24 May 2013

Kenapa Cina sokong Adam Adli? "Olang jahat dia tak mahu tangkap,mengapa mau tangkap itu budak" dan Tian Chua,Tamrin dan Haris dibebaskan...



 Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan...

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.


Three Pakatan, NGO leaders released...

Batu MP Tian Chua, along with Anything but Umno (ABU) leader Haris Ibrahim and PAS member Tamrin Ghafar are to be released after police’s application for remand was rejected by the magistrate today.

The matter was revealed by lawyer Ashok Kandiah, who said the three are in the process of being released from the Jinjang police station, where they were held since their arrests yesterday.

The trio are being investigated under Section 4 of the Sedition Act 1948 following their participation in a post-election forum at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) on May 13.

They were picked up by authorities in various locations yesterday afternoon, and police will now have to make a fresh application for remand if police wish to remand them further.-malaysiakini


Magistrate orders immediate release of trio

Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.


raja petra court case 060508 petra arrestedWaktu itu, Raja Petra (kiri) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia dibebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.


Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Kelmarin pula, senario yang hampir sama berlaku berhampiran balai polis Jinjang, di mana sebuah perhimpunan aman untuk menyokong Adam Adli Abdul Halim berlangsung.

Memang terdapat orang Melayu. Antaranya aktivis lama reformasi, geng Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), geng mahasiswa dan aktivis parti pembangkang.

Mereka faham perjuangan Adam Adli dan datang dari jauh untuk menunjukkan sokongan sampai larut malam.




'Tsunami Cina' di Jinjang


Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi 

Adam Adli.  

NONE Adanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

"Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.

Sampai 11.30 malam, saya berasa letih dan meminta izin bos saya untuk balik rehat. Tetapi Ah Soh, Ah Seng, Ah Pek dan Ah Siang masih hendak berhimpun, bersorak dan menyanyi Negaraku, walaupun sudah tengah malam dan adanya risiko ditahan polis.

Bagi saya, ini agak pelik. Kalau dibandingkan dengan ketika Raja Petra ditahan, penyokongnya memahami pendiriannya kerana dia sudah menulis rencana sejak beberapa dekad.

Manakala, Adam pula masih dikira orang baru dalam arena aktivis dan pendirian. Ataupun idealismenya kurang menarik perhatian orang ramai kerana dia bukan seorang penulis prolifik seperti Raja Petra.


 Kesilapan keutamaan
 

Tidak lama selepas polis menahan 18 peserta (antaranya, 11 lelaki dan 4 perempuan Cina), saya sempat berborak dengan beberapa orang Cina yang bagi saya, tidak menonjolkan ciri-ciri kaki demonstrasi.

NONETiada seorang pun yang tahu tentang latar belakang Adam Adli, ataupun kisah beliau menurunkan bendera perdana menteri di PWTC.  

Tetapi, kebanyakan orang yang ditemuramah nampaknya tidak puas hati melihat seorang mahasiswa ditahan kerana hujahnya di sebuah forum, sedangkan pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan benda lain yang lebih penting.

"Itu (sebut nama seorang pemimpin BN) dia tak mahu tangkap. Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Ini merupakan pandangan yang lazim diluahkan orang yang ditemuramah. Sebaliknya, soal bangsa Adam Adli tidak disentuh langsung.

Jadi kalau mahu menjawab soalan yang dikemukakan sebuah akhbar tempatan, apa lagi Cina yang berkumpul di sekitar balai Jinjang semalam mahu, jawapannya keadilan.

Mereka mahu pihak berkuasa menyempurnakan tugas mereka secara adil dan saksama, bukan membuang masa menutup mulut aktivis muda yang cuba untuk menegakkan sistem pilihan raya yang bersih.

Itu saja Cina mahu?


Saya juga membuat kesimpulan, orang Cina yang saya nampak semalam juga masih mahu kepimpinan Melayu.


penang save democracy rally 180513 lim kit siang Pada tahun 2008, Raja Petra antara pemimpin yang diagung-agungkan orang Cina kerana hujahnya berlandaskan keadilan.

Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.


Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang (kanan), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak.

Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?

Saya juga berpendapat orang Cina memahami bahawa kebanyakan orang Malaysia adalah orang Islam yang memerlukan pimpinan orang Islam. 


Ini kerana perlembagaan telah menetapkan Agong sebagai penjaga hal-ehwal Islam dan seorang perdana menteri adalah wakil eksekutif Tuanku.

NONE Saya mengaku, kesimpulan yang saya temukan ini mungkin simplistik sebab ia berdasarkan satu senario yang jarang berlaku dan berdasarkan pendapat segelintir peserta malam kelmarin.

Tetapi saya harap pemerhatian saya semalam dapat membuka lagi ruang perbincangan tentang "Apa lagi Cina mahu" dan adakah semua perbuatan mereka merupakan pecaturan licik bersifat perkauman, seperti didakwa sesetengah pihak.

Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.-malaysiakini



Blackout 505: Harun kata jangan, Mahfuz kata boleh...

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menggalakkan ahli parti khususnya di negeri itu menghadiri perhimpunan mempertikai keputusan pilihan raya esok, sekalipun Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib(di atas) dilapor menyarankan sebaliknya.

Enggan mengulas sama ada ia pandangan peribadi Harun, Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata setahunya parti tidak mempunyai masalah dengan perhimpunan 'Blackout 505'.

NONEAhli parlimen Pokok Sena itu juga berpandangan penyertaan ahli PAS dalam perhimpunan itu, tidak menghalang usaha PAS untuk menambah ahli baru.

"Boleh tambah ahli, kalau yang bukan ahli parti, mereka melihat usaha ahli PAS yang mendekati anak muda. Saya rasa ini (sertai perhimpunan) adalah usaha berterusan untuk memperkasakan oraganisasi.

"Usaha ini, (tambah ahli) diperluaskan, perlu dilakukan dengan menyertai perhimpunan Blackout," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mahfuz mengulas kenyataan Harun hari ini yang dilapor mempertahankan pandangannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan itu dan menerima keputusan pilihan raya umum lalu dengan hati terbuka.- malaysiakini


TG.Hadi Awang tak nampak muka,dan Harun Taib cakap macam wakil Zahid Hamidi...

video
Auntie Bersih gives vigil-goers words of wisdom


Auntie Bersih gives vigil-goers words of wisdom...

NONEAnnie Ooi(right) - a senior citizen who rose to fame following an iconic photograph of her during the Bersih 2.0 rally - was the voice of reason at the solidarity vigil outside the Jinjang police station last night.  

In a short speech, Ooi, who has since been bestowed the monicker, Auntie Bersih, urged the participants to disperse calmly if the police came to break up the gathering.

"We are not robbers or murderers... If the police come near us, we walk away slowly.

"Don't start running in all direction like cowards," she said to cheers from about 700 people there to show solidarity for three individuals - two opposition politicians and a human rights activist - arrested yesterday.

 
NONE
Ever pragmatic, the retired teacher invited chuckles from the group when she showed them the a bag of supplies she had brought along, in case she too needed to spend the night in the police lock-up.

Among the items in her tote bag was a toothbrush.

"We must be prepared to be locked up if the police really want to arrest all Malaysians," the feisty diminutive woman said to applause.
 

Spontaneous vigil

The participants had attended a spontaneous vigil in solidarity with Batu MP Tian Chua, human rights activist Haris Ibrahim and PAS member Tamrin Ghafar, all remanded under the Sedition Act 1948.


NONEThe group lit candles to show support for the trio who will be held at the lock-up until 11am today when the police are expected to apply to court to extend the remand to facilitate their investigations.

Also addressing   the vigil were Seputeh MP Teresa Kok and Abdul Halim Abdul Hamid, whose son ,Adam Adli, was held at the lock-up until yesterday morning.


He was charged with sedition yesterday, after being held at the lock-up for five nights, for allegedly uttering seditious words at a public forum.

Yesterday's vigil was the fourth in a row at Jinjang, with vigils held in a show of  solidarity for Adam Adli the nights before.

On Wednesday night, 18 people were nabbed for refusing to follow police orders to disperse, but  were released several hours later. Some said police assualted them.

However, no arrests were reported last night despite warnings by the police that they would no longer tolerate candlelight vigils.-malaysiakini



cheers.

No comments: