02 January 2014

Rakyat sambut tahun barang naik di Dataran Merdeka, Najib sambut 2014 di Sydney dan L.A......

 

Najib,Rosmah bercuti ke LA, Sydney ketika rakyat sambut 2014 tahun harga barang naik...
  
Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya pada 30 Disember lalu menimbulkan soalan ke mana perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru.

Dalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.

“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.

Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).
 
Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.

“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.

“Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.

Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.

Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.

Editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.
 
Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.
 
Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
 
Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.

Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.- f/bk
  
 
Najib Not Here to Hear on New Year Day...

While the protestors, be they for or against the government, may be demanding this and that, they should know that the man who could make things happen, i.e the Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, is not here to hear their demands firsthand.

He will be abroad for the New Year celebrations. Despite an earlier denial by a member of his Communication Advisory Group (CAG), the PM is indeed abroad.

A Kedai Kopi Assembly (KKA) regular said he left soon after Christmas celebrations in Penang and is not due back until Jan. 5.

Some readers and commentators may consider this article a gossip and “fitnah” (libel/slander) or even sacrilegious. But the following is the sequence of event to drive home my point.

1. In the posting entitled “Wanita Chief and the Grandmaster” on Dec. 11, a debater going by the name of Zainol, had, among other things, commented: “…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri…Mereka terbang dari LA ka Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ka Les vagas untok tengok kalimkedua matahari naik. sebab Amerika satu hari lambat dari Australia.”
 

2. I asked a member of the CAG via SMS if this is true. The response: “NO!!!..” which I duly posted in the comment section of the posting entitled “Suspending Newspapers May Not Be The Answer.”
 

3. I then made the following notation: “Jadi, kalau ikut penasihat CAG itu, berita/dakwaan PM akan bercuti di luar negara pada tahun baru tidak betul. Tetapi tahun baru masih 7 hari lagi.”

4. Today, on the advise of the CAG member (one who denied the PM was going abroad) I sent the following SMS to the PM’s Press Secretary, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad: “Salam Tengku. This is akj. I have published a denial that the PM and wife are going to sydney and las vegas on the new year’s eve. The source asked me to confirm with you. Tq.”

5. He replied “Dato.. PM is on leave and overseas.” (So the CAG member was wrong!)

6. Just to be absolutely sure and not be accused of gossiping, libelling and slandering, I sent another SMS to Tengku Sharifuddin: “Sorry, I assume he will not be around for the new year. Tq.”
 

7. His response: “Overseas on leave. Dpm will be around.”(Good luck Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Tired or not our well being is in your hand for the next few days.) 

8. Just to be super sure that I wasn’t missing anything, I asked two very senior newspaper editors, one of whom is also a member of the CAG, via SMS: “Sdr, akj here. Was there official announcement that the PM is on leave abroad? For my blog. Help appreciated. Tq.”

9. One responded: “No. I don’t think so. Don’t quote me plse.”
 

10. My response to him; “…May I say, a newspaper editor said no official media statement to that effect? Tq.”

11. He replied: “Ok.”

12. To be fair to all, I shot another SMS to Tengku Sharifuddin: “So the allegation that he might be in sydney and las vegas to see the sunrise on the new year could possibly be true. Someone from the CAG said pm wasn’t going abroad. I have to clarify in my blog. Anything u would like to add? Tq.”

The PM was also away at this time last year. But he is not alone. Many other ministers are also out of the country.

So if this is a gossip, a libel and a slander ( as I have alleged), I am willing to have debaters and visitors departing this blog in droves and not ever again commit sins by debating here as many a pious Muslim has been warning us lately. - The Scribe A.Kadir Jasin




Polis mohon maaf atas gambar 'anggota DBKL cedera' ketika perhimpunan Turun...

Gambar kononnya seorang anggota PGA atau DBKL yang disebarkan oleh macai UMNO semalam bukanlah gambar dari dataran, dari maklumat yang diterima dari abang mangsa: gambar tersebut adalah gambar adiknya yang ditetak oleh Lelaki India di Damansara Damai!

Laman sosial facebook macai UMNO tersebut, ANTI Semua Salah UMNO, menyatakan kononnya seorang anggota DBKL cedera teruk di bahagian kepala hingga bercucuran darah seluruh badan terkena batu yang dikatakan dilempar oleh peserta perhimpunan guling kerajaan di Dataran Merdeka malam tadi.

Kemudian pihak polis telah menggunakan gambar tersebut untuk dimuatnaik di dalam facebook Polis Diraja Malaysia dengan mendakwa lelaki yang berdarah itu sebagai salah seorang anggotanya.

Namun kemudian pihak polis telah meminta maaf di atas kesilapan (yang disengajakan?) memuatnaik gambar tersebut.



Sementara itu, tuan empunya badan Zoul Hellme Mustafar di dalam facebooknya bahawa beliau akan membuat laporan polis kerana gambarnya telah disalah-gunakan.

Saya tuan punya badan..yang mana sesuka hati membabit kan sy dlm hal2 perhimpunan haram, saya akan buat report polis.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan... bagaimana fitnah menjadi budaya macai UMNO yang kemudiannya pihak polis juga terlibat sama.

Kebenaran tetap terdedah dan mengalahkan fitnah dan kebatilan. Si Pemfitnah akan tetap menerima hukumannya di dunia dan di akhirat.- gb


Gambar Anggota PGA atau DBKL yang tersebar semalam bukanlah gambar dari dataran, dari maklumat yang diterima dari Abang Mangsa. Gambar tersebut adalah gambar adiknya yang ditetak di Damansara Damai...
 
Police apologises over 'injured cop' picture...

The police have apologised for uploading a picture of an injured man that it assumed was a police officer on duty during the anti-price hike rally at Dataran Merdeka last night.

The force’s official Facebook page yesterday uploaded a picture of a man with a head injury who was bleeding profusely, but the picture was denounced by many netizens who pointed out that it was inconsistent with the police’s own statement that the three officers injured on duty yesterday were only injured on their arms.

“We apologise for our carelessness in uploading a picture assumed to be a police officer who got injured while on duty on New Year’s Eve,” it said in a short statement today.

“PDRM has no intentions of making the situation any worse,” it added.

It went on to say that police officers were “normal humans” who are “prone to mistakes”.

“We can’t run away from making mistakes but we will always improve our weaknesses,” it said.

The source of the picture remains unverified but it is believed that picture was circulated within Facebook after an individual claimed that the injured man was a General Operations Force member.- malaysiakini


Kurang RM1,698 untuk hiburan bulanan.Lagi RM6.8billion...


cheers.

No comments: