01 March 2012

Surat Mahathir kepada PM Israel dedah niat untuk bekerjasama...

PKR dan PAS hari ini berpendapat, tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis tiga surat kepada perdana menteri Israel yang telah didedahkan kepada umum jelas membuktikan sikap kepura-puraan beliau yang dilihat tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel, sedangkan secara senyap mengambil pendekatan berbeza terhadap pemimpin Zionis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail (gambar), kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara khas bersama The Wall Street Journal (WSJ), beliau menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan pemimpin Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara kedua-dua negara.

“Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

“Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN (Barisan Nasional) dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin, beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi,” katanya.

“Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat mewujudkan keamanan di Palestin ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut.”

Tambahnya, “Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan perdana menteri Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin”.

Menurut Saifuddin, sikap berkenaan diteruskan dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak yang menggunakan APCO sebagai perunding mereka, yang mana antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan, pendedahan surat-surat Dr Mahathir itu mengesakan kebenaran dakwaan Anwar sebelum ini dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini adalah benar.

“Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. PKR akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menuntut Dr Mahathir membuat penjelasan berhubung pendedahan tersebut supaya rakyat boleh faham, dan berlaku adil terhadap isu Israel negara haram itu.

“Sebelum ini kita menghadapi isu yang menyatakan Anwar mengiktiraf Israel, Tun (Mahathir) pula sudah keluarkan surat dengan jelas berkenaan hubungan Malaysia-Israel, walaupun tiada hubungan diplomatik, jadi PAS beri peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan supaya rakyat faham dan boleh menilai berkenaan perkara ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini juga menuntut penjelasan Dr Mahathir yang berselindung di sebalik menuntut keamanan di Timur Tengah, sedangkan pada 1997, beliau telah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia, yang mana Salahuddin telah dipenjarakan di Penjara Kajang kerana membantah kehadiran mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pula membuat pendirian berbeza apabila mengatakan Dr Mahathir tidak perlu membuat sebarang penjelasan kerana beliau akan melakukan lebih banyak penyelewengan fakta apabila penjelasan dibuat.

Sebaliknya, beliau menegaskan, surat-surat berkenaan dengan jelas telah menzahirkan keinginan Dr Mahathir untuk mengadakan hubungan dagang dengan Israel secara tidak rasmi.

“Surat ini tidak mengejutkan saya,” katanya. “Jelas sudah terbukti Dr Mahathir sudah menzahirkan komitmen secara terbuka untuk mengadakan hubungan diplomatik dan dagangan apabila mengeluarkan surat-surat berkenaan.

“Tun menjanjikan akan mengadakan hubungan dengan Israel sekiranya mereka memberikan kebebasan kepada Palestin, jadi beliau seharusnya menjadi orang terakhir yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Anwar dalam WSJ,” tegasnya yang melihat tindakan mengutus surat itu satu langkah yang “proaktif” diambil Dr Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel.- malaysian insider

Surat Mahathir pada Israel bukti kepura-puraannya...


Pendedahan mengenai surat ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel, membuktikan sikap kepura-puraan beliau selama ini, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 

Ini kerana pada masa yang sama, kata Saifuddin, Dr Mahathir dan perdana menteri seterusnya, Datuk Seri Najib Razak menjalinkan hubungan berterusan dengan Israel.

“Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan surat yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, Mahathir menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel ‘pada masa sesuai’ di samping melihat kemajuan ketara dalam proses perjanjian damai.

Surat itu ditulis bagi memaklumkan sokongan mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambil kira peranan Hamas yang dipilih rakyat Palestin.

“Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” katanya.

Jelas beliau, sikap kepura-puraan itu diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun.

“Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel,” katanya.

Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel sejak 2001, atau lebih awal dari itu.

Pada 2001 sahaja, Malaysia dikatakan mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun.- keadilandaily


Dr M letters prove ties with Israel...


Tun Dr Mahathir Mohamad’s just-released correspondence with three Israel prime ministers proves his repeated attempts to establish ties with the Zionist regime during his tenure, PKR and PAS leaders alleged today. 

The leaders pointed out that from the three letters publicly released by Putrajaya yesterday, it was clear Dr Mahathir who had initiated the correspondence for the purpose of maintaining a relationship with Israel.

“Dr Mahathir has met and has established a relationship with Israel’s prime ministers, even stressing repeatedly his intention to foster ties between Malaysia and Israel.

“This intention was made known in his letter to (former Israel PM) Yitzhak Rabin,” PKR secretary-general Saifuddin Nasution (picture) said in a statement here.

In his letter to Yitzhak on December 21, 1993, Dr Mahathir had signed off by penning a hand-written message, saying, “I look forward to normal relations with Israel.”

Over four years later, Dr Mahathir wrote another letter to Israel PM Benjamin Netanyahu, condemning acts of aggression allegedly committed by the Israelis against the Palestinians and calling for ceasefire.

But the former prime minister had ended the letter on a friendly note, saying, “We would like to think that once we have established relations with you, it would be permanent.”

Dr Mahathir expressed the same sentiment to Israel PM Ehud Barak in June 1999 in another letter urging for peace and the establishment of an independent Palestinian state with East Jerusalem as its capital.

“It is my sincere hope that the attainment of a comprehensive settlement in the region would allow Malaysia to realistically envisage a positive move towards the establishment of normal relations with Israel,” he had written.

PAS’s Shah Alam Mp Khalid Samad agreed with Saifuddin that the letters, dating 1993, 1997 and 1999, had only validated the opposition’s accusations against the Barisan Nasional (BN) for being Jewish sympathisers.

“Tun (Dr Mahathir) promised to establish ties with Israel should they accord freedom to the Palestinians... so he should be the last one to comment on (PR de facto leader Datuk Seri) Anwar Ibrahim’s statement (on Israel),” he told The Malaysian Insider.

Khalid pointed out that Anwar’s recent comment in the Wall Street Journal declaring support for “all efforts to protect the security of the state of Israel” had been issued in response to a question by a reporter.

Dr Mahathir assertions on the other hand, added Khalid, were expressed in a letter he had deliberately penned to the three prime ministers, which means the latter had the intention to establish ties at the time.

“This confirms that PKR has been saying all this time. Dr Mahathir and (Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) must stop their pretenses.

“PKR will continue supporting all peace efforts in the Middle East and support justice for the Palestinians,” Saifuddin said.

The Machang MP added that apart from Dr Mahathir, the now three-year-old Najib administration had continued the government’s pro-Israel stance by hiring public relations firm APCO Worldwide to shine its image.

“Among APCO’s advisers are Doron Bergerbest-Eilon, former Israeli security agency protection and safety chief,” he pointed out.

PAS vice-president Salahuddin Ayub appeared to agree with his colleagues and demanded Dr Mahathir explain his correspondence in greater detail.

“Tun has released letters that clearly shows ties between Malaysia and Israel although both nations do not share diplomatic relations,” he told The Malaysian Insider.

Dr Mahathir's letter to Yitzhak Rabin  dated 21 December 1993.

Dr Mahathir letter to Benjamin Netanyahu, Israeli Prime Minister dated 14 March 1997.

Dr Mahathir's letter to Ehud Barak dated 8 June 1999.

cheers.

No comments: