Adun Berapit(DAP), Lydia Ong Kok Fooi mendakwa, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Intan jam 7 malam, beliau ternampak wanita berusia 50-an membakar sampah dekat padang permainan berhampiran rumahnya.
Melihatkan kepulan asap yang memenuhi kawasan perumahan itu, dia segera meminta individu itu menghentikan pembakaran memandangkan ia mengundang pencemaran udara, menimbulkan bau busuk serta membahayakan kanak-kanak serta orang ramai.
“Saya cakap baik-baik, bukan tengking dan marah kerana perbuatannya salah serta boleh dikena tindakan undang-undang, tetapi dia tidak puas hati,” katanya.
Kok Fooi mendakwa, wanita itu kemudian mencabar dirinya dengan mengatakan dia berhak berbuat demikian dan sekiranya tidak berpuas hati, dia juga boleh membakar sampah di hadapan rumah wakil rakyat terbabit.
“Bagi membuktikan tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang, saya merakamkan perbuatannya melalui kamera telefon bimbit, namun secara tiba-tiba telefon saya terlepas.
“Akibat marah perbuatan dia dirakamkan, wanita itu segera mengambil sebatang buluh lalu memukul di bahagian lengan kanan saya,” katanya.
Beliau berkata, bahunya sekali lagi dipukul sebaik sahaja dia menundukkan kepala untuk mencapai telefon bimbitnya.
Katanya, wanita terbabit sekali lagi mencederakannya di tangan sebelah kiri sehingga merosakkan permukaan jam tangan miliknya.
Menurutnya, akibat itu, beliau mengalami lebam-lebam di lengan kanan, kiri, bahu serta sengal badan.
Kekecohan dikatakan itu turut disaksikan penduduk di kawasan berkenaan yang berkumpul di kawasan sekitarnya.
Difahamkan, wanita itu sering melakukan pembakaran terbuka dan tindakannya itu mengundang pencemaran udara selain mengganggu ketenteraman jiran lain.
“Pembakaran sampah termasuk polistirena dan beg plastik memberi kesan kurang baik terutama apabila sisa toksik dan bau busuk merebak.
“Tujuan saya membuat laporan ialah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat perkara itu.
Katanya, kes akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.-sinar harian
PR cadang MP Tumpat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat...
Pakatan Rakyat memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar kiri) sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Keputusan tersebut diputuskan pada mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan demikian pada sidang media, percaya langkah itu sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini.
"Pada mesyuarat tadi kita telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.
"Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelasnya.
Dalam pada itu beliau mengulangi Pakatan Rakyat juga turut bersetuju untuk menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman(gambar atas) sebagai Yang Dipertua bagi Parlimen Ketiga Belas.
Menurutnya surat cadangan bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah dihantar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 10 Jun lalu.
"Bagi memantapkan lagi proses demokrasi negara ini dan memastikan perbahasan di Dewan Rakyat berlangsung dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang Dipertua.
"Cadangan ini apabila kita melihat ketelusan beliau yang tidak memihak dengan mana-mana politik atau pihak dan kami yakin beliau dapat menjalankan tugas dengan baik pada persidangan kali ini," sambungnya.
Anwar berkata, Pakatan Rakyat menegaskan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.-harakahdaily

Secret ballot for speaker or expect trouble, warns Anwar...
Parliamentarians should vote for the new Dewan Rakyat speaker in an absolutely secret ballot, or expect a "battle", warns PKR de facto leader Anwar Ibrahim.
Speaking to reporters, he also announced that Pakatan Rakyat is also nominating PAS' Tumpat MP Kamaruddin Jaafar for one of the deputy speaker posts, while the other should be filled by a BN representative.
"If we're talking about secret ballot, then it has to be to the letter. Don't go on technical matters. As long as it is secret, can vote in front of friends.
"If they bulldoze through the decision on who would be the speaker, then they are in for a major battle," he said, directing his warning to the Parliament secretariat who will organise the ballot.
Pakatan has nominated former federal court judge Abdul Kadir Sulaiman as Parliament Speaker, while BN said it wants Pandikar Amin Mulia, whose term as Dewan Rakyat Speaker ends June 23, to stay on in the post.
Anwar said Abdul Kadir's track record showed that he would be able to convene sittings in a "more fair and respectable" manner".
Pakatan hopes to rehabilitate image of Parliament
"Pakatan hopes to rehabilitate the image of Parliament so that it will no longer be seen as a ring (gelanggang) for only one side," he said.
"The convention is for consensus be reached, but it seems that Umno-BN is conventionally not open to discussions, despite knowing that we obtained the majority vote."
Anwar said Pakatan has also agreed to retain him as Opposition Leader for the second term.
"The seating arrangements have been sent to the (Parliament) secretariat," he said at a press conference held after the Pakatan leadership council meeting.
On another matter, he said Pakatan would be holding a convention at De Palma Hotel in Ampang, Selangor, on Sunday to discuss the the coalition's policies.
The convention will be attended by members of the DAP, PKR and PAS as well as the menteri besar and chief minister of Selangor, Kelantan and Penang.-malaysiakini
cheers.
No comments:
Post a Comment