17 January 2014

Hang sapa Azmin? nak pecat MB Khalid...


Azmin dan penyokongnya cadang Khalid dipecat daripada jawatan MB Selangor...

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila timbalan presiden parti Azmin Ali dan penyokong mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.

Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin berkenaan penyingkirannya daripada lembaga pengarah PKNS, namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Anwar di ibu pejabat parti.

"Saya tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana perkara-perkara lain tetapi saya diberitahu perkara itu," kata Exco Selangor Elizabeth Wong yang juga ahli MPP kepada The Malaysian Insider.

Sorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.

"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha akhbar Khalid,  Arfa'eza Aziz memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga ada mendengar cadangan yang dibuat pada mesyuarat itu.

Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.

Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.

Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.

"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.

Anwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.

Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.

Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.

Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat. Namun pejabat MB  mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.

Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.

Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya. – TMI


Azmin propose to sack Khalid as Selangor MB...

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nearly lost his job two nights ago but PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim rejected the proposal from party deputy president Azmin Ali and his supporters angry over the latter's removal from the board of state developer PKNS.

The Malaysian Insider understands the proposal was hotly debated at the central leadership council meeting on Wednesday night.

Khalid is not a member of the party's decision-making council chaired by Anwar.

"I didn't attend the meeting last night because of other matters but I was told of the matter," Selangor executive councillor Elizabeth Wong told The Malaysian Insider.

Another central leadership council member confirmed that Azmin proposed that PKR fire Khalid as menteri besar but Anwar rejected it.

"The proposal was hotly debated during the meeting but Anwar ultimately rejected the idea of dismissing Khalid," he said.

Khalid's press secretary Arfa-eza Aziz told The Malaysian Insider that they had also heard about the proposal forwarded at the meeting.

Khalid is serving his second term as menteri besar although PKR only holds 14 state seats while its partners, DAP and PAS, hold 15 seats each in the 56-seat assembly after the 2013 general election.

But the popular Khalid holds no party posts while Azmin is Selangor PKR chief. Both are seen as Anwar's confidantes but are also political rivals in the party, which is due to hold elections soon.

Azmin has been in the headlines recently after being relieved of his position on the Selangor State Development Corporation (PKNS) board recently.

Sources said Azmin's dissatisfaction at being removed from the PKNS board was the main reason he suggested that Khalid be sacked as the Selangor MB.

Anwar ticked off the state government yesterday for removing Azmin from the PKNS board, saying the party deputy president was meant to serve there until 2015.

However, Khalid has clarified that neither he nor the state executive council had ever decided to remove Azmin.

"The decision was made by the PKNS general manager Othman Omar," Khalid said.

Anwar has disputed Khalid's statement, saying Azmin's removal was invalid as only Khalid and the state exco had the authority to remove PKNS board members.

State officials said Othman had sent a letter to Azmin on January 8 informing the latter of his removal from the PKNS board.

The letter had been sent because the exco paper which had been sent to PKNS did not contain Azmin's name on the list of the board of directors.The column for Azmin's name had been left blank.

The state exco had only decided to enter two names, Iskandar Samad from PAS and DAP's Datuk Teng Chan Khim.

The third name was absent from the exco paper, they said.

But based on the paper they had received, PKNS presumed that Azmin had been fired from his position.

However, Khalid's office has disputed PKNS's move and acting without referring to the chairman of the board, who is the Selangor MB.

Khalid's office said there was a strong possibility that Khalid wanted to hold discussions with his party first before making any appointments.

He has now said the matter would be discussed further without putting a deadline to decide Azmin's position in the board. –TMI

 
 Sebelum tidur, jangan lupa nikmati jus kangkung Najib, sambil layan lagu "Kangkung Remix feat.Najib"...

Pemuda Umno Dah Mengamuk, Beri Amaran Jangan Main Isu Najib Kangkung...


cheers.

2 comments:

Syed Amain said...

Salam.

PKR akan mengantikan MB Selangor dengan orang lain.bukan Azmin.Calon ya maseh belum di putuskan.

Kesalahan yang dibuat oleh MB Khalid banyak sekali sahingga menyebabkan ramai ahli ahli PKR berasa Khalid mesti di gantikan.

Tunggu dan lihat.
Mungkin ada by election untok state seat.

Anonymous said...

Masalah yang berlaku di Selangor adalah...

Seorangnya tiada Jawatan dalam Parti tetapi menjadi MB Kerajaan Negeri Selangor manakala yang seorang lagi Ketua Parti di dalam Negeri Selangor merangkap Timbalan Presiden Parti tetapi Tiada Jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor, maka terjadilah apa yang dikatakan Politik Haramjadah warisan UMNO.

Apakah ketidaknya si Azmin tu masih tebal dengan gene UMNO dan otaknya pun berfikir macam orang UMNO!!!