27 November 2012

Pasai dengaq ceramah Anwar, guru ini dipecat...

Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi (gambar), yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini.

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

Sebagai sebuah agensi awam, JAWI sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej JAWI sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.  

Katanya, kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa JAWI telah dipengaruhi oleh kepentingan Politik UMNO sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi JAWI sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

"INSAN  juga mengecam tindakan UMNO yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"UMNO sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan dengan itu,  INSAN akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan JAWI daripada sebarang campur tangan politik sempit.

INSAN juga akan mengadakan sidang media  bagi mendedahkan penglibatan UMNO dalam isu ini.

"INSAN memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan UMNO sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik," katanya.

Qatrun Nada binti Mohd Latfi merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.

 
Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut Air bersih di UMS Labuan pada tahun 2009.-harakahdaily

Guru dakwa dipecat selepas hadir ceramah Anwar


Lebih 6,000 keluar bertemu Anwar di panas mentari...

Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.


Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.


"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam.- harakahdaily



Teacher sacked for attending Anwar's ceramah...

A part-time religious teacher has claimed that the Federal Territory Islamic Affairs Department (Jawi) sacked her after she attended a ceramah given by PKR de facto leader Anwar Ibrahim.

Qatrun Nada Mohd Latfi, who teaches in Labuan, said the Federal Territory Islamic Affairs Department (Jawi) served her a notice of dismissal after receiving instructions from a local Umno leader.

"I attended Anwar's political talk on Sept 15. Following that, an Umno leader contacted me. He (the Umno leader) told me that since I am civil servant, I should not be involved in politics."

After the conversation with the Umno leader, Qatrun said, she was summoned to meet with the Labuan Jawi assistant director-general and her school principal.

"They wanted to know about my activities," she added.

According to her, there was no mention at the meeting about her attending the talk given by Anwar.

However, she did admit that she was actively involved in an NGO called Nisa.


Grounds for dismissal not stated
 

Qatrun subsequently received a letter from Jawi dated Oct 24, informing her of the termination of her service with effect on Dec 1.

She appealed a week ago and asked for the grounds of her dismissal.

However, a Jawi officer replied that based on her part-time contract, the department could terminate her service anytime without providing any reason, and this was confirmed by Qatrun.

Meanwhile, Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), an NGO fighting the political harassment of civil servants, slammed the sacking of Qatrun.

"Insan condemns Umno for exerting its influence on a public institution to go against someone who is sympathetic with the opposition," the NGO's coordinator, Mohd Faris Abdullah, said in a press statement.

Faris, who is also Labuan PAS Youth council member, said Insan would on Thursday send a protest memorandum to Jawi director-general Che Mat Che Ali on the matter.- malaysiakini


Mighty Bear - In Malaysia, a teacher who slaps students still holds on to the job, but a teacher who attends a talk given by the opposition is dismissed. With what face can the prime minister claim the elections are going to be held fairly if every civil servant is going to be threatened with prospects of losing their job? I don't see anything political in attending a talk. It goes towards extending one's mind to be free in selecting the government of their choosing. It is clear the government doesn't want this, they want its people to remain ignorant and subservient.
 

Senior - Civil servants are UMNO 's beneficiaries ....& no politics except UMNO politics....yes the real fear is that when there is a change ...Will the civil servants obey anyone else except UMNO ?(see perak before the frogs jumped)
 
ksn - Civil servants, I hear, are not supposed to take active part in politics. Is attending a ceramah active politics? Just hearing what the politicians have to say about the country, governance, what is being done properly and improperly, about corruption etc If this criteria is applied impartially, most civil servants have to be sacked because most of those attending UMNOBARU ceramahs are civil servants, is it not. Civl servants are not UMNOBARU's servants, they are public servants, to serve the public. The 1.2 million servants should take notice of this injustice to the lady to draw their own decisions.

zar - Mereka yang terlibat dalam umno kakitangan awam bermaharajalela.. Saya pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam.. Memang sial mereka ini.. Dalam pilihanraya nanti jangan nak fikir apa lagi undi dan jatuhkan umno/bn ini biar lah satu kerajaan baru dibentuk untuk memulihkan segalanya yang telah berlaku lebih 50 tahun ini... Dan kepada kerajaan baru nanti ambi semula mereka yang pernah teraniayai oleh umno ini. Yang penting bersihkan pengaru ini dalam perkhidmatan awam dan lain2... Lantik mereka yang berpengalaman dlm perkhidmatan awam sebagai pegawai khas untuk kerja2 ini nanti.. Itu sahaja yang boleh membetulkan segala pengaruh ini....





cheers.

No comments: