20 May 2013

Khalid - Saya bukan MB itik tempang...

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas mengangkat sumpah minggu lalu.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, bekas tokoh koporat berusia 66 tahun itu berkata oleh kerana beliau berjuang sewaktu zaman Reformasi, maka beliau perlu jujur dalam pentadbirannya.

khalid ibrahim interview 190513 04"Saya datang dari (zaman) Reformasi dahulu. 


Apa yang teruk yang boleh berlaku kepada saya? Saya tidak boleh mentadbir? Kalau saya tidak boleh mentadbir, saya tidak akan melakukannya.

"Kamu datang daripada kumpulan ini, yang mahu kamu berkhidmat kepada rakyat.


Sekiranya kamu ingin berkhidmat, kamu mesti merendah diri (humility) untuk menerangkan kepada rakyat Selangor bahawa kamu boleh mentadbir," katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya.

"Tidak," tegasnya apabila ditanya sekiranya kehadiran Azmin mungkin boleh memberi kesan kepada gaya pengurusan pentadbiran Khalid.

khalid ibrahim interview 190513 01Mengulas mengenai kemampuan peranannya dalam parti pula, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau perlu bijaksana menyatakan sesuatu yang betul dan memberitahu pemimpin parti apa yang dilakukannya adalah tepat.

Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu  menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik.

"Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima," katanya.

Katanya, beliau akan menganggap cadangan seperti itu sebagai satu perkara yang teruk.


Bagaimanapun, golongan pemimpin parti yang tidak dinamakannya itu akan bertenang selepas beliau memberikan penjelaskan, katanya lagi.

"Tapi kemudiannya selepas ia boleh diterima akal, mereka akan tenang," katanya sewaktu ditemubual di kediamannya di Bukit Damansara.-malaysiakini


 Khalid: I'm no lame duck MB...

Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim has said that he will not become a 'lame duck MB' as he is confident in his ability to deliver in his second term as Selangor's chief commander.

Speaking in an exclusive interview to Malaysiakini today, the 66-year-old former corporate figure said that he is a ‘Reformasi' person and thus would be honest about his delivery.

"What is the worst that could happen to me? If I can't deliver, I will say that I cannot deliver. You need to have the humility to tell the people of Selangor, to admit if you can't deliver," he said when asked if the possible inclusion of PKR deputy president Azmin Ali and members of Azmin's team in the state executive council could undermine his position.

NONE"No," he said sternly when asked if Azmin's (right) possible presence could affect the way Khalid does his work.

"So many of my party members wanted to use use state-linked companies (GLCs) to get money that can be used for campaigning. I tell them, eh, we are trying to do reformasi (reform.). We cannot abuse people's money. That cannot be accepted," he said.


He was responding to PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin, who expressed hope that government machinery and GLCs will help PKR during the next general election. 

Speaking at his family home in Bukit Damansara, Khalid also admitted that there are members of his own party who still want to do things the Umno and BN way - which is by practising cronyism.

"The culture before this - there are middlemen, who think if your application is number 20, they can bring it to number one. But we have a policy of first in, first out.

"Then they become noisy because we disrupt their coffee money. We tell people, if you want to get a contract, you should also be the owner-operator," he said.

"We are talking about changing a culture here. You go on the street, and you say "Bersih", but when it comes to working things you still want to do it the old way?"

But Khalid was upbeat about handling the pressure and was confident that the rakyat are aware of what the state government practises.

"We survived five years - that means the people know. They know what we practise. Even the people who made noise, when campaigning, go to the ground and said - look at how Selangor has been managed well," he said.-malaysiakini





cheers.

No comments: