25 June 2015

PDRM - Contohi polis Australia bertindak cepat...


Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menggesa polis Malaysia segera bertindak menyiasat dakwaan sogokan dalam kontroversi pembelian hartanah di Australia yang melibatkan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Hanipa, yang juga seorang peguam, berkata ini kerana rakan sejawat mereka di Australia sudah melakukan beberapa serbuan sejak liputan kes itu mula tersiar.

"Hari ini dilaporkan polis di sana sudah membuat serbuan.

"Diharap polis di sini perlu bertindak cepat. Jangan setakat kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja.

"Kita harap polis akan menyiasat kes ini secara keseluruhan," katanya selepas mengiringi bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membuat laporan polis berkenaan kontroversi itu, pagi ini.

Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan pihak berkuasa Australia melancarkan beberapa serbuan di Melbourne susulan laporan kontroversi itu oleh akhbar The Age.

Polis Persekutuan Australia turut merampas beberapa komputer dan fail di sebuah rumah di Vermont South pagi ini, dan banyak lagi serbuan dijangka dibuat dalam operasi yang diberi nama Operasi Carambala itu.



Pemimpin PAS (dari kiri) Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas membuat laporan berhubung tuduhan salah laku pembelian sebuah pangsapuri oleh Mara di Australia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefly, 25 Jun, 2015.

Sementara itu, Dzulkefly dalam laporannya menggesa polis menyiasat pembelian hartanah di Australia yang dilakukan Mara.

Dalam laporannya, beliau percaya terdapat unsur jenayah seperti salah guna kuasa, pecah amanah, rasuah dan penipuan dalam uus niaga itu.

"Saya menggesa polis menyiasat secara terperinci dan mendalam berkenaan perkara di atas supaya mana-mana pelaku jenayah berkaitan isu pembelian hartanah di Melbourne itu dapat dibawa ke muka pengadilan," laporan Dzulkefly dipetik.

Kelmarin, akhbar The Age Australia mendedahkan Mara membeli sebuah pangsapuri pada harga RM65.2 juta walaupun harga sebenarnya hanya RM51.5 juta.

Lebihan pembayaran itu didakwa disalurkan kepada seorang pegawai atasan Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.

Pemaju di Australia pula didakwa mengeluarkan invois palsu dengan butiran "perkhidmatan jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia. – tmi


 Balun Duit MARA - Polis Australia Lancar Serbuan...

Polis Persekutuan Australia hari ini melancarkan beberapa serbuan di bandaraya Melbourne ekoran penyiasatan ke atas pembelian sebuah hartanah di Australia yang didakwa melibatkan seorang pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik Malaysia.

Menurut laporan The Age, pihak polis telah merampas beberapa komputer dan fail dari sebuah rumah di Vermont South dan beberapa hartanah lagi telah disasarkan untuk serbuan lain.

Operasi yang dinamakan Carambola itu, dilancarkan susulan penyiasatan oleh Fairfax Media mengenai satu skim penipuan hartanah yang didakwa membabitkan berjuta-juta dolar Australia.

Laporan itu berkata ini adalah kali pertama pihak polis melancarkan operasi besar-besaran seumpama ini.

Siasatan itu turut mendapat perhatian di negara ini apabila laporan The Age sebelum ini mendakwa ia turut membabitkan beberapoa individu dari Malaysia termasuk mengaitkannya dengan pembelian hartanah oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata siasatan akan dilakukan terhadap laporan terbabit dan berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam sidang akhbarnya pada Rabu pula berkata pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne oleh anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) mematuhi tatacara perolehan yang di tetapkan mengikut garis  panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Annuar berkata  Mara Inc  juga telah mula disiasat oleh unit audit Mara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak dua bulan lepas.

Beliau turut memberikan masa tujuh hari untuk Mara Inc mengemukakan ulasan bertulis mengenai perkara itu   dan dalam masa 14 hari lagi, sebuah mesyuarat khas Mara akan diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Akhbar Australia The Age sebelum ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" bagi Dudley International House, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah.



 Australian cops conduct raids over Mara scandal...

The Australian federal police is reported to be conducting raids in Melbourne over alleged property purchases linked to Malaysian politicians.
Australian-based daily The Age today reported authorities raided a home in Vermont South, Melbourne this morning and seized computers and files to aid in their investigation.


In addition, the report said several other properties are similarly targeted by police across the city.

The raid is part of their Operation Carambola to investigate a scheme allegedly “involving Malaysians using multimillion-dollar Australian properties to launder funds and return ‘kickbacks’ to Asia,” read the report.


The scheme allegedly involves Mara, and has elicited calls for its chairperson Annuar Musa (photo) to be sacked.   

According to The Age there is significant political interest in Australia over alleged corruption links in foreign property purchases in the country, but the raid is the first time the police had launched a full-blow operation.

The raid followed Australian media reports two days earlier claiming that Mara had purchased student flats in Caulfield, Melbourne, in 2013 at an inflated price of A$22.5 million (RM65 million), up from the market price of A$17.8 million (RM51.5 million).

The excess A$4.75 million (RM13.7 million) was then laundered out of Australia and was allegedly paid as bribes in Malaysia.

"The Malaysian firms that received the alleged kickbacks are closely linked to a senior figure at the Malaysian government investment agency, Mara.

"Another figure involved is a senior Malaysian official and former politician with close links to a Malaysian cabinet minister," said The Age in its earlier article.

Following the report, Mara chairperson Annuar Musa said he has no knowledge of any kickbacks or that the property was purchased at an inflated price.

As for the chairperson of Mara’s subsidiary Mara Inc, Mohammad Lan Allani who was implicated in the deal, Annuar said his fate will be decided soon.

"That will be decided by the Mara management soon.

"Mara Inc has seven days to write us a report and in two weeks, the Mara council will convene for a special meeting," Annuar told a press conference yesterday. - mk


Abdul Hadi jilat kahaknya yang terludah atas emas...

Semalam Abdul Hadi Awang, Presiden Pas yang baru diberi mandat secara "seraga ayam" telah membuat satu kenyataan ringkas lima perenggan yang memberi arahan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor (tak ingat nama), agar mengarahkan semua Adun PAS di negeri itu memberi sokongan kepada Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar untuk membolehkan Azmin terus memimpin kerajaan Selangor.

Menurut Abdul Hadi, arahan itu dibuat sebagai untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dibina atas rangka kepercayaan rakyat.


"Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama PAS dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat," demikian tegasnya.

Beliau juga menjelaskan arahan itu dibuat setelah menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam Pakatan Rakyat ketika ini dalam keadaan mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip dimana ianya perlu diselesaikan dengan adil.

Menurutnya, bagi PAS maufakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengikhtiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing dalam kalangan parti Pakatan Rakyat (PR).

Apa yang dimaksudkan Abdul Hadi keadaan mencabar itu apabila DAP telah mengumumkan Pakatan Rakyat telah mati, manakala beliau pula menganggap ia masih hidup. Justeru arahan itu bagi memulihkan keadaan dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Beliau juga menarik perhatian, kerjasama dalam PR adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya sempena muktamar tahunan PAS yang baharu sahaja berlangsung, yang menegaskan bahawa; “PAS akan terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.

Mendengar kenyataan dan sikap terbaru Abdul Hadi itu mungkin bukan sahaja saya yang bingung dan menggeleng-geleng kepala dengan telatahnya tetapi orang lain juga, termasuk para Adun PAS di Selangor. Boleh juga jadi Barak Obama dan Jokawi juga turut pening.

Mengapa saya berkata begitu... baca seterusnya...


 PKR main selamat selepas penceraian DAP-PAS...

Mendengar  kata-kata pemimpin de facto Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara supaya gabungan pembangkang bangkit seperti phoenix daripada abu, PKR kini sedang dalam usaha membuat pakatan baru dengan pihak yang berkongsi matlamat bersama menjatuhkan Barisan Nasional.

Naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Semut Harian yang parti itu mengekalkan pendirian “semua hubungan rapat”, sehingga keputusan akhir di capai di antara DAP dan PAS tentang kerjasama di masa hadapan.

“DAP telah menerima fakta yang ia telah mengeluarkan kenyataan terburu-buru,” kata MP Batu itu, merujuk kepada keputusan terbaru parti untuk memutuskan ikatan dengan PAS dan mengumumkan ‘kematian’ Pakatan Rakyat.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng  berkata yang parti itu hanya mengikut keputusan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini yang dilakukan  semasa penggulungan muktamar, walaupun kepimpinan pusat PAS yang kini didominasi golongan ulama kemudiannya menekankan yang keputusan masih belum disahkan oleh Majlis Syura dan jawatankuasa kerja pusat.

MP Batu itu antara pemimpin PKR yang menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh MP Tumpat Kamaruddin Jaafar di rumahnya pada 23 Jun, bersama beberapa orang pemimpin DAP dan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang dikenali sebagai G18.

MP Seputeh Teresa Kok kemudiannya berkongsi gambar perjumpaan tersebut dan ia mencetuskan khabar angin bahawa perbincangan lanjut sedang berlaku untuk pembentukan pakatan Pembangkang baru untuk menggantikan Pakatan.

Dalam catatan Facebooknya, Kok berkata yang pertemuan itu “memberikan harapan” kepada pembentukan Pakatan 2.0.

“Inilah kali pertama saya menyaksikan PAS yang progresif bersatu padu,” katanya.

G18 ialah kelompok pemimpin PAS yang semuanya ditewaskan dalam penentangan berdepan dengan  kelompok konservatif dalam pemilihan parti baru-baru ini dan sudah wujud cakap-cakap yang mereka sedang dalam proses menubuhkan parti baru, yang akan diumumkan tidak lama lagi selepas sambutan Aidilfitri.

Presiden NGO yang mempunyai kaitan dengan PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)  Phahrolrazi Zawawi juga baru-baru ini berkata yang ahli-ahlinya akan bergabung tenaga dengan pemimpin-pemimpin G18 untuk menubuhkan parti baru.

Apabila ditanya adakah PKR akan terpaksa memilih untuk bekerjasama dengan PAS atau mana-mana parti baru yang akan ditubuhkan, Tian Chua bagaimanapun berkata: “Jangan buat spekulasi. Tidak bagus buat begitu. Jangan masuk campur urusan orang lain.”

“Setakat yang kita (PKR) tahu, kita mahu bekerja dengan sesiapa sahaja yang menentang BN,” tekannya.


 

Antara pemimpin golongan progresif yang menghadiri majlis berbuka puasa itu ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, bekas ahli jawatankuasa kerja pusat Mujahid Yusof Rawa, bekas pengarah pemilihan parti Dr Hatta Ramli dan bekas ketua pemuda Suhaizan Kaiat.

Kepimpinan PAS kini yang didominasi golongan ulama di bawah teraju presiden Abdul Hadi Awang dikatakan lebih terbuka kepada cadangan pembentukan kerajaan bersatu Melayu-Islam dengan Umno, tindakan yang ditolak oleh pemimpin kelompok progresif yang juga merupakan pro-Pakatan Rakyat.

Dengan kehancuran Pakatan Rakyat dan tambahan pula kedua-dua DAP dan PAS kelihatan  telah bersetuju untuk terus bekerjasama dengan PKR- nampaknya parti itu mempunyai kelebihan untuk menentukan masa depan pakatan Pembangkang Malaysia.

Ini meletakkan PKR dalam kedudukan penting untuk menentukan parti mana akan terus kekal dan parti mana akan disingkirkan, memandangkan PAS dan DAP nampaknya sudah tidak boleh berkerjasama lagi.

PAS juga nampaknya sukar untuk bekerjasama dengan PKR jika parti itu memilih untuk menerima serpihan PAS sebagai rakan pakatan.

Mungkin memikirkan perkara ini PKR dengan berhati-hati telah berkata yang ia terbuka untuk berkerjasama rapat dengan pihak lain selain parti politik sedia ada bagi membentuk masa depan baru.

Dalam kenyataannya yang menerima kehancuran Pakatan, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata yang parti itu akan mencari rakan strategik baru terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin yang berpengaruh.

Walaupun PKR masih menahan diri daripada melakukan keputusan sukar untuk memilih, semakin menarik untuk terus diberikan perhatian kepada tindakannya dalam masa terdekat , jika semua usaha untuk mengekalkan Pakatan gagal.-
Alyaa Alhadjri,theantdaily


With the arrest of Xavier "Najib and all involved in the 1MDB are now vindicated." Vindicated of what...

There is a ripple of excitement in Najib's camp at the arrest in Ko Samai on Monday of Xavier Andre Justo  - that  former official of PetroSaudi International Ltd. Xavier has been charged with attempting to blackmail and extort PetroSaudi International Ltd.

And (I almost forgot) ...Xavier is also said to be involved in an attempt to discredit the Malaysian Prime Minister, Najib Razak! 

And so, "they" told us,  with the arrest of Xavier "The PM and all involved in the 1MDB are now vindicated."

Vindicated of what? Vindicated of playing with himself?

Is Najib now vindicated of not being involved in her murder when the two UTK operatives were convicted of murdering Altantuya?

Is Najib vindicated of not persecuting Anwar Ibrahim for his political advantage when Anwar was convicted of Sodomy Two?

What about Rosmah's use of the Government Jet for her trip to Dubai? In the eyes of the Rakya was Najib vindicated of any abuse in using the Jet for his wife  when it was revealed that it was the joint decision of the Malaysian Cabinet that she should do so?

And we are told that Najib and Rosmah did NOT spend millions on their daughter's wedding nor were they paying for the subsequent trip to Kazakstan by many many guests as the groom was generous enough to foot the bill. Again in the eyes of the public, was Najib vindicated of the accusation that he was irresponsible in holding such a hideously over the top extravagant wedding for his daughter when the country and its people are in dire economic straits?

What about when he did not turn up for that "Nothing to Hide" forum because he said the IGP advised him against doing so as there was a credible threat to our national security? Has Najib been vindicated for doing the right thing or has he instead been vilified for being a coward?


Now let us go back to the arrest of Xavier. We are told :

All detractors who made their baseless and vile accusations against the PM and 1MDB must now retract their statements and apologise for not verifying the information they sourced from Sarawak Report.

According to the NST, “some of the emails and documents published on the blog were found to be tampered with, bringing into question the veracity of these allegations.”
The amount of damage on the prestige, reputation, and international standing of our country, our Prime Minister, our economy, and all individuals/organizations accused in this bizarre plot is colossal.

Action should be taken against all individuals, news agencies, writers who have done irreparable damage because of their footloose and irresponsible accusations.

As any citizen is ready to assume that anything on the Internet is truth shows the shallow mentality and the complete absence of thinking skills.

That writers can churn out article after article, slamming the government without checking on the veracity of the purported documents in the Sarawak Report is a disgrace to the media world.

It does not take much effort to check the forensics of those documents or to verify the information via a simple phone call.


It does not take much effort to check the forensics of these documents or to verify the information via a simple phone call?  
A simple phone call to whom?

To Najib or to the CEO of 1MDB.

If the CEO of 1MDB will not front up for PAC do you think he will entertain a phone call from me? Why me? Because I am also one of those who have hantam Najib over 1MDB. And I do so not because I know the full facts about 1MDB - we will not know the whole truth until history tells us so - but I hantam Najib on 1MDB because of his past record - as itemized above and by no means are these the only reasons I have gone hammer and thongs at Najib.

There is FGV, Permata, Saiful and a host of other instances when all he has done is to lie to us through his teeth and then went on to do what he wants to do for personal gain and profit of his sahabat and cronies.

The arrest of Xavier is just that : an arrest!

Let an open court decide the veracity of the charges laid against him - including being part of a plot to discredit the Prime Minister of Malaysia. How much more can Xavier discredit Najib Razak? Isn't Najib Razak already neck deep in fertilizer?


But nevertheless we are told that...

"An international cyber-security firm, Protection Group International (PGI) hired to conduct an in-depth investigation into the source of the data published on the Internet, as well as verify its authenticity revealed there is clear “evidence of the systematic theft of confidential company data by Justo prior to his departure from PetroSaudi” and that the “data was tampered with after it was stolen from PetroSaudi. It was believed that much of this tampered data subsequently appeared on Sarawak Report (SR) and served as the backbone of the blog’s claims of impropriety against 1MDB.” 

Really? Another "international company" hired? Who paid for the company? We the Rakyat or the Prime Minister's Department (PMD)?.

If it the PMD then is not their money our money too?

And now Najib's supporters are telling us that Sarawak Report is totally discredited for what it has done to "expose" Najib's involvement in 1MDB because of Xavier's arrests! Ptui!

Show me court authenticated original documents from PertoSaudi International Ltd and then show me where the data published by Sarawak report differs from the original and then maybe we may have the start of my doubting the authenticity of what Sarawak Report has accused Najib of doing. Then and only then, NOT NOW, can you begin to discredit Sarawak Report.

1MDB is still a work in progress. I will wait for what an open court will tell us about Xavier, PetroSaudi International Ltd and 1MDB.

Until then Najib Razak and anyone else connected to 1MDB is not off the hook. I go by this logic : If Mahathir has come out with guns blazing for Najib Razak re 1MDB then there must be something interesting in 1MDB that 1MDB does not want us to know.  Tun Mahathir has far more resources, more contacts and more wither all at his disposal then me....so let us see where all this goes to

For now the 1MDB gun is still pointed at Najib's head! - husseinhamid,steadyaku47


Mat Maslan bila Ringgit jatuh kau tak peduli. Kalau RM jatuh macam mana pula...

Today 24 June the Ringgit is at  3.755 to the US Dollar.

How to make Mat Maslan understand that a falling Ringgit is bad for us? How to make the UMNO boys understand?

Ok lets try this. Bila orang America beli satu kilo daging ayam, dia bayar dengan duit sekeping saja.

Kalau Ringgit Malaysia jatuh lagi, untuk membeli satu kilo ayam, mungkin kita kena bayar dengan satu kilo duit kertas. Faham tak Mat Maslan? Kalau tak faham cuba lihat gambar ini :


 

Bila duit Zimbabwe jatuh, beli ayam se kilo dibayar dengan duit kertas berat se kilo.

I dont know how to dumb down further. Anyone here can pull the average down more than this? Falling Ringgit is good for chickens?

Two days ago, I believe the Ringgit hit RM3.80 to the US Dollar. I think Bank Negara has intervened to push up the Ringgit. Today the US Dollar is at RM3.755.  The Sing Dollar is at RM2.79.  

Bank Negara must be burning billions of our Foreign Exchange reserves in this futile attempt at artifically supporting the Ringgit. It is like that Gabrar Asset Management boys using public funds to support the price of their own shares before. Those crooks are still around  as well.

Here is one currency which is mucho grande against the Ringgit. The Chinese Yuan is now at 1.653 Yuan for each Ringgit.

It used to be THREE Yuan for every Ringgit. If you went to China or Hong Kong, our Ringgit could buy plenty of cheap Chinese products. Now the Yuan is at 1.653 to the Ringgit. Soon it will be 1 to 1 for Ringgit / Yuan. Our Ringgit is becoming paper lama. Like FGV shares.

There is no new productivity in our economy. Yesterday I was informed that the official figures show that there are FOUR MILLION legal foreign workers in our country.  There are another TWO MILLION illegal foreign workers.

But unofficially it is believed that there are EIGHT MILLION foreign workers in our country (legal, illegal, semi legal, close one eye etc).

And guess which State has the highest population figures? Selangor?? Ergggg. Wrong answer.

The correct answer is Sabah. First rate information from Sabah says the population of the State is 5.2 MILLION !!  And the vast majority have ICs  !!

It is the bribery at the border. The close one eye. Plus the UMNO cronies have the permits that allow them to bring in foreign workers. Satu Dato can get a permit to bring in 5000 workers or more.  I have met some of these people.  One fellow married a 20+ year old second wife.

So here is another reason why our Ringgit is falling. (Bab ini Mat Maslan IQ 3.85 susah sikit nak faham kut). 

If all these 8 MILLION foreign workers were rocket scientists, then our Ringgit will be higher than the US Dollar. This is NOT something we cannot achieve. Actually this can be done very quickly. -
syedsoutsidethebox



cheers.

No comments: