09 March 2012

NFC : Rafizi dan Zuraida saman balas Shahrizat...


KEADILAN mengemukakan saman balas terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM250 juta dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Saman difailkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin(gambar di atas) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu.

“Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum,” kata Rafizi pada sidang media di Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya hari ini.


Rafizi berkata, tindakan saman balas itu diambil kerana khuatir Shahrizat akan menarik balik saman tersebut.

“Saya khuatir  pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diheret ke mahkamah memberi keterangan,” katanya.

Sebelum ini, Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau dan Zuraida sudahpun memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Kertas pembelaan itu turut dihantar ke peguam Shafee&Co yang mewakili Shahrizat.

Pada sidang media Rabu lalu, Zuraida berkata Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar dicadangkan sebagai antara saksi penting dalam kes saman itu.

Ini kerana katanya, Najib ialah individu yang meluluskan projek itu yang diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi, manakala Muhyiddin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa projek berkaitan Lembu itu diluluskan.


Sementera Noh Omar ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini di mana beliau turut didakwa memberi kenyataan mengelirukan berhubung skandal itu.-keadilandaily


 


Rafizi, Zuraida counter-sue Shahrizat Abdul Jalil...

PKR director of strategy Rafizi Ramli and the party's Wanita chief Zuraida Kamaruddin this morning filed a counter-suit against cabinet minister Shahrizat Abdul Jalil.


NONESpeaking at a press conference today, Rafizi said the move was to ensure that information on abuse of power pertaining to the National Feedlot Corporation (NFC) is exposed in open court.

"I fear the plaintiff may want to delay the trial or withdraw the lawsuit soon to avoid dragging important documents and the top BN leadership into court," he said.


Rafizi and Zuraida also today submitted their defence in reply to the slander suit filed against them by the women, family and community development minister, and the papers were sent to Shahrizat's counsel Muhammad Shafee and Co this afternoon.


In her suit, Shahrizat says she was slandered by Rafizi and Zuraida during their exposes on the embattled NFC, which is owned by Shahrizat's husband and three children.


According to Rafizi, the counter-suit against Shahrizat, which was filed in the Kuala Lumpur High Court this morning, relates to "slander in her (Shahrizat's) opening address at the Wanita Umno Assembly" on Nov 30, 2011.


"Shahrizat and the BN leadership can no longer avoid facing the people on this matter.


"The PM and BN top leaders may not be serious in bringing those responsible in the NFC scandal to book, but I'm sure the court will give space, so that such abuse can be made public," he added.
- malaysiakini


cheers.

No comments: