17 June 2013

BN menang rakyat senang, tambang bas naik sehingga 30 peratus...

PAS Pusat menyifatkan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30 peratus adalah strategi untuk memerangkap pengguna.
 

Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tambang bas ekspress walaupun kenaikan satu, 10 atau 15 peratus sekalipun.

"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak wajar kenaikan harga tambang bas berlaku dalam keadaan harga minyak dan tol tidak diturunkan.

Malah katanya, banyak cara lain yang boleh mengelakkan kenaikan harga tambang sama ada tambahkan subsidi ataupun kurangkan kos sama cukai tayar dan alat ganti kepada pengusaha bas.

"Yang paling penting turunkan harga minyak, tol dan tambahkan subsidi kepada pengusaha bas, ini akan membawa kepada tidak perlu kenaikan harga tambang," katanya.

Jelas Mahfuz, tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu turunkan harga minyak dan tol sekali gus pengguna akan menikmati kadar tambang yang lebih murah.


Photo: Berita Baik Untuk penyokong BN : .Wajib Baca

"Hari ini jelas membuktikan kenaikan harga tambang akhirnya ditanggung oleh pengguna. Kerajaan sengaja bermain dengan istilah 30 peratus ini," katanya. 

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.

Bagaimanapun pihak PMBOA, menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) untuk mengumumkan kenaikan harga tambang baru.

PMBOA telah memohon kenaikan harga tiket itu beberapa kali sebelum ini daripada SPAD dan kali terakhir pada 22 Mei lalu.-harakahdaily


Tambang_Bas
Bonus hari raya dari gomen UMNO/BN

Pan Malaysia Bus Operators Association demands a 30% increase in fares for express buses...

The right of consumers to enjoy better express bus services like comfortable rides and punctuality should be considered by the bus operators instead of just thinking about making profits, said Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Hasan Malek.

He said if consumers fully used their power by boycotting the express bus service in protest of the operators’ plan to raise fares by 30 per cent, the bus companies would stand to lose.

“This is a drastic increase. They think about profits only and not considering the plight of the consumers concerned with such a fare increase,” he said after opening the 48th annual general meeting of Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad, here yesterday.


He was commenting on the Pan Malaysia Bus Operators Association’s demand for the government to increase the fares for express buses to prevent the bus companies from incurring losses which would force them to close their business.

Hasan said the government, Land Public Transport Commission (SPAD), express bus operators and other relevant parties should together first study the matter and public reaction to the fare increase proposed by the bus companies.

“We need to look at the people’s reaction. If they don’t like it and protest, we should rethink the matter. If possible, retain the current fares,” he said.

Hasan said the express bus fares should not be increased at will and the matter must be referred to the relevant parties to determine the reasonable rates.


“The bus operators should not just think of profits for themselves as all this while the government has given them various forms of assistance,” he said.

On Thursday, SPAD chairman  Syed Hamid Albar said the commission would study whether to allow the express bus operators to raise fares by 30 per cent or not, and that the decision would be made before the Aidilfitri celebration.

He said the bus operators should be in tune with SPAD in the objective of providing the best service to the public.-Bernama,fmt


BN menang rakyat senang

Kenaikan hanya 30% sahaja.Dijamin tidak membebankan pengguna pengangkutan awam. Kenaikan tambang bas ini bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang acapkali meningkat menjelang musim perayaan. Terima Kasih gomen UMNO/BN...




cheers.

No comments: