04 October 2016

Jalur Gemilang jadi 'spender' Mat Saleh ketika Najib...


Sekumpulan 'Mat Saleh' yang hanya memakai seluar dalam dengan corak bendera Malaysia di Motor GP Sepang petang semalam menjadi bualan hangat di media sosial. Tindakan itu disifatkan menghina 'jalur gemilang' yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Warga media sosial mempertikaikan tindakan biadap penonton warga negara asing itu yang dibiarkan berlaku meskipun dengan kehadiran pemimpin utama negara, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Story kat SINI dan SINI...

"Najib kat atas layan Usher.. yg kat bawah pakai spender bendera msia.. Jamal mana Jamal??" Tulis pengguna facebook, Nik Hua Exposed yang turut mengirimkan foto Najib 'berselfie' dengan Usher, seorang selebriti terkenal dari Amerika Syarikat yang turut hadir di acara Grand Prix Petronas, Sepang petang semalam. 

Warga media sosial turut dilaporkan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap penganjur Formula 1, kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton yang menyaksikan perlumbaan tersebut. — EdisiRakyat


Ke mana perginya samseng jalanan berbaju merah yang diketuai oleh Jamal Tongkoi yang sebelum ini begitu galak menyerang peserta konvoi BERSIH? 

Mengapa berdiam diri dan tak lakukan apa-apa terhadap mat salleh-mat salleh yang menghina negara itu? Mengapa tak rampas seluar dalam yang dipakai oleh mat salleh itu? 

Apakah hanya berani membelasah rakyat Malaysia yang tidak bersalah tetapi jadi tikus mondok terhadap mereka dari luar negara yang ternyata telah menghina Malaysia angkara MO1 dan isterinya? kata Greenboc 

Apakata Jamal Tongkoi dan Ali Tonggek Juboq sambil memakai spender bendera Australia pergi buat tarian tonggek juboq masing2 depan kedutaan Australia bersama2 geng baju merah...

Mak Bedah dan Wanita UMNO Menyanyi 'Anak Kecil Main Api' Tetapi Pemimpin Jual Harta Negara Kepada Cina.

Gomen Got No Mani - So says official notice to students overseas...

Pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di luar negara dikatakan sengsara apabila dimaklumkan tentang kelewatan pembayaran elaun sara hidup yang seharusnya diterima bulan ini.

Seorang pelajar PhD di United Kingdom (UK) yang enggan dikenali berkata, ia menjadikan kumpulan pelajar itu terpaksa menanggung denda kelewatan pembayaran pelbagai bil utiliti di luar negara.

"Kelewatan penerimaan elaun sara diri bagi bulan Oktober 2016 memberi terlalu banyak implikasi kepada saya dan keluarga, terutamanya dalam hal berkaitan sewa rumah bulanan, insurans kereta, kos pengangkutan dan sara diri kehidupan.


"Komitmen dan tanggungan sara diri adalah besar dan ini ditambah dengan faktor pasangan yang tidak bekerja dan mempunyai visa yang tidak membenarkannya untuk bekerja.

"Sehubungan itu, pembayaran elaun perlu mengikut jadual untuk memastikan penalti lain tidak dikenakan,"

Difahamkan pekeliling KPT menyebut kelewatan pembayaran elaun adalah selama tiga minggu iaitu pada 14 Oktober ini.

Kata pelajar itu lagi, mengikut undang-undang di UK, penyewa yang mempunyai anak lebih daripada dua perlu menyewa rumah atau apartment yang mempunyai tiga atau empat bilik. Baca seterusnya...

Ostb : "due to some technical issues" ?  

"Our printer rosak so we kennot print the studen punya baucer ? So we kennot send the mani. Sori."

That could be a technical issue. I think it is more serious than that folks. They are not saying everything. Petronas is running really short of money.

They will drive the car until it runs out of fuel. Then they will just stand there and dont know what else to do. This is happening already. - ostb.





cheers.

No comments: