01 June 2015

Najib - Letak jawatan jika tak bersama...

 

Selepas beberapa menteri dilaporkan mempersoalkan kemelut 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan telah meminta anggota kabinet untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersama dengannya dalam perkara itu.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, Najib memberi kata dua itu dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu, selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.

Akhbar itu berkata portal dalam talian Malaysia-today.net juga melaporkan hal yang sama dan Utusan memetik sumber kabinet sebagai berkata tidak seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

“Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata laporan Utusan itu.

Di bawah pelan rasionalisasi yang yang diumumkan oleh Husni International Petroleum Investment Company ((IPIC) akan membayar hutang 1MDB sebanyak AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sebuah konsortium perbankan antarabangsa yang menuntut pembayaran empat bulan lebih awal daripada jadual.

Perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, akan menyaksikan hutang 1MDB dikurangkan kira-kira RM3.5 bilion dalam masa kurang dari seminggu.

Transaksi tambahan - di mana butirannya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang - akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM12 bilion dan RM12.5 bilion.

Pada masa yang sama, dua pembangunan utama di bawah 1MDB - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia - akan digunakan untuk mengumpul dana dan membantu membayar hutang syarikat berkenaan.- mk

 
 Take my way or highway, Najib tells cabinet...

 After some ministers reportedly questioned the 1MDB fiasco, Prime Minister Najib Abdul Razak has told his cabinet members to resign if they do not support him on the matter.

Utusan Malaysia today reported Najib gaving the ultimatum at the Cabinet meeting last Friday, after Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah presented the 1MDB restructuring plan.

Utusan said the online portal Malaysia Today last night also reported similarly and quoted Cabinet sources as saying that no Cabinet member voiced any opposition to Najib.

“The prime minister announced that any Cabinet member who was not with him on the 1MDB issue should resign.

"But nobody did (state that he or she was not with the PM),” the report says.

Under the restructuring plan announced by Husni (photo), UAE's International Petroleum Investment Company (IPIC) will pay 1MDB's US$975 million (RM3.57 billion) debt to an international banking consortium that is demanding payment four months ahead of schedule.

Debt to or be reduced

The deal with IPIC and its unit, Aabar, will see 1MDB's debt reduced by approximately RM3.5 billion in less than a week.

Additional transactions - the details of which the ministry said will be finalised in the coming weeks - will further reduce 1MDB’s debt by between RM12 billion and RM12.5 billion.

At the same time, the two major developments under 1MDB, the Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia, are to be used to raise funds to help pay off the company's massive debts.

The rescue plan is to separate TRX and Bandar Malaysia from 1MDB into independent entities. The two projects will then raise equity through third parties and channel the funds to 1MDB to service its debts.- mk


 1MDB Nak Tutup Tapi Berhutang Lagi...

Nak tutup (wind down) 1MDB?

Kalau nawaitu betul, “business model” bagus, harta banyak, juruaudit luar kata semua teratur, Lodin kata diurus dengan baik, tak ada siapa menipu, Jho Low tak ada kena mengena, tak bayar komisen berbilion ringgit dan tak ada duit lesap, sebab apa nak “wind down” 1MDB?

Takkan kerana dipertikai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipersoalkan oleh beberapa kerat blogger yang kutip berita dari tepi jalan (guna pakai ungkapan Encik Rizal Mansor), Perdana Menteri naik gabra dan nak tutup 1MDB?

Betul ka? Ini kita kena tanya jurucakap Kabinet mengenai 1MDB, Ahmad Husni Hazadlah. Itu pun kalau Ahmad Husni bercakap dengan atau atas persetujuan Kabinet.

Tapi surat khabar milik MCA, The Star kata, 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.

Kalau nak tutup, apa hal pula buat rancangan supaya para pelabur Abu Dhabi suntik AS$4.5 bilion (kira-kira RM16.4 bilion) ke dalam 1MDB untuk bayar balik hutang 1MDB sebanyak RM42bil itu?


Khadem al Qubaisi "kawan" Jho Low di IPIC kena lucut jawatan

Dua peminjam Abu Dhabi itu ialah International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unit pelaburannya, Aabar Investments. Inilah syarikat Arab yang jadi “rakan kongsi” Jho Low dalam urus niaga dengan 1MDB.

Jadi bukan tutuplah, tapi atur balik perniagaan supaya boleh terus berhutang untuk bayar hutang. Masih cerita gali lubang baru untuk timbus lubang lama.

IPIC dan Aabar akan beri hutang baru RM16.4 bilion untuk bayar balik sebahagian daripada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, termasuk dari IPIC dan Aabar. AS$1 bilion sudah pun dimasukkan ke dalam akaun 1MDB.


Gali lubang baru untuk timbus lubang lama...

Ikut berita The Star, 1MDB akan dipecahkan tiga, iaitu Tanah/Projek Tun Razak Exchange (TRX), Tanah/Projek Bandar Malaysia dan penjanaan elektrik  di bawah Edra Global Energy Sdn Bhd.

IPIC dan Aabar tentulah tak akan suntik RM16.4 bilion kalau tak dapat cagaran yang berharga atau saham yang berbaloi. Rasa-rasanya mereka mahu saham dan bukan cagaran. 

IPIC/Aabar Akan Dapat Saham Edra?

Maklumat tepi jalan kata, IPIC/Aabar mungkin mendapat hingga 49 peratus saham Edra Energy apabila disenaraikan atau dijual melalui pengeluaran persendirian.


Pangkalan TUDM Sungai Besi jadi Bandar Malaysia

Kita tidaklah mahu berburuk sangka dengan berkata mungkin duit RM16.4 bilion itu sebenarnya sebahagian daripada hutang 1MDB yang Dr Mahathir kata tidak dapat dikesan.

Tutup atau susun semula 1MDB tidak mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak-pihak yang mereka cipta 1MDB, khususnya Mohd Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Penyiasatan ke atas 1MDB wajib diteruskan. Alhamdulillah saya mendapat maklum daripada sumber-sumber tepi jalan yang rapat dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) bahawa banyak maklumat sulit sudah didapati.

Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB, termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga bahawa ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tangan. 


Orang Putih penasihat media Mohd Najib 

Agaknya kerana sebab itulah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tergesa-gesa memberi taklimat kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Shahrir Abdul Samad yang pernah jadi Pengerusi PAC. Shahrir adalah antara penyokong kuat Mohd Najib.

Arul Kanda tidak boleh jumpa PAC kerana kononnya berada di luar negara tetapi sampai saja di Kuala Lumpur beliau bergegas jumpa Shahrir yang khabarnya diiringi penasihat media Mohd Najib, Paul Stadlen.- a.kadir jasin



Pemimpin Sabah tiada ‘telur’ untuk berhadapan dengan Putrajaya ...

Dalam dunia politik, pemimpin berkualiti dan baik mestilah mempunyai beberapa ciri-ciri.

Mereka mestilah benar, adil, tidak korup, mempunyai kebijaksanaan, intelek, berfikiran waras dan sudah tentu mempunyai adab yang baik sesama yang lain.

Dalam politik Malaysia, mereka juga mesti ada “telur”.

“Telur” dalam pengertian ini sering digunakan untuk menggambarkan keberanian atau lebih tepat, dalam ayat penulis Amerika Patrick Rothfuss “testicular fortitude”.

Dalam sidang terbaru Parlimen, seorang pemimpin menunjukkan beliau mempunyai lebih “telur” daripada kebanyakan ahli politik Sabah, apabila beliau menyeru supaya Sabah dan Sarawak dilayan seperti rakan setaraf persekutuan.

Dalam klip video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul membangkitkan isu ini, dengan mengatakan Sabah dan Sarawak adalah rakan setaraf dan bukan sekadar negeri, dan harus diberikan peruntukan dana yang sama rata.

Beliau berkata kepimpinan BN Sabah sering menyuarakan rungutan dengan berdiplomasi untuk mengelak daripada meyinggung Perdana Menteri Najib Razak.

Johari menggambarkan perbezaan bagaimana Sabah dilayan berbanding Malaya dengan menjelaskan keadaan jalan raya di dua tempat ini.

Jalan raya di Malaya lancar, sementara di Sabah, keadaannya begitu menyedihkan.

Kenyataan beliau telah membuatkan kedua-dua pihak politik bersatu berbincang termasuklah wakil rakyat BN, Marcus Mojigoh dari Putatan dan Abdul Ghapur Salleh dari Kalabakan.

Marcus berterima kasih kepada Johari kerana mempertahankan Sabah dan berkata bahawa Ahli Parlimen Sabah telah bercakap isu berkaitan negeri itu tanpa lelah, sementara Ghapur yang lantang itu turut bersetuju, mengatakan perbezaan antara Malaya dan Sabah seperti langit dan bumi dan ini telah diucapkan dalam Parlimen.

Johari berkata jika beliau adalah perdana menteri beliau akan melantik timbalan perdana menteri untuk Sabah dan Sarawak supaya mereka akan dapat melihat dan menjaga kawasan masing-masing.

Beliau turut berkata bahawa kedua-dua Sabah dan Sarawak kaya dari segi sumber asli dan ianya lebih wajar jika sesetengah yang pergi ke kerajaan persekutuan tetapi sebahagian besarnya kembali kepada kedua-dua negeri.

Pertama sekali, terima kasih kepada Johari kerana bersuara bagi pihak rakyat Sabah dan Sarawak.

Kepada ramai orang di Sabah dan Sarawak, sentimennya adalah kami sering dilayan seperti anak tiri berbanding rakan setaraf yang sepatutnya kami terima.

Pengabaian banyak perkara Perjanjian 18 dan 20 Perkara, isu-isu imigresen, kekurangan autonomi pentadbiran dan infrastruktur yang lemah antara sebab ramai orang di negeri-negeri Borneo kecewa dan hampa.

Parti-parti pembangkang dalam kedua-dua negeri sering lantang tentang perkara ini, sementara di bahagia kerajaan, terdapat beberapa ahli parlimen yang lantang seperti Ghapur dan Bung Mokhtar Radin yang bersuara untuk negeri.

Namun, terdapat ramai lagi dalam Sabah dan terutamanya mereka yang berjawatan tinggi yang kelihatan sering tunduk kepada kerajaan pimpinan Umno. Mereka tidak mempunyai “telur” untuk bersuara ke atas Putrajaya dan meminta lebih untuk Sabah dan Sarawak.

Berapa banyak kalikah kita mendengar menteri persekutuan dari Sabah dan Sarawak bersuara ke atas Putrajaya dalam kepentingan negeri asal mereka? Di manakah “telur” mereka?

Walaupun Sarawak di bawah kepimpinan Adenan Satem kelihatan seperti negeri yang cukup berani untuk bangkit ke atas Putrajaya, perkara yang sama tidak dapat dicakap mengenai Sabah.

Apa gunanya mempunyai Ahli Parlimen yang berulang kali membangkitkan isu tetapi masih lagi tidak dapat layanan lebih baik atau lebih adil kepada Sabah dan Sarawak?

Mungkin sudah sampai masa mereka melihat kembali strategi politik mereka, tanya diri mereka sendiri di mana patutnya kubu kuat BN. Atau mungkin sudah sampai masa rakyat Sabah tendang mereka yang tidak mempunyai “telur” dalam pilihan raya. - Robin Stanley Augustin,theantdaily


cheers.

No comments: