04 January 2014

Guan Eng minta SPRM siasat pembelian Mercedes KM...


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilaporkan sebuah portal berita berkaitan pembelian Mercedes-Benz  S300L oleh kerajaan negeri itu untuk kegunaan rasminya.

"Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan saya kepada SPRM kerana kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tegas Lim, beliau tidak akan mempersoalkan SPRM mengapa tiada siasatan dijalankan ke atas kerajaan BN yang membuat pembelian yang serupa tanpa diskaun 55 peratus.

"Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urusniaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz (itu) telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah," katanya.

Menurut Lim, beliau telah mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana mendakwa tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’.


"Mereka tidak mendapat diskaun 55 peratus untuk 14 buah kereta Mercedes (itu), tidak seperti diskaun 55 peratus yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz," tegas Lim yang juga setiausaha agung DAP.

(Aiya Guan Eng, sapa cakap lia olang tatak dapat diskaun??? Diskaun ala dapat ma,tapi lu faham2 saja lo, mana itu luit diskaun sudah masuk...TS)


Lim mendakwa hanya di Malaysia akan disiasat oleh SPRM kerana membeli kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat.

Tetapi dakwanya lagi, SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat.

Kerajaan negeri, tegas Lim, telah membeli Mercedes Benz S300L itu pada harga RM298,263.75 dengan diskaun sebanyak 55 peratus atau RM358,954.25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbanding dengan harga asal RM657,218.

"Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara," tambahnya.

Menurut Lim, laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan wujud pembaziran dan salahlaku yang berjumlah RM6.5 bilion termasuk:

- Peralatan pasukan polis yang bernilai RM1.3 juta hilang termasuk 156 gari, 44 pucuk senjata dan 29 kenderaan.

- Jabatan Penyiaran membeli 20 jam dinding pada harga RM3,810 iaitu 38 kali ganda lebih mahal daripada anggaran harga pasaran sebanyak RM100 dan tiga mesin pengimbas A4 pada harga RM14,670 setiap satu unit, lebih 70 kali ganda daripada anggaran harga pasaran sebanyak RM200;

- Jabatan Kastam telah menghapuskan kasut yang bernilai RM600,000 yang dibeli kerana tidak sesuai dengan pegawai mereka;

- Bangunan haram Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen kerajaan negeri Melaka yang dibina atas tanah swasta, yang akhirnya melibatkan kos tambahan RM10.8 juta untuk memberi pampasan kepada pemilik tanah, ditambah lagi kos tambahan RM40 juta pada kos bangunan yang telah melonjak kerana kelewatan;

- Kementerian Belia membelanjakan RM3 juta secara mewah untuk sambutan Hari Belia Kebangsaan, termasuk RM1.6 juta untuk membawa kumpulan K-Pop dari Korea;

- Kos tambahan RM1.3 bilion ke atas projek Empangan Bakun yang bernilai USD2.3 bilon dan membayar USD133 juta (RM430 juta) sebagai gantirugi kepada dua kontraktor asing bagi kerugian yang ditanggung akibat kelewatan sehingga empat tahun dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.

"Tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila wang rakyat dijimatkan oleh kerajaan Pakatan. Ini benar-benar Malaysia Boleh!" tegas Lim.-
malaysiakini

Mecerdes CM Lim Guan Eng yg mereka kalutkan.... Jom buat kira- kira...

Orang kata dah berhari-hari TV3suku dok main pasai kereta Mercd Guan Eng. Saya tanya kenapa pergi tgk berita 'gila' yg tak ada 'standard' tu. Kalau saya skg berkhidmat di unit berita di TV3, 200% akan letak jawatan...malu saya.

Kamu tengok Robin Hood Terengganu pakai kereta apa ketika bantu rakyatnya,kereta yg dipandunya itu bernilai RM 300 ribu lebih. Kereta Exco2 Terengganu memakai E Class, Ketua Menteri Sabah juga mempunyai pelbagai kereta antaranya Range Rover sebagai kenderaan rasmi. Ketua Menteri Sarawak menaiki Rolls-Royce.  

Sebab itu kita jgn jadi pemikiran kekampungan sgt. Ini zaman teknologi. Kalau kamu tonton TV3, bukan sahaja pemikiran di jajah tetapi akan ke belakang 20 tahun. Skg zaman teknologi semuanya ada di hujung jari anda.

Lagipun itu bukan kereta LGE, itu kereta kerajaan...esok2 kalau Hashim Anang jadi Ketua Menteri Pulau Pinang...dia juga akan naik kereta tu...jadi pedulikan berita yg tak bawah faedah ini. 

Yg Ketua Menteri tiap kali naik kapal terbang KL-PP naik kelas Economy, naikkan elaun guru agama, negeri yg beri peruntukkan terbesar utk Islam, beri saguhati kepada penghafal tahfiz, anak dia tak mampu beli rumah RM 110 juta TV3suku tak mahu hebahkan. 100 kebaikkan dia buat langsung kamu tak mahu cerita...

Macam rumah PM di Putrajaya, kata Mahathir dulu itu bukan rumah saya. Selepas saya tak jadi PM, PM yg baru nanti akan duduk sana. Kes RM 200 juta (kediaman PM) dgn RM 200 ribu (Kenderaan KM)...mana 'standard' pengarang berita'nya apabila nilai RM 200 juta langsung tak ada nilai berita tapi kes RM 200 ribu depa hari2 dok main di TV...f/bk


Kalu RM298 ribu dikatakan membazir, Najib dengan jet eksekutif baru tu, binatang apa pulak...

Jika Guan Eng membazir, bagaimana pulak dengan yang disenaraikan ini...???

Merc RM657 ribu tapi dibeli dgn RM298 ribu kira oklaa tuu. Jumlah kerajaan negeri BN/Pusat bakar mercun seluruh negara sambut tawon baru... hampir setengah juta RM, dalam masa beberapa minit saja tapi kereta boleh pakai 20 tahun.

Pembaziran yg ni sapa boleh tolong jawab... Utusan ke TV3?


Ketika Lim Guan Eng dibantai kerana membeli kereta Mercedes dengan diskaun 55%, Najib pula tengah menikmati jet eksekutif kedua yang dibayar oleh wang rakyat. 

 

RASUAH, KETIRISAN dan SALAH GUNAKUASA

1.Skandal PKFZ RM12 Bilion.
2.Skandal Baikpulih Kapal selam RM500 Juta.
3.Skandal Sime Darby RM964 Juta.
4.Skandal Paya Indah Westland RM88 Juta.
5.Skandal duit hilang PosMalaysia RM230 Juta.
6.Pembaziran Pembelian Eurocopter RM1 Bilion.
7.Stadium Terengganu runtuh RM292 Juta.
8.Kos baikpulih MRR2 RM70 Juta.
9.Skandal Maybank utk BII RM4 Bilion.
10.Rasuah utk Pelancongan NYY RM10 Juta.
11.3 lukisan MAS beli utk pejabat Munir RM 1.5 Juta.
12.Overpayment Kem. Belia & Sukan RM8.4 Juta.
13.Kompleks Sukan London - RM70 Juta.
14.Baikpulih MATRADE RM120 Juta..
15.Pampasan jambatan bengkok RM257 Juta.
16.Kerugian menjual Augusta RM510 Juta.
17.Harga Kapal Selam RM4.1 Bilion.
18.Limbungan Kapal TLDM RM6.75 Bilion. .
19.Tukaran asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion.
20.Royalti Terengganu 2004-2007 RM7.4 Bilion.
21.Perwaja Steel RM2.56 Bilion.
22.Skandal Bank Islam RM700 Juta.
23.Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 Juta.
24.Skandal perkakas ICT sekolah RM2.21 Bilion.
25.Komisen pembelian Jet dan Kapal Selam utk Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd RM910 Juta.
26.Pembaziran pembinaan Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Pembatalan jambatan Malaysia-Singapore RM1.3 Bilion.
27.Pembelian dakwat kekal utk PRU RM2.4 Juta.
28.Pampasan 20 sykt lebuhraya 2006-08 RM38.5 Bilion.
29.Suntikan utk selamatkan LRT-Putra RM4.5 Bilion.
30.Suntikan utk selamatkan LRT-Star RM3.3 Bilion.
31.Subsidi Petronas sejak 1997 pada IPP RM30 Bilion.
32.Subsidi kerajaan kepada IPP RM17 Bilion.
33. Kena saman/rugi/seleweng kjaan BN Kedah – RM430 juta
34. Skandal Lembu Kondo NFC RM250 juta
(Cukup dulu… dah panjang...) - f/bk


Pegawai Kewangan Pulau Pinang perjelas fitnah pembelian Mercedes


Guan Eng welcomes MACC probe on Merc...

Penang Chief Minister Lim Guan Eng continues to battle public queries on his latest purchase of a Mercedes-Benz for official use by welcoming any proposed investigation by the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC).

"Whether MACC will eventually investigate or not, full cooperation will be given to the commission as the state government is clean and I have nothing to hide," said Lim at a press conference today.

"I will not be asking MACC why no investigation was conducted on BN governments who made similar purchases without the 55 percent discount," he quipped.


"I am certain that MACC will find that the Penang government is as clean as a whistle as the whole transaction of purchasing the Mercedes Benz was handled by the state financial officer Mokhtar Mohd Jait, who has abided by proper and legal procedures with valid documentation," he added.

Lim was responding to a report in news portal FZ.com yesterday, quoting sources that claimed the commission has started a probe on the state's purchase of the 2012 Mercedez-Benz S300L.


The report alleged that MACC is trying to establish a link between the purchase from Lowe Motors Sdn Bhd and tycoon Tan Kok Ping, who is believed to have a stake in the company.


Tan has often been accused of having a "privileged relationship" with the state, and especially with Lim, however when the former's company, General Accomplishment Sdn Bhd, was charged RM30,000 by the court for illegal clearing on Bukit Relau, the CM had appealed for a higher sentence to punish the culprits.


A source within MACC told Malaysiakini that no such probe has been initiated, while the commission has denied that it had issued any statement regarding the matter.


Lim and Mokhtar have strongly defended the purchase of the car, but the chief minister has been labelled a hypocrite as he had previously criticised the Terengganu government for buying 14 Mercedes E200 at RM 245,000 totalling RM3.43 million, in 2008.


"I criticised them because they were not value for money. They did not get a 55 percent discount for the 14 Mercedes, unlike the 55 percent discount obtained by the Penang government when purchasing one Mercedes Benz," Lim later explained.


Probed for saving public money?

Lim said only in Malaysia will buying a car with a 55 percent discount and saving public monies be worthy of being probed by the MACC.


However, it is not worthy of investigation when buying at higher than market price and wasting public funds, Lim mocked.


The state government was dragged into the spotlight when it bought the Mercedes Benz S300L for RM298,263.75, at a 55 percent or RM358,954.25 discount and with tax exemption from the original price of RM657,218.00.

Lim mocked further that he is not surprised that MACC would probe the state government for saving money amounting to RM 358,954.25 while letting off those who buy at marked-up prices, as exposed in the annual Auditor-General's Reports.


He cited the latest 2012 Auditor-General's Report that exposed malpractices involving at least RM6.5 billion, including wastage of public monies.


Lim then rapped the MACC for not acting on such  wastage of public funds that involves a BN government, but takes a different approach when public monies are saved by a Pakatan Rakyat government.


"This is really Malaysia Boleh!" Lim exclaimed.- malaysiakini



RM100k Mercedes discount not only for Lim...

A generous RM100,000 discount on a Mercedes Benz S300L for Penang Chief Minister Lim Guan Eng has raised questions whether it was in exchange for favours.

No, said a dealer. The offer, he revealed, was not exclusively for Lim.


The discount is part of Mercedes-Benz's year-end offers and stock clearance exercise to anybody who buys a 2012 model of the Mercedes Benz S Class vehicle, The Star quoted an unnamed dealer a saying.

"The discount is offered to anyone, including individual buyers, as long as the 2012 stock is still available," the MCA-run English daily quoted the dealer as saying.


However, he said, that offer does not apply to the newer models.


The Penang government had on Dec 31 last year, announced the purchase of a Mercedes Benz S300L, which will be the chief minister's new official vehicle, for RM298,263.75.


State financial officer Mokhtar Mohd Jait defended the purchase, saying the original price was RM657,218 but the state was given a tax exemption and a discount of RM100,000.


He also confirmed later that the Mercedes Benz S300L bought for Lim was a 2012 model.-malaysiakini


Macam harga kat Food Court aje...

Terbaru - harga gas naik...


cheers.

No comments: