20 April 2014

Bomoh tikar terbang cakap puaka Gua Tempurung punca kemalangan Karpal Singh...



Bomoh tikar terbang kata kemalangan menimpa Karpal Singh kerana gangguan puaka Gua Tempurung...

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.


Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu. - omakkau



Bomoh tikar terbang buat ritual di KM 301.6 lebuhraya PLUS Utara Selatan...

Apa kerja dia berada di Lebuhraya PLUS, lokasi berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian bekas pengerusi DAP Karpal Singh.

Setelah ilmu pembomohan tak menjadi kenyataan dalam misi mencari MH370, dia masih nak mencari khurafat di lebuhraya pula ke?

Tentu aksinya menimbulkan persoalan dan menarik perhatian pengguna lebuhraya yang melalui kawasan tersebut.

Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami. Mungkin nak cari publisiti kot.

Karpal, 73, maut ditempat kejadian apabila kenderaan serbaguna (MPV) Toyota Alphard yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Km301.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Perak pukul 1.10 pagi semalam.

What was Raja Bomoh doing there? He was spotted at Km306.1 on the north-bound stretch of the North-South Expressway, the crash site where Late YB Karpal Singh died in a road accident

Penghormatan terakhir bermula 8.30 pagi esok...

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Seri Pinang di George Town esok dinasihatkan datang awal.
  
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mengetuai jawatankuasa pengebumian negeri bagi Karpal, berkata mereka boleh berbuat demikian dari jam 8.30 hingga 10.15 pagi.
  
"Kami anjakkan sedikit waktu daripada jam 9 pagi yang diputuskan semalam kepada jam 8.30 pagi agar orang awam mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas memantau persiapan majlis penghormatan negeri kepada mendiang Karpal Singh, di Dewan Seri Pinang hari ini.
  
Beliau berkata dianggar 2,000 hingga 3,000 orang akan menghadiri upacara itu.
  
Karpal Singh, 74, maut dalam nahas jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada awal pagi Khamis.
  
Kemalangan pada jam 1.10 pagi itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39.
  
Chow turut meminta badan bukan kerajaan, persatuan, badan keagamaan dan parti politik yang ingin memberi penghormatan terakhir agar mendaftar terlebih dahulu antara jam 8.30 dan 9.30 pagi.




Sesi untuk mereka akan bermula 10.15 pagi, katanya.
  
Beliau juga berkata 1,000 penunggang basikal akan turut menyertai perarakan jasad mendiang esok.
  
Semalam, Chow mengumumkan perarakan jasad mendiang akan melakukan tiga 'persinggahan bermakna' dalam perjalanan dari Dewan Sri Pinang ke Krematorium Batu Gantung.
  
Persinggahan itu ialah di Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (tempat Karpal Singh bertugas sebagai peguam), Dewan Bangunan Undangan Negeri Pulau Pinang (lokasi kerjaya politik beliau) dan sekolah lama  Karpal St Xavier's Institution.
  
Perarakan dijadualkan bermula jam 11.30 pagi dan akan tiba di krematorium pada 1 tengah hari.- Bernama


Ahli Parlimen UMNO mohon maaf atas kenyataan terhadap Karpal...

Ahli Parlimen Umno dari Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini di laman sosial dengan kenyataan sensitif berhubung kematian Karpal Singh, akhirnya memohon maaf.

"Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik.

 Setelah Karpal terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis, Nawawi mengirim gambar di Facebook daripada kemalangan itu beserta keratan akhbar lama dengan petikan Karpal yang berkata "langkah mayatnya dahulu sebelum mewujudkan negara Islam".

Dalam sidang media kemudiannya, Nawawi(pix bawah) berkata setelah berfikir panjang dan meneliti kembali gambar dan kenyataan yang dimuat naik itu, akhirnya mengakui perbuatan itu adalah salah dan tidak beretika.

"Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan betapa sedih dan menyesal di atas keterlanjuran catatan saya. Dan permohonan maaf saya datang dari saya sendiri tanpa didesak mana-mana pihak ataupun parti," katanya pada sidang media di KL Sentral, Kuala lumpur.



Beliau juga mengakui tidak peka dengan sensitiviti sekeliling menyebabkan beliau tidak sedar perbuatannya itu melukakan perasaan bukan sahaja ahli keluarga bahkan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya gunakan akaun Facebook selama lima tahun sejak saya dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Apa yang saya paparkan hanya suka-suka, tidak pernah menjadi masalah namun kerana saya kini ahli Parlimen maka ia mendapat perhatian orang ramai," katanya.

‎Ditanya adakah  menyedari perbuatannya itu bakal mencetuskan kontroversi, Nawawi berkata ketika itu beliau berada di dalam kereta.

"Semasa memuatnaik gambar itu saya berada dalam kereta. Tanpa berfikir panjang, terus menulis kenyataan tersebut kerana teringat cabaran mendiang mengenai langkah mayat beliau dahulu," katanya.

Nawawi yang juga Pengerusi Kereta Api Melayu Tanah Berhad (KTMB)‎ berkata tidak menyedari gambar yang dimuat naik itu akan menyinggung perasaan ekoran skrin telefon bimbit yang digunakan terlalu kecil.

"Saya copy paste gambar tersebut menggunakan telef‎on bimbit jenis I-Phone dan skrin itu kecil. Apabila saya balik kemudiannya buka di komputer baru saya nampak memang gambar itu amat menyinggung perasaan," katanya. Baca seterusnya...

UMNO MP apologises to Karpal's family...

Umno's Langkawi MP Nawawi Ahmad has finally issued a public apology for his remarks on the passing away of Bukit Gelugor MP Karpal Singh deemed insensitive.

"I would like to express my deep remorse and regret on what transpired the last two days about my posting on my private Facebook account pertaining to a status of what happened to the late YB Karpal Singh.

"Words cannot express how sorry I am, and how necessary it is for me to apologise to the family of the late YB Karpal Singh and everyone, who I have offended due to a needless and careless posting," he said in a statement on his Facebook account this afternoon.

On Thursday, Nawawi had posted on the Facebook a collage of Karpal's bloody body coupled with an old news report quoting him as saying that an Islamic state would only be possible "over my dead body".

The collage was accompanied by a message by Nawawi which read: “Would anyone like to take on Karpal Singh’s challenge? Please give your names. Hehe.”

Karpal, 73, together with his long-time assistant Michael Cornelius Jayakrishnan, 39, perished in a car accident near Kampar, Perak on that day.

Nawawi retracted the Facebook posting three hours later but issued no apology, insisting that the message was not meant for official consumption.

"I feel that Facebook is not official and not serious, so I did not expect what I wrote to become viral," he had told Malaysiakini when asked for clarification.

Datuk Nawawi Ahmad meminta maaf di laman Facebooknya atas kenyataan yang dibuat terhadap kematian Karpal Singh.

'I take full responsibility'

Nawawi, who is also Keretapi Tanah Melayu Berhad chairperson, had also used the missing Malaysia Airlines Flight MH370 incident and Karpal's accident as example of why trains were a better option in another posting on Facebook.

However, in his apology today, Nawawi said there were a few administrators in charge of his Facebook page but he took "full responsibility" for what had happened.

The apology comes after Minister in the Prime Minister's Department Joseph Kurup described Nawawi's remarks as well as former BN Shah Alam MP candidate Zulkifli Noordin's as "unacceptable" and "very disappointing".

Zulkifli had on Twitter said Karpal's death was an act of Allah to pave the way for hudud law.

However, he suddenly began singing Karpal's praises after being inundated with heavy criticism from netizens, including Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

No apology has been forthcoming from Zulkifli to date.- mk


Photo: BN and Pakatan leaders throng Karpal's wake

BN and Pakatan Rakyat leaders continued to pay their last respects to Bukit Gelugor MP Karpal Singh.

At 10.30am, Minister in the Prime Minister’s Department Nancy Shukri came by, saying she fondly remembered Karpal as a "very professional politician and lawyer".

State Opposition Leader Jahara Hamid also came by at about 11am with several Umno assemblypersons including Shahedan Kassim (Teluk Bahang) and Roslan Saidin (Pinang Tunggal).

Around noon, Chief Minister Lim Guan Eng, his father Gelang Patah MP Kit Siang and a host of other DAP leaders arrived and draped a party flag over the coffin.

Read more: http://www.malaysiakini.com/news/260393


cheers.

No comments: