23 May 2013

Beginilah cara Tian Chua ditahan...



Tidak wajar tangkap, bimbang rakyat marah...

Dr Hatta dan Tamrin di Balai Polis Jinjang.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli mempertikaikan tindakan rakus kerajaan berhubung penangkapan yang dibuat ke atas dua pemimpin Pakatan Rakyat dan seorang aktivis NGO tanpa memikirkan sentimen rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut memberitahu sikap keterlaluan menangkap pemimpin dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan rakyat.


"Ia menunjukkan sikap rakus kerajaan berhubung penangkapan yang dibuat terhadap tiga individu yang bagi saya mereka bukannya satu ancaman kepada berlakunya huru hara.


"Apa yang merisaukan saya tindakan tersebut akan menimbulkan satu sentimen dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan," ujar beliau kepada Harakahdaily.


Kata Dr Hatta lagi sebagai sebuah negara yang mengamalkan hak kebebasan bersuara, ketiga-tiga yang ditangkap itu merupakan pemimpin yang boleh melontarkan suara mereka kepada rakyat sebagai pandangan



Beliau yang berharap pihak polis segera membebaskan mereka sebelum menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

"Kita mempunyai undang-undang dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan dan dalam beberapa siri himpunan sebelum ini yang dikatakan boleh timbul kacau bilau tetapi ia berlansung dengan aman dan baik.


"Sepatutnya ini boleh diambil kira oleh pihak berkuasa untuk menilai bahawa tidak ada suasana kacau bilau sepertimana dihebohkan oleh media milik kerajaan sebelum ini," sambung beliau.

Dr Hatta yang meminta agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak polis berfikir dengan waras dan menghentikan segera tangkapan bagi memastikan sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila rakyat benar-benar bangkit mencari keadilan.


Dalam pada itu, beliau yang juga tidak menolak bekemungkinan akan berlaku lagi tangkapan susulan selepas ini.


Tian Chua dicekup kat LCCT

"Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku lebih banyak tangkapan melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga NGO-NGO,” ujarnya.

Mereka yang ditahan hari ini ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi NGO Asal Bukan Umno (ABU), Haris M Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar yang sekarang berada di lokap Balai Polis Jinjang.

Mereka difahamkan ditahan sehingga jam 11 pagi esok bagi mendapatkan lanjutan tempoh reman.-harakahdaily


Apa Lagi Zahid Hamidi Mau ??


Photo: Provokasi oleh si Zahid komidi ibnu amaran...kbt

Harakah,Suara Keadilan dirampas KDN...

Belum pun 10 hari Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, tindakan keras dan tidak demokratik kerajaan Umno/Barisan Nasional telah berterusan dan keangkuhan beliau juga kini terserlah semula apabila ribuan naskah akhbar lidah rasmi Parti KEADILAN Rakyat, Suara KEADILAN telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak untuk merampas dan mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara KEADILAN di beberapa tempat.

Di Ipoh malam tadi, tujuh orang pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara KEADILAN dan merampas 214 naskah akhbar tersebut. Pegawai-pegawai tersebut bagaimana pun enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.

Di Melaka pula, pada jam 10 pagi hari ini, 70 naskah Suara KEADILAN telah dirampas dari seorang pengedar yang menurut beliau, pegawai-pegawai KDN hanya memberi alasan bahawa ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan.-keadilandaily








cheers.

No comments: