06 June 2013

Orang2 Melayu dah meluat dengan UMNO...

Perkara ini terjadi kerana Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Umno sekarang ini tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisannya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ yang disiarkan dalam blognya www.chedet.cc hari ini beliau mengakui bahawa ramai orang Melayu sekarang ini meluat dengan Umno dan parti itu kini dianggap tidak lagi relevan dan perlu ditolak.

Menurut beliau, perkara ini terjadi kerana Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja.

“Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” terang Dr Mahathir.

Katanya, berbeza dengan Umno enam puluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

Menurutnya, perjuangan pemimpin dan ahli pengasas Umno, yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu, ialah untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

“Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti Umno yang ditubuh oleh mereka.

“Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama,” kata Dr Mahathir.


Tiada pilihan

Tetapi hari ini menurut beliau, kesannya ialah ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

“Semakin lama semakin kurang pemimpin Umno yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

“Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

Di mana pergi mereka yang berbakat ini? Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya.


Tegas Dr Mahathir, “mungkin kita boleh tepuk belakang kerana Umno masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU-13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong Umno.

“Sebenarnya kemenangan Umno dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.  Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali,” terangnya.

Seburuk-buruk Umno katanya, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.  Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong Umno.

Namun demikian dalam PRU-14 nanti, Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

“Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain,” ujar beliau.-fmt

Kenapa?.... kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. 

UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. 

UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri,kaum kerabat dan kroni serta untuk sagu hati, untuk poket sendiri...

Dr M: UMNO devoid of capable leaders...


Former prime minister Dr Mahathir Mohamad, who spearheaded the BN campaign during the just concluded general election which saw the coalition scraping through victory, said UMNO was now a party for its leaders only.

“UMNO is perceived as - and indeed this is true - struggling for the interests of a few people in its folds and its members. UMNO is about fighting for position and ranks, for enriching oneself, for bounties and for one's pocket,” lamented Mahathir, writing in his blog.

The former UMNO president further lashed out at the party, saying its leaders had now turned to seeking less capable individuals to protect their own positions in the party.

He said the leaders were driven by the fear of more capable people challenging them and taking over the party, and hence the possibility of facing challenge in the party was deliberately hindered.

He added the lack of capable leaders in UMNO manifested itself during the recent polls, where the party found it difficult to nominate its candidates.

“Capable parachute candidates would be defeated. Ultimately, government leaders will be among those not capable," stressed Mahathir, while admitting that the brain drain had benefited opposition parties which welcomed talented members.- harakahdaily



Zainuddin Maidin Erection Every 5-Year

cheers.

No comments: