Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata demikian ketika mengulas jangkaan Presiden Pas itu akan membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pada masa terdekat.
Menurutnya, usul itu mesti mendapat kebenaran daripada kerajaan iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan untuk dibentangkan.
"Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen yang sekarang ini dipegang Datuk Azalina Said Othman.
"Jika Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentang dan dibahaskan.
"Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahas maka berlaku pengundian," ujarnya sambil menekankan perlunya Peraturan Mesyuarat difahami.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, ramai yang menjangkakan Dewan Rakyat akan tunggang terbalik jika sampai ke peringkat pengundian kerana jika diluluskan kononnya terlaksanalah hudud di Malaysia.
"Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.
"Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri)," sindirnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perjalanan untuk hudud bahkan menaik taraf Mahkamah Syariah masih jauh jika usul RUU355 itu diundi dan diluluskan.
"Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanya bagi mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang-undang tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.
"Selagi menteri berkenaan tidak kembali untuk membentangkan rang undang-undang itu sebagai rang undang-undang kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang-undang," tegasnya.
Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan supaya rakyat faham bahawa pindaan Akta 355 akhirnya kembali kepada keputusan Najib jika pengundian berlaku selepas pembentangan usul Ahli Parlimen Marang tersebut.
Menurutnya, cadangan Hadi itu hanya berpeluang untuk dilaksanakan jika Najib mengarahkan Datuk Seri Jamil Khir membentangkan satu rang undang-undang jenayah memperkasakan Mahkamah Syariah untuk dibahaskan pada peringkat bacaan kedua.
"Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan.
"Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan," tambahnya lagi. - malaysiadateline
PAS minta UMNO nilai kerjasama dengan MCA...
Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Umno perlu menilai semula kerjasama dengan MCA jika benar parti komponen BN itu menolak untuk menyokong pindaan RUU Akta 355 di Parlimen.
Beliau berkata, tindakan tersebut menunjukkan Umno gagal mendidik parti komponen mereka untuk menghormati agama Islam sehingga boleh campur tangan dalam urusan agama orang lain.
“Akta 355 ini jelas sekali tidak libatkan orang bukan Islam. MCA pula secara terangan cuba campur tangan dan menentang perubahan dan pindaan akta ini. Sedangkan mereka sedar ia tidak melibatkan mereka.
“Ini buktikan kegagalan Umno didik mereka hormat hak umat Islam untuk bebas melakukan suruhan agama di negara ini.
"Namun begitu, saya juga masih belum yakin sepenuhnya MCA akan menentang pindaan ini kerana nasib politik mereka bergantung pada Umno,” kata Ahmad Fadhli , memetik laporan Sinar Harian Online.
Hari ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan memberitahu, sayap-sayap utama parti telah turun padang untuk membantu memahamkan lagi orang ramai mengenai akta tersebut.
Sehingga kini, beliau berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutamanya jelajah yang melibatkan kawasan-kawasan di 14 Parlimen di negeri ini.
“Malah kita juga akan turun padang ke setiap Dun untuk beri penerangan yang lebih khusus dibantu pula dengan pengedaran risalah-risalah mengenai perkara tersebut di semua tempat-tempat tumpuan orang ramai,” ujar beliau lagi. - mk
MCA assures Hadi's hudud bill won't be debated...
The MCA today said it would ensure that PAS president Abdul Hadi Awang's private member's bill to amend Act 355 will not be debated in Parliament, despite being listed as item number four on the order paper.
MCA president Dr Liow Tiong Lai, however, did not reveal whether any move to delay the 'hudud bill' was a consensus decision by BN's 13 component parties as decided at its pre-council meeting yesterday.
"It is very clear that BN has made a consensus decision that (a) government bill will supersede a private bill.
"We will make sure that this bill will not be able to be debated because we know government bills must come first in Parliament," Liow told reporters during a press conference at Wisma MCA in Kuala Lumpur after officiating Selangor Wanita MCA's annual general assembly.
He also stressed that MCA had reiterated its stand against Abdul Hadi's proposed amendments to strengthen Syariah legislations many times in the past, prior to its latest appearance in Parliament at the last day of the last session on May 26.
"We (MCA) opposed strongly on this bill because this bill is against the Federal Constitution. This is very clear.”
MIC - Stick to our hudud 'agreement' please...
"At the same time BN also raised an (objection) to it. I raised this issue at the BN meeting," he said.
Hadi's motion seeks to submit a private member's bill to the government to come up with a government bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act, allowing for higher levels of punishment than presently stipulated.
The amendments would remove the final obstacle to the implementation of hudud law in Kelantan, which was unanimously passed at state level last year by a majority of PAS and Umno assemblypersons and a single PKR representative.- mk
Isnin 17 Okt 2016...
Hari ini, parlimen kembali bersidang. tumpuan kita kepada ruu 355. Ini yang boleh berlaku pada hari tersebut.
1. Aturan persidangan akan mendahulukan urusan kerajaan
2. Jika Azalina meminta usul Marang didahulukan pun boleh, sebab sesuatu ruu persendirian hanya boleh diberi keutamaan dgn izin kerajaan
3. Jika ini berlaku Marang akan diminta membentangkan usul. hanya bentang bukan syarahnya.
4. Speaker kemudian akan meminta undian dibuat. Pada tahap ini undian ialah untuk dewan bersetuju usul Marang diterima dan diserahkan kpd kerajaan. ini bukan mengundi setuju atau tidak terhadap isi kandungan pindaan RUU355 oleh Marang.
5. Jika dewan bersetuju dgn usul marang, maka tugas seterusnya ialah untuk pihak kerajaan(menteri agama) membawa usul itu untuk bacaan kedua kpd dewan. Kerajaan boleh membentang rRUU355 pd persidangan kali ini atau menangguhkan pada suatu masa yang akan ditentukan kemudian. tugas Marang selesai di sini.
6. Jika pihak kerajaan bersetuju membentangkannya, maka menteri agama akan membawa rRUU355 kepada parlimen. Pada tahap ini setelah dibentang, jika dipersetujukan barulah dibuka perbahasan. pada akhir perbahasan, barulah dewan akan mengundi.
7. Saya cenderong utk mencadangkan kpd semua ahli2 parlimen muslim mengundi bersetuju sejurus Marang membentang usul pindaan. bersetuju di sini bermaksud bersetuju menyerahkan kpd pihak kerajaan untuk membentang pindaan rRUU355 kpd parlimen.
Bolehlah difahami bahwa tugas Marang hanya membentangkan usul pindaan rRUU355 kpd dewan, yang kemudiannya jika disetujukan, tugas membentangkan pindaan RUU355 akan dipikul oleh pihak kerajaan. Bersediakah UMNO dan BN membentangkannya? Jika UMNO dan BN tidak bersedia apa akan terjadi kpd RUU355 tersebut? #rujuk peraturan parlimen(standing order) perkara 49(1-5) - f/bk
Peristiwa2 itu sememangnya masih segar dalam ingatan kita,
jangan nak memperbodohkan kita...
No comments:
Post a Comment