28 January 2014

Bekas ADUN Kajang - Gua mau kasi PR lagi kuat ma...


Saya letak jawatan untuk kukuh Pakatan Selangor, kata Adun Kajang...

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan hari ini mengatakan beliau mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.

"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang."

Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun satu lagi sumber mengatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bakal mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.

Surat peletakan jawatan Lee diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh hari ini.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : SELANGOR

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.25 - KAJANG
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LEE BAN SENG BN12,747
2. MOHD KHALID BIN KASSIM BEBAS83HILANG DEPOSIT
3. MOHAMAD BIN ISMAIL BERJASA1,014HILANG DEPOSIT
4. ONG YAN FOO BEBAS85HILANG DEPOSIT
5. IR. MOHD IWAN JEFRY BIN ABDUL MAJID BEBAS249HILANG DEPOSIT
6. LEE CHIN CHEH PKR19,571MENANG
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:38,965
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:541
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:34,290
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:34,432
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:142
PERATUS PENGUNDIAN:88.40%
MAJORITI:6,824

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. 

The Star Online melaporkan pagi ini Abdul Khalid sudah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat.

Laporan yang memetik sumber dalaman PKR itu menyebut Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini.

Mereka berkata, Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, kedua-dua Abdul Khalid dan Anwar menafikan laporan itu.

Peletakan jawatan Lee sebagai Adun Kajang menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Lewat petang tadi Abdul Khalid mengatakan beliau bersedia melepaskan jawatannya sekiranya PR sudah mencapai konsensus mengenai penggantinya.
    
"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di Kuala Lumpur, hari ini. 

Selepas pilihan raya umum ke-13, PKR hanya mendapat 14 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi. – TMI

Singkir Khalid - Jangan rugi segantang laba secupak!!!

Anwar Ibrahim bakal masuk UMNO???

Khalid: Tukar MB mesti mendapat konsensus PR, seterusnya mendapat perkenan Sultan.


Surat peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.

Kajang assemblyman says his resignation will strengthen Pakatan Rakyat...

Former Kajang state assemblyman Lee Chin Cheh said today he had resigned from his position for the greater good of Pakatan Rakyat in Selangor.

Lee, who became a state assemblyman for the first time following the 13th general election last year, thanked the Kajang voters for their trust in him.

"My decision to vacate my position is to help strengthen Pakatan Rakyat's capabilities in Selangor so that they can serve the rakyat better," he told The Malaysian Insider.

"I humbly thank the people of Kajang for the trust and faith they have shown to me when they voted for me to represent them."

A source from PKR revealed that Lee had stepped aside so that de facto party leader and Permatang Pauh MP Datuk Seri Anwar Ibrahim could contest the seat.

"A win for Anwar will enable him to replace Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim as the Selangor Menteri Besar," the source said.

However, another source had a different version of events, saying that PKR strategy director Rafizi Ramli would contest the Kajang state assembly seat.

Lee's resignation letter was handed over to Selangor legislative speaker Hannah Yeoh today.

Lee, 42, is a lawyer and former Gerakan member of 10 years before he switched allegiances.

The former Petaling Jaya town council exco member had succeeded the popular Lee Kim Sin as the Kajang state assemblyman in the 13th general election.

In the May polls last year, Lee garnered 19,571 votes, defeating Barisan Nasional candidate Lee Ban Seng, who received 12,747 votes.



Under the law, the Election Commission has to call for a by-election for the Kajang state assembly seat within 60 days of Lee's resignation.

The Star reported this morning that Abdul Khalid had agreed to resign as the Selangor Menteri Besar in the near future. The report quoted a PKR source as saying that Abdul Khalid was expected to announce his decision on Wednesday.

Speculation is rife that Anwar will replace Abdul Khalid as the Menteri Besar. However, both men have denied the report.

Lee's resignation as the Kajang state assemblyman has merely strengthened the speculation.

Earlier this evening, Abdul Khalid said he was prepared to resign as the Selangor Menteri Besar if Pakatan Rakyat had reached a consensus about his successor.

"I can withdraw if the party has identified my successor, but until now, there has been no discussion about the issue," he said.

In the 13th general election, PKR won 14 state assembly seats compared to 15 each for DAP and PAS.- tmi

Change of MB needs Sultan’s accord and Pakatan endorsement

Ini yang buat macai UMNO Penang marah lagi...

Jom TURUN sokong membela nasib petani2 pada 02.02.2014 bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah.

Sapa dah main game kangkung? Ikuti di sini...

cheers.

No comments: