21 June 2013

Cadangan PAS bersama UMNO, tak masuk akai...


Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. 

Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.


Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?


Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. 

Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.


 
Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri?

Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam?
 

Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?


Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. 

Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising! - Tn.Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,harakahdaily


Tn.Guru Nik Aziz - Cooperation with UMNO,I will not allow it, as long as I am alive...

PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat has again squashed any suggestions for the Islamic party to cooperate with UMNO, and urged anyone with such thoughts to stop dreaming.

“To me, the Islam propagated by UMNO is artificial Islam. As long as UMNO’s policy is about race, there is nothing good about UMNO’s actions even though they may look pro-Islam,” said Nik Aziz in comments made available to Harakahdaily.

He was responding to a pro-UMNO academic Dr Zainal Kling, a member of the government-backed National Professors Council.

Writing in his column in Sinar Harian today, Zainal said PAS and UMNO should forge cooperation for the sake of Islam, and argued no other parties beside UMNO was championing Islam.




But Nik Aziz rubbished Zainal’s statement as baseless, and cited several actions by UMNO leaders.

“Maybe UMNO’s decision to allow gambling dens in Kelantan prior to 1990 (when PAS came to power) had been part of the Islamic struggle from the perspective of this brilliant individual?" chided the former Kelantan Menteri Besar.

"In Melaka, there was a chief minister from UMNO’s top leadership who suggested entertainment centres be allowed to operate in the wee hours of the morning, maybe this too is about struggling for Islam?”

Nik Aziz questioned the benefits of PAS cooperating with UMNO.

“If UMNO’s advantage is about the number of seats, then may I propose that all UMNO state assemblymen in Kelantan join PAS because PAS has higher number of seats compared to UMNO,” he added.

Last month, Nik Aziz vowed to fight any attempt in the party to forge alliance between PAS and UMNO.

“I will not allow it, as long as I am alive, I will never allow any effort to forge cooperation between PAS and UMNO," he told Harakahdaily.



Takkan nak panggil Askar terus kot.. Tak nak buat rundingan dulu ke? At least, runding lah dulu macam rombongan Sultan Kiram Sulu 'melawat' Lahad Datu,Sabah tempoh hari...

Rombongan Sultan Kiram datang bawa senapang gajah, bom,dan parang kontot, boleh pula runding dulu dan Menteri  kita siap buat bodoh sombong tak nak guna askar,hinggalah terkorban beberapa anggota polis kita... 


Kini rakyat yang turun ke padang Merbok hanya bawa vuvuzela,botol air dan tuala, terus nak panggil askarkah...



azlan

cheers.

No comments: