26 May 2013

Kisah blackout - Wan Ahmad Wan Omar dah kena knockout...



ADUN kata kejadian lampu padam memang berlaku...

ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail menuntut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kerana mendakwa gambar mengenai kejadian lampu padam di satu pusat pengiraan undi yang tersebar di Internet merupakan satu lakonan.

Wakil rakyat PAS itu mendakwa, kejadian tersebut sememangnya sememangnya berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut.

“Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

“Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

“Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya ketua tempat mengundi, petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad, seperti dilaporkan The Star Online semalam, yang mendakwa gambar berkenaan merupakan satu lakonan yang dibuat sebelum pilihan raya.

Wan Ahmad dalam laporan tersebut mendakwa, gambar tersebut disebarkan di Internet untuk menunjukkan bahawa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi itu benar-benar berlaku.

Menurut Wan Ahmad, gambar tersebut, menunjukkan kakitangan SPR mengira kertas undi dengan menggunakan lampu suluh, namun tidak kakitangan berkenaan tidak memakai pakaian seragam SPR

Noor Hanim bagaimanapun bertegas bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku.

“Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.

“Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri,” katanya.

Jelasnya, gambar berkenaan juga menunjukkan logo SPR di bekas yang digunakan untuk mengira undi.

“Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

“SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.-malaysiakini

....apakah tidaknya dok asyik ampu dan usung teloq ahli2 UMNO saja...


PAS rep proves blackout photo was genuine...

PAS' newly-minted Sri Serdang state assemblyperson Noor Hanim Ismail has flayed Election Commission deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar for suggesting that the photograph of a blackout at a polling station was staged, stating that it in fact happened in her constituency.

"It is clear that his preliminary observation and investigation together with his officers was very weak and is aimed at covering up the weaknesses in the electoral system and denying that the blackout actually happened," she said in a statement yesterday.

Noor Hanim said the photograph was taken by her counting agent and happened at in a room at Sekolah Kebangsaan Serdang where ballots for stream three were being counted.

"When it happened, our candidate representative had worked to supply flashlights to the room to ensure the counting process goes on smoothly.

"I also deny that there were journalists at the location because only the polling station supervisor, EC staff, candidate representative and police were on duty (there)," she said.

Wan Ahmad had called the photograph a "lie" pointing out that several individuals in the photograph were supposedly journalists and the EC staff counting the ballots supposedly did not wear EC's uniform, proving that it was "false".


EC uniforms

"How could he (Wan Ahmad) not recognise the grey uniform of EC's staff on that day. I am also curious how he could not recognise the boxes used for counting by the EC (as) the photograph clearly showed it had the EC logo on it," he said.

Noor Hanim called on the EC deputy to apologise for his haste in dismissing the photograph.

"I urge the EC, especially its deputy chairperson Wan Ahmad to apologise to all Malaysians for his mistake in issuing a statement without proper research and taking the issue raised by the rakyat for granted.

"EC as an official body to manage the elections must be seen as professional, fair, transparent and non-partisan," she said.- malaysiakini


 
 salinan repot polis pasal blackout di Kuala Berang

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : TERENGGANU

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.23 - KUALA BERANG
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. T. PUTERA BIN T. AWANG BN6,917MENANG
2. MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID PAS6,468


JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:15,330

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:280

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:13,665

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:13,698

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:33

PERATUS PENGUNDIAN:89.40%

MAJORITI:449
  Tengok keputusan DUN Kuala Berang, pasai tu berlakublackout kot...

 cheers.

No comments: