22 October 2016

Bajet 2017 bebankan rakyat pasai hutang kian bertambah...


Image result for budget 2017
Bajet BN 2017 membebankan rakyat
dan hutang semakin bertambah... 

Bajet BN tahun 2017 membebankan rakyat & ledakan hutang semakin membimbangkan 

1. Satu bajet defisit sebanyak RM43.15 bilion, ia satu rekod baru kerana sudah 20 tahun bajet defisit berturut-turut.

(OSTB : Budget is RM260b. Gomen revenue is RM220b. Shortfall is RM40b or 15% of Budget. Gomen has to borrow at least RM40b to cover shortfall.)

2. Defisit kali ini berjumlah 3.15% dari jumlah KDNK, ini menunjukkan kerajaan BN gagal menepati sasaran defisit kurang dari 3.1%.

3. Hutang negara terus meningkat. Jumlah kos bayar hutang negara meningkat dari RM26.5 bilion menjadi RM29.17 bilion. Dengan kata lain, 11.1% dari jumlah bajet digunapakai untuk bayar hutang & setiap bulan RM2.46 bilion terpaksa diguna utk membayar hutang.

(OSTB : Of RM260b Budget, about RM215b is for operating expenditures ie pay Civil Service salaries etc.  Loan servicing or paying bank interest alone is RM29b.  Only about RM46b is left over for Development Expenditure.)

4. Jumlah belanja tinggi tetapi Pembangunan amat kurang. Dari jumlah RM262.8 bilion bajet 2017, setinggi 81.7% (RM215 billion) utk belanja mengurus, hanya 18.3% saja (RM48 billion) untuk belanja membangun.

5. Hutang negara dan hutang jaminan kerajaan kini melebihi paras RM811 bilion, satu petanda yang bahaya & generasi muda akan dibebankan dengan hutang yg amat tinggi & membebankan.

6. Kerajaan akan memerah rakyat dengan kutipan cukai GST sebanyak RM40 bilion pada 2017. Jumlah ini pasti akan meningkatkan beban rakyat.

(OSTB : This year's GST collection was only RM30 billion. There will be serious shortfalls.)

7. Subsidi seperti subsidi minyak, diesel, gula, tepung, beras & minyak masak semua dihapuskan.

Folks, out of RM260b, only RM46b or 17% for development. 83% or RM214.8b is for bayar gaji etc of the Civil Servants.  

GST collection has dropped. They collected more in the first year.They have missed this years GST target, something higher than RM30b.

Folks, pay attention to this : Gomen revenue grew only 3% - to RM219.7b.  

This is AFTER that RM30b GST. 

So there is NO growth in Petronas contributions and Income Taxes.  Petronas contributed RM9b last year.  They were supposed to contribute 26 - 9 = 17 billion. What happened?
  
Income Tax collections have dropped. 

The GST and the Minimum Wages have killed the economy. Our local factories are going to Thailand and Vietnam. So the tax collection is dropping. 

Ubah, Selamatkan Malaysia! - ostb

Image result for Surendran mengejek kerusi kosong Najib di Dewan ...
Surendran mengejek kerusi kosong 
Najib di Dewan ...

Kritikan Najib Razak terhadap pembangkang yang keluar dewan semasa ucapan Bajet di Parlimen semalam digambarkannya sebagai"hipokrit dan menggelikan".

N.Surendran, Ahli Parlimen Padang Serai, menegaskan bahawa kerusi Najib di Dewan Rakyat akan menjadi kosong pada hari Isnin ini "kerana itulah dilakukannya setiap tahun" selepas dia telah menyampaikan Bajet.

Bertentangan dengan tradisi parlimen demokratik, Najib tidak peduli untuk menghadiri bagi mendengar ucapbalas pemimpin pembangkang terhadap ucapan bajet. "Adakah ini contoh baik bagi Najib dan ahli2 parlimen Barisan Nasional dalam menghormati proses demokrasi?" katanya.

Beliau berkata tindakan keluar dewan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat "adalah suatu perbuatan yang sah dan wajib dalam protes" terhadap apa yang dipanggil "kegagalan Najib untuk menjawab soalan-soalan kami secara berterusan" mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd, seperti yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman sivil, dan dakwaan terhadap Najib sendiri.

"Membentangkan Bajet tanpa menangani soalan-soalan ini adalah penting terhadap kepentingan dan sebab musabab ekonomi negara, ia adalah satu penghinaan terhadap proses parlimen," katanya

Beliau menegaskan bahawa Najib jarang menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat dan "hanya dilihat di majlis-majlis upacara khas" atau acara 'set-piece' saja. "Ahli Parlimen hampir tidak pernah mempunyai peluang untuk mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri sendiri," katanya, berbeza sama sekali dengan sesi soaljawab mingguan Perdana Menteri Britain yang merupakan kemuncak sidang Dewan Rakyat di Britain.

Beliau menuduh BN menguatkuasakan peraturan2 dan undang2 untuk menyekat suara pembangkang. "Sehingga hari ini, tiada bil dari pembangkang atau ahli perseorangan boleh didengar atau dibahaskan oleh Dewan".

Sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang pula didakwa atau disiasat atas pelbagai kesalahan berkaitan dengan kebebasan bersuara dan berhimpun. Beliau berkata Malaysia adalah di tempat kedua selepas Republik Congo dari segi bilangan Ahli Parlimen pembangkang yang sedang menghadapi tuduhan jenayah. - fmt


Bagaimana Rakyat Mahu Menerima Bajet Daripada Seorang Penyamun Wang Rakyat...

Bagaimana rakyat mahu menerima bajet daripada seorang penyamun wang rakyat Malaysia berbillion Ringgit. Hanya mahu menarik simpati rakyat, hutang berlambak pun dikatakan ekonomi masih baik.

Kata  Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Bajet 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini sebagai tidak realistik dan gagal menangani isu teras mengenai pendapatan negara yang berkurangan.

"Rakyat diberi 'gua-gula' melalui tawaran tertentu tetapi pada hakikatnya kerajaan tidak mempunyai dana untuk melaksanakannya. 

"Aliran tunai juga adalah beban dan itu langsung tidak diterangkan," kata Muhyiddin 

Bagaimana Ahli Parlimen pembangkang mahu mendengar Bajet daripada seorang penyamun yang cuma berceramah politik melebihi pembentangan Bajet.

Penganalisis ekonomi memandang bahawa Najib sudah tidak mampu membentangkan bajet untuk negara kerana semasa pemerintahannya hutang negara semakin meningkat sedangkan sumber pendapatan negara berkurang.

Najib perlu mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana dengan pertolongan rakyat termasuk golongan asnaf membayar GST maka ekonomi negara tidak akan lumpuh.

Tapi rakyat harap Najib dan Rosmah menggunakan wang gst pemberian rakyat dengan berhemah bukan sebagai harta mak bapak dia. - sungairapatonline

Image result for sirul di australia
Rupanya Kerajaan tidak pernah pohon untuk bawa Sirul Azhar pulang dari Australia...

Kerajaan dituntut menjelaskan kepada umum mengapa proses ekstradisi Sirul Azhar Umar masih tidak dibuat sehingga ke hari ini sedangkan ia bercanggah dengan kenyataannya dalam sidang-sidang Parlimen yang lalu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata proses rundingan untuk membawa Sirul kembali ke Malaysia adalah mustahil jika kerajaan tidak pernah membuat sebarang permintaan kepada kerajaan Australia.

Menurutnya, pengesahan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri dalam satu soalan yang dibangkitkan semula olehnya pada 17 Oktober lalu.

“Padahal, kerajaan sebelum ini memberi jaminan berulang kali bahawa ia dalam proses rundingan dengan Australia untuk membawa pulang Sirul sejak Mac 2015,” ujarnya, kesal sambil menambah, Sirul telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati hampir dua tahun lalu.

Ramkarpal berkata kenyataan tidak konsisten kerajaan itu menimbulkan syak wasangka sama ada ia tidak mempunyai kepentingan untuk mengekstradisi Sirul atau membuat sebarang rundingan.

“Lebih-lebih lagi, alasan sejak Mac tahun lepas kononnya proses ekstradisi itu rumit menunjukkan betapa tidak cekapnya Jabatan Peguam Negara sehingga mengambil masa hampir dua tahun untuk mencari jalan bagaimana untuk mengekstradisi seseorang.”

Sirul dan seorang lagi anggota polis, Azilah Hadri disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Tinggi pada 2009, namun berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya mengenakan kembali sabitan ke atas mereka tahun lalu dan menjatuhkan hukuman mati.

Bagaimanapun, Sirul sempat melarikan diri ke Australia.

Ramkarpal sejak Mac tahun lalu menyoal tentang langkah yang diambil kerajaan dalam membawa pulang Sirul ke negara ini di Parlimen, namun Menteri Dalam Negeri menyatakan kononnya kerajaan sedang dalam proses rundingan dengan kerajaan Australia.

“Perkara ini melibatkan kepentingan umum dan memerlukan perhatian segera. Sudah hampir dua tahun Sirul dijatuhi hukuman mati.

“Malah, keluarga mendiang Altantuya berhak mendapatkan jawapan serta keadilan untuk hukuman yang telah tertangguh itu,” tegas Ramkarpal. – Roketkini.com


Will Putrajaya ever extradite Sirul...

Home Minister Ahmad Zahid Hamidi has been urged to confirm whether the government intends to extradite Sirul Azhar Umar, who was convicted for the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu and is currently in detention in Australia.

DAP's Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh also called on Zahid to explain why the government has yet to make any official request to the Australian government for Sirul's extradition.

"The government confirmed that it has not made any request to extradite Sirul to the Australian government in its latest reply to my question (in Parliament), in stark contrast with its earlier assurances that it was in the process of commencing negotiations with the Australian government to extradite him.

"Surely, it would not be possible to negotiate the return of Sirul if even a request for the said purpose has not been made to the Australians," Ramkarpal said in a statement today.

The government's inconsistent replies to his questions since 2015 gives rise to the suspicion that it has no interest in extraditing Sirul or negotiating for his return, Ramkarpal added.

Not only that, the excuse given by the government that the extradition process is a complicated one only shows how incompetent the Attorney-General's Chambers is, he said.

"Surely it doesn't take nearly two years to figure out how to extradite someone.

"No doubt, the Australian government does not support the death penalty and may refuse Sirul's extradition on this ground, but this does not relieve the government of its duty to attempt extraditing him, particularly in light of its repeated assurances in Parliament that it would do so," he said.

This is a public interest matter, Ramkarpal said, and deserves immediate attention as it has been nearly two years since Sirul was convicted and sentenced to death by the Federal Court.

Altantuya's family is also entitled to an answer on this matter, he said.

Sirul has been held in the Villawood Immigration Detention Centre in Sydney for the past 21 months, after he fled to Australia just before the Federal Court convicted him and Azilah Hadri for the murder. 

Australia has a policy embedded in its Migration Act that prevents people being extradited to any country where they would face the death penalty. - mk

Image result for Speaker jerkah, pembangkang keluar dewan...
Speaker jerkah, pembangkang keluar dewan...

Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 apabila wakil rakyat Pakatan Harapan bertindak meninggalkan dewan.

Semuanya bermula apabila Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.

Jelasnya, bajet yang dibentangkan hari ini bukannya satu sandiwara atau belanjawan pilihan raya seperti yang didakwa.

Wakil rakyat pembangkang kecuali PAS bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu.

Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.

Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan.



Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belajawan.

Turut meninggalkan Dewan adalah bekas timbvalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini adalah pengerusi BERSATU.

Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS. - mk

PM Najib called us a disgrace for walking out on his Budget speech. No Mr PM, you disgraced Malaysians by stealing billions of dollars from the tax-payers.You disgraced us by making Malaysia an global Kleptocracy renown the world over! (For those unfamiliar with the Parliamentary process, the debate starts next week - today's sitting is merely to hear Mr PM deliver his Budget) - Tony Pua
Nasihat Perdana Menteri untuk rakyat...

Nak pastikan dia dapat apa dia mau...

PDRM dapat  RM12.8 juta berbanding RM85juta utk Permata...

Bau kentut dari Pekan 
Panglima Pagoh siap menanti
Berbilion rasuah sudah dimakan
Hangpa jawablah di neraka nanti
- Ricky Eu 

Memang dedak memang umpan
Kononnya rakyat didahulukan
BR1M itu rasuah kerajaan
Supaya undi parti Barisan.
- Carlito Borgiba 


cheers.

No comments: