosecution’s failure to call Musa had weakened Putrajaya’s case against the two cops.

The prosecutors had listed five other reasons the three-man Court of Appeal bench was wrong, in law and facts, to allow the cops to escape the gallows.

The policemen had been found guilty of murdering Altantuya at Mukim Bukit Raja in Shah Alam between 10pm on October 19, and 1am on October 20, 2006.

Both were convicted and sentenced to death but on August 23, 2009, the Court of Appeal allowed their appeal and set them free because of a lack of evidence. – tmi


Sebelum PRU-13 BN janji bayar RM150 tapi kini tinggal RM100 saje...

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

INI LAH LAWAK JENAKA DARI PASUKAN PERUNDANGAN NEGARA YANG AKAN MASUK BERTANDING MENTOR MINNGU INI.APA MACAM MESTI BOLEH MENANG.KALAU TAK MENANG KENA BOM SIJIL LAHIR AKAN DIMUSNAHKAN KAKAKKKAKKAKAKAKKAKKAAKK