08 May 2013

Tsunami apa lagi Najib mahu...

Selayaknya pemimpin yang bercita-cita besar tetapi tewas seperti Anwar Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati.

Beliau segera menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat ke stadium Kelana Jaya malam ini, hanya tiga hari selepas pilihan raya umum berlalu, sebagai bantahan simbolik.

NONETokoh PKR itu tidak seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain, ketewasan dalam pilihan raya umum tidak disusuli dengan fasa menjeruk rasa dan bersantai selama beberapa bulan.

Anwar segera bangkit - jika dipandang sepintas lalu, kesegeraan yang tampak berang dan meroyan - satu gejala "politik baru" pembangkang.

Namun, beliau tidak kecewa dan meroyan seorang diri. Perdana menteri yang gagal ditumbangkannya Najib Abdul Razak juga kelihatannya masih terkejut dengan keputusan awal pagi Isnin lalu.

Hakikatnya, prestasi BN bawah pimpinan beliau jatuh merudum berbanding Abdullah Ahmad Badawi, yang diserang oleh Dr Mahathir Mohamad selama beberapa tahun sebelum Mac 2008.

NONESelain Mahathir sendiri, Najib malah turut dibantu oleh sekutu-sekutu mantan perdana menteri itu, Daim Zainuddin (kiri) dan Sanusi Junid.

Namun, kemerosotan BN tidak dapat dihalang-halang lagi. Seperti arus deras, ditahan di utara (Kedah), melimpah pula di selatan (Johor) dan timur (Terengganu dan Sarawak).

Bagaimanapun, Najib patut bersyukur kerana masih dapat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dalam keadaan kerajaannya menikmati majoriti "agak selesa", 22 kerusi parlimen.

'Madu dan racun di tanganmu'
 

Tetapi perdana menteri rupa-rupanya masih tetap kecewa dan nada meroyannya - meroyan gaya orang menang - akibat kekecewaannya itu disebut "tsunami Cina".

Sehari selepas itu, akhbar-akhbar milik Umno mengukuhkan lagi kesasauannya dengan melaungkan slogan meroyannya itu.

NONEUtusan Malaysia di muka depannya semalam bertanya "Apa lagi yang Cina mahu?", sementara tabloid sekutunya Kosmo! menuduh pengundi kaum itu sebagai "talam dua muka"!

Najib dan Umno membangkitkan isu perkauman atas sikap pengundi itu yang meninggalkan parti-parti komponen BN itu secara besar-besaran.

Maka, dikatakan ia satu "polarisasi" trend pengundian yang memerlukan "national reconciliation", perukunan semula hidup bernegara.

Seperti slogan 1Malaysia Najib yang menguatkan pertubuhan PERKASA, malan tokohnya diberi peluang mewakili BN, "national reconciliation" diikuti cercaan akhbar-akhbar Umno terhadap Cina.

Di sisi ini, lagu sindiran Anwar terhadap Najib mungkin ada benarnya: "madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku. Aku tak tahu, mana yang akan kau berikan padaku."

Lagu popular Indonesia yang sering dipentaskan Anwar ini dijawab oleh Najib sewaktu kempen pilihan raya lalu di Sabah.

Perdana menteri menjawab: BN-lah madunya, sementara Pakatan Rakyat-lah racunnya.

Menang jadi arang
 

Sebab itu pula pengundi mengekalkan status quo pilihan raya umum 2008 (kecuali tambahan tujuh kerusi parlimen): Pengundi "tak tahu, mana yang akan BN atau Pakatan berikan padaku".

Maka, Najib dan Anwar tidak faham kebingungan rakyat ini. Perdana menteri menyalahkan Cina, Pakatan menyalahkan sistem pilihan raya.

NONESelayaknya begitulah nasib kedua-dua tokoh ini yang sudah terkena sumpahan "menang jadi arang, alah jadi abu". Kedua-duanya dibakar hangit oleh pengundi.

Tetapi di pihak Najib dan Umno, Cina pula dijadikan arah sumpahannya.

Seperti Umno sering menyalahkan Melayu sebagai "pengkhianat bangsa" atau "tidak bersyukur" apabila pengundi kaum itu sendiri meninggalkan Umno dan mengkritik kerajaan BN.

Seperti Mahathir menuduh penentangnya dan Gerakan Reformasi 1998 sebagai "ejen negara asing" sewaktu kepimpinannya dipersoalkan habis-habisan.

Polarisasi antikerajaan, propembangkang 


Dia perasan dan mengangkatkan dirinya sebagai "Malaysia" dan penentangnya "orang asing".

Seperti Umno perasan dialah Melayu dan membayangkan Melayu itulah Umno. PAS itu bukan Melayu dan sebagai sumber perpecahan serta pengkhianatan bangsa.

azlanTetapi sewaktu Cina berbondong-bondong menyokong MCA atau Gerakan, tidak pula kaum Tionghua dituduh mengamalkan "polarisasi" trend pengundian!

Tidakkah itu satu bentuk "polarisasi" juga apabila Melayu hanya menyokong Umno atau PAS; dan Cina menyokong DAP atau MCA?

Polarisasi ini, kalau inilah istilahnya, hanya polarisasi arus antikerajaan BN dengan arus prokerajaan BN.

Jadi, kenapa harus Cina pula dijadikan sasaran? Untuk menakut-nakutkan Melayu? Melayu mana yang ingin ditakut-takutkan itu - Melayu atau Umno?-malaysiakini



Apa lagi Cina mau?

Luahan perasaan dari seorang pendidik Cina di pedalaman...

Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan luar bandar di Negeri Sembilan. 

Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada budak yang serba kekurangan dari segi kewangan, perhatian dan suasana pembelajaran yang kondusif. 80% daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang berlainan kaum daripada saya – Melayu, India, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya.

Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab saya sebagai pendidik anak bangsa Negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya ini.



Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak. 

Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya “Sir” setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang tiada kuasa elektrik ("blackout"), mengejar ilmu pengetahuan bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.

Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang mengancam perpaduan Negara kita.


Apa lagi yang Cina mau?


‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang benar, bukan ‘kestabilan’ yang palsu dan dangkal. ‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang matang, bukan Negara yang dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak kepada golongan yang radikal dan rasis. ‘Cina’ ini mahukan sebuah Malaysia yang berbangsa satu.-f/bk


Ignore malicious SMS, attend rally tonight...

PKR strategy director Rafizi Ramli said tonight’s rally will go on as the police have been formally informed.

“I am aware of the statement made by Inspector-General of Police Ismail Omar with regard to the ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ rally that will be held at the Kelana Jaya stadium from 8.30pm tonight,” said Rafizi in reference to the IGP’s statement that the rally is illegal.

The newly-elected Pandan MP added that in accordance with the IGP’s call, PKR through its communications director Nik Nazmi Nik Ahmad had already informed the related police station formally of tonight’s rally.

“This is in accordance with the Peaceful Assembly Act that does not require for a permit to be applied for, rather, the police just needs to be informed.

“I have faith in the police force’s sincerity under the command of Ismail to appreciate the people’s right to assemble, as what that has been shown in previous rallies.

“Therefore I urge as many Malaysians as possible who are demanding for a fair election and who are against electoral fraudulence to come together and wear black tonight at the Kelana Jaya stadium,” he said.

Surat makluman kepada polis mengenai perhimpunan di Stadium Kelana Jaya

Rafizi also criticised those who were attempting to scare the people, especially non-Malays, saying that tonight’s rally will cause racial friction.

He claimed that a few SMSes have been circulating, associating tonight’s rally with the May 13 incident.

Rafizi said he will be lodging a police report with the Tropicana police station today for the authorities to investigate those that have tried to create chaos by playing racial sentiment.

Tian Chua: What’s the problem?

Echoing Rafizi’s sentiments, PKR vice-president Tian Chua said it was not an illegal rally as it was not a street protest.


“We are gathering in a stadium, which is an indoor venue. The stadium belongs to the state government and the management has given us approval. So what’s the problem?” asked Tian Chua.

The Batu MP added that the gathering was not a threat to public order as it was a peaceful rally.

“My advise to the IGP is that uphold your duty to maintain order and stop being subservient to an illegitimate government,” said Tian Chua.

The rally planned by Pakatan Rakyat supremo Anwar Ibrahim is to highlight the alleged fraud and irregularities of the Election Commission and Prime Minister Najib Tun Razak during the 13th general election.-fmt

Usah peduli SMS 13 Mei, turun berhimpun malam ini

Anwar’s rally legal, no need for 10-day notice



Stadium Kelana Jaya!!! tonight  8 Mei 2013 8.00pm is confirmed. Where black.Bring umbrellas! Bring candles and flashlights. Bring your friends. Bring Hope. Believe in Change.


cheers.

No comments: